Wednesday, June 29, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 3/2016

Tarikh : 27 Jun 2016 (Isnin)
Masa : 1.00 petang hingga 4.00 petang
Tempat : SJK (C) Chong Cheng & SK Convent Green Lane
Kehadiran : 1 Pegawai, 2 Jurulatih (WAG)

Pada 27 Jun 2016 program "talent identification" sukan gimnastik artistik (WAG) telah dijalankan di 2 buah sekolah iaitu  SJK (C) Chong Cheng dan SK Convent Green Lane. Tujuan menjalankan "talent identification" siri 3/2016 untuk mencari atlet WAG menjalani latihan pada sesi pagi. Seramai 248 orang pelajar darjah satu wanita telah hadir pada hari tersebut.

Program pencarian bakat baru (TID) sukan gimnastik dimulakan dengan penerangan program sukan gimnastik. Pelajar-pelajar dimaklum bagaimana cara untuk memulakan karier sebagai seorang atlet bermula dari bangku sekolah hingga ke peringkat Kebangsaan. Setelah taklimat ringkas disampaikan oleh penyelaras, jurulatih mengambil tempat dengan memulakan ujian spesifik kepada pelajar. 

Seramai 13 orang peserta dikenal pasti dan akan di panggil ke pusat latihan pada 11 Jun 2016 untuk di saring sebelum diserap terus ke dalam program pelapis. Program tamat pada jam 4.00 petang. 

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved