Wednesday, June 1, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MENEMBAK

Tarikh : 31 Mei 2016 (Selasa)
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang (KMPP)
Masa : 4.30 petang hingga 6.30 petang

KEHADIRAN
1. Galina Nikolova Stefanova – JLN MSNPP
2. Mohamad Suhairi Bin Othman – PPN
3. 8 Orang Atlet

LATIHAN
1. Warm up & stretching
2. Air Pistol & Air Riffle
3. Strength training
4. Cooling down

UJIAN KECERGASAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
Kejohanan  Selangor Shooting Championship 2016 & Sporexcel/NSC/MILO/NSAM 4th Malaysian Junior Shooting Championship 2016 pada 2 hingga 5 Jun 2016 di Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor.

ULASAN RINGKAS
1. Seramai 15 orang atlet akan menyertai Kejohanan Selangor Shooting Championship 2016 & Sport Excel/NSC/MILO/NSAM 4th Malaysian Junior Shooting Championship 2016 pada 2 hingga 5 Jun 2016 di Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor.
2. Atlet-atlet melakukan pemeriksaan peralatan bagi persiapan ke pertandingan.
3. Mesyuarat JKK Bil. 1/2016 yang dijadualkan pada 26 Mei 2016 yang lalu terpaksa ditangguhkan kerana pegawai-pegawai USPTN dan MSNPP terlibat dengan Majlis Anugerah Sukan Negara 2015 di PICC, Putrajaya.
4. Sesi latihan tamat lebih awal kerana Jurulatih akan menghadiri Majlis Perjumpaan Chef De Mission (CDM) kontinjen Pulau Pinang ke Temasya Sukan Malaysia XVIII 2016, Sarawak. Majlis tersebut berlangsung pada sebelah malam.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved