Wednesday, November 18, 2015

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN PELAPIS ANTARA ZON PERINGKAT AKHIR 2015 BAGI SUKAN TINJU

Tempat : A-Mart Kempas, Johor Bahru
Tarikh : 13 hingga 15 November 2015

Kejohanan tinju grand final berlansung selama 3 hari di A Mart Kempas Johor Darul Takzim. Hari pertama kejohanan melibatkan 12 bout utk kategori umur 13-14 tahun manakala 13 bout untuk umur 15-16 tahun. Petinju pulau pinang seramai 4 orang terlibat pada pusingan awal manakala seorang terus ke pusingan semi final.

Berikut disertakan keputusan hari pertama (13-14 Tahun)

Rassyamirul Hakim Muhd Fadzli (42kg)
Muhd Adli Bin Rasidi (33kg) 
Muhammad Adam Mohd Azizi (45kg)
Muhammad Zulhilmi Azhar (48kg) Tewas

Hari kedua kejohanan bermula pada jam 3 petang melibatkan 4 petinju Pulau Pinang di peringkat semi final. Daripada 4 petinju hanya seorang layak ke final yang akan berlangsung pada hari ahad.

Berikut disertakan keputusan pusingan separuh akhir (13-14 Tahun)

Rassyamirul Hakim Muhd Fadzli (42kg)
Muhd Adli Bin Rasidi (33kg) Tewas
Muhammad Adam Mohd Azizi (45kg) Tewas
Muhd Haziq Nazri (51) Tewas

Hari terakhir kejohanan melibatkan hanya seorang petinju Pulau Pinang iaitu Rassyamirul Hakim Muhd Fadzli menentang petinju kelantan dalam kategori 42 kg. Beliau tewas pada perlawanan berkenaan dan emas milik Terengganu. Secara keseluruhan Pulau Pinang yang hanya disertai 5 petinju memperoleh 1 perak & 3 gangsa.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Fazli Hisam Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved