Monday, November 9, 2015

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN GIMRAMA SIRKIT KEBANGSAAN 2015

Tarikh : 1 November 2014 (Ahad)
Tempat : Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimrama Sirkit Kebangsaan 2015 pada  1 hingga 5 November 2015 (Ahad hingga Khamis) bertempat di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimrama dijalankan pada 1 November 2015 bermula jam 3.00 petang dan pertandingan bermula jam 5.00 Petang bagi Gred 4 dan Gred 5 (Riben, Belantan, Gelung, Freehand, Tali dan Bola). Atlet pelapis gimrama Pulau Pinang melakukan rehearsal pada pukul 1.00 tengahari hingga 3.00 petang.

Sebanyak 10 negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perlis, Kelantan, Selangor, Johor, Melaka, Pahang, Perak dan Sabah.

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori LG, U8, Gred 1, Gred 2 dan Gred 3.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved