Tuesday, November 17, 2015

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN PELAPIS ANTARA ZON PERINGKAT AKHIR 2015 BAGI SUKAN MEMANAH

Tempat : Padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru
Tarikh : 12 hingga 15 November 2015
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Kejohanan Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2015 bagi sukan Memanah telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 12 hingga 15 November 2015 di Lapang Sasar Padang IPG Kampus temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Pertandingan pada kali menampilkan penyertaan seramai 148 orang atlet dengan 79 atlet lelaki dan 69 atlet wanita yang melibatkan kategori umur dibawah 16 tahun dan 12 tahun. Pasukan Pelapis Negeri Pulau Pinang menghantar 7 orang atlet untuk kejohanan ini selepas pemilihan dibuat berdasarkan kejohanan peringkat zon 1 dan zon 2.

Objektif kejohanan ini berlangsung adalah sebagai medan pendedahan atlet-atlet pembangunan. Di samping itu juga atlet-atlet dapat merasai suasana pendedahan pertandingan peringkat Akhir setelah berusaha melayakkan diri ketika di kejohanan zon siri pertama dan kedua sebagai persediaan untuk ke kejohanan yang lebih tinggi. Kejohanan ini juga adalah medan atlet-atlet bertemu serta berkumpul bagi merapatkan hubungan silahturahim.

Hari pertama kejohanan menyaksikan 5 jarak dipertandingkan iaitu jarak 70 meter (Lelaki bawah 16 tahun), 60 meter (wanita bawah 16 tahun) dan jarak 25 meter (lelaki & wanita 12 tahun) pada sebelah pagi manakala jarak 60 meter (Lelaki bawah 16 tahun), 50 meter (wanita bawah 16 tahun) dan jarak 25 meter (lelaki & wanita 12 tahun) pada sebelah petang.

Berikut merupakan prestasi atlet-atlet Pelapis Negeri Pulau Pinang pada hari pertama kejohanan :-

HARI PERTAMA
PAGI (13 NOVEMBER 2015)

RECURVE LELAKI BAWAH 16 TAHUN (70 METER)
1. Muhammad Najmi Hashim (Zon Timur) – 1/280
2. Muhammad Naim Ranizam (Zon Selatan) – 2/270
3. Muhammad Asyraf Rosli (Zon Utara) – 3/269
4. Naveer Fitri Zinuldin (Zon Utara) – 25/203

RECURVE WANITA BAWAH 16 TAHUN (60 METER)
1. Norika Nazri (Zon Selatan) – 1/288
2. Sazlin Najwa Sazali (Zon Utara) – 2/276
3. Uzma Qistina (Zon Selatan) – 3/266

RECURVE LELAKI BAWAH 12 TAHUN (25 METER)
1. Mohd Nazirul Hadi (Zon Selatan) – 1/326
2. Irsyad Thakif Khairol Sani (Zon Utara) – 2/319
3. Mohd Irfan Berahim (Zon Timur) – 3/318
4. Muhammad Izzul Haqim Ismail (Zon Utara) – 5/309
5. Cairil Danish (Zon Utara) – 28/262

RECURVE WANITA BAWAH 12 TAHUN (25 METER)
1. Ezati Aishah Murdi (Zon Utara) – 1/310
2. Nur Syazwina Sapiee (Zon Borneo) – 2/301
3. Dina Batrisyia Basri (Zon Selatan) – 3/300
4. Delwina Cheah Kah Yan (Zon Utara) – 6/280
5. Nurbalqis Fathi (Zon Utara) – 30/148

HARI PERTAMA
PETANG (13 NOVEMBER 2015)

RECURVE LELAKI BAWAH 16 TAHUN (60 METER)
1. Muhammad Amirul Adry Mohd Zuladnan (Zon Timur) – 1/305
2. Muhammad Aqil Fauzan Norazman (Zon Timur) – 2/302
3. Muhammad Naim Ranizam (Zon Selatan) – 3/301
4. Naveer Fitri Zinuldin (Zon Utara) – 25/203

RECURVE WANITA BAWAH 16 TAHUN (50 METER)
1. Sazlin Najwa Sazali (Zon Tengah) – 1/290
2. Nurin Hanisah Shahrin (Zon Selatan) – 2/289
3. Norika Nazri (Zon Selatan) – 3/289

RECURVE LELAKI BAWAH 12 TAHUN (25 METER)
1. Mohd Nazirul Hadi (Zon Selatan) – 1/328
2. Irsyad Thakif Khairol Sani (Zon Utara) – 2/325
3. Muhammad Saiful Islam (Zon Timur) – 3-319
4. Muhammad Izzul Haqim Ismail (Zon Utara) – 15/292
5. Cairil Danish (Zon Utara) – 23/275

RECURVE WANITA BAWAH 12 TAHUN (25 METER)
1. Nur Syazwina Sapiee (Zon Borneo) – 1/309
2. Nur Sayida Mohamad Nizam (Zon Utara) – 2/309
3. Ezati Aishah Murdi (Zon Utara) – 1/307
4. Delwina Cheah Kah Yan (Zon Utara) – 12/277
5. Nurbalqis Fathi (Zon Utara) – 30/93

Hari kedua diteruskan dengan 5 jarak dipertandingkan iaitu jarak 50 meter (Lelaki bawah 16 tahun), 40 meter (wanita bawah 16 tahun) dan jarak 20 meter (lelaki & wanita 12 tahun) pada sebelah pagi manakala jarak 30 meter (Lelaki & wanita bawah 16 tahun) dan jarak 25 meter (lelaki & wanita 12 tahun) pada sebelah petang.

Berikut merupakan prestasi atlet-atlet Pelapis Negeri Pulau Pinang pada hari kedua kejohanan :-

HARI KEDUA
PAGI (14 NOVEMBER 2015)

RECURVE LELAKI BAWAH 16 TAHUN (50 METER)
1. Mohd Faiz Akimi (Zon Selatan) – 1/287
2. Muhammad Najmi Hashim (Zon Timur) – 2/283
3. Muhammad Hasbul Wafi Hasbullah (Zon Timur) – 3/281
4. Naveer Fitri Zinuldin (Zon Utara) – 13/243
RECURVE WANITA BAWAH 16 TAHUN (40 METER)
1. Sazlin Najwa Sazali (Zon Tengah) – 1/275
2. Norika Nazri (Zon Selatan) – 2/274
3. Nurin Hanisah Shahrin (Zon Selatan) – 3/271

RECURVE LELAKI BAWAH 12 TAHUN (20 METER)
1. Mohd Nazirul Hadi (Zon Selatan) – 1/339
2. Ahmad Irfan Berahim (Zon Timur) – 2/329
3. Irsyad Thakif Khairol Sani (Zon Utara) – 3/325
4. Muhammad Izzul Haqim Ismail (Zon Utara) – 21/300
5. Cairil Danish (Zon Utara) – 27/287

RECURVE WANITA BAWAH 12 TAHUN (20 METER)
1. Ezati Aishah Murdi (Zon Utara) – 1/327
2. Anis Izzati Jefri Zin (Zon Timur) – 2/323
3. Nur Syazwina Sapiee (Zon Borneo) – 3/322
4. Delwina Cheah Kah Yan (Zon Utara) – 7/313
5. Nurbalqis Fathi (Zon Utara) – 30/51

HARI KEDUA
PETANG (14 NOVEMBER 2015)

RECURVE LELAKI BAWAH 16 TAHUN (30 METER)
1. Muhammad Alim (Zon Tengah) – 1/330
2. Muhammad Hasbul Wafi Hasbullah (Zon Timur) – 2/325
2. Muhammad Faiz Zakaria (Zon Timur) – 3/322
4. Naveer Fitri Zinuldin (Zon Utara) – 12/304

RECURVE WANITA BAWAH 16 TAHUN (40 METER)
1. Nurul Falah Mohd Hafizni (Zon Utara) – 1/311
2. Nur Anis Arfah Shamsuddin (Zon Timur) – 2/299
3. Nurin Hanisah Shahrin (Zon Selatan) – 3/298

RECURVE LELAKI BAWAH 12 TAHUN (20 METER)
1. Irsyad Thakif Khairol Sani (Zon Utara) – 1/337
2. Mohd Nazirul Hadi (Zon Selatan) – 2/335
3. Muhammad Izzul Haqim Ismail (Zon Utara) – 3/327
4. Cairil Danish (Zon Utara) – 19/298

RECURVE WANITA BAWAH 12 TAHUN (20 METER)
1. Nur Damia Imanina Azian (Zon Timur) – 1/322
2. Nur Sayida Mohamad Nizam (Zon Utara) – 2/320
3. Ezati Aishah Murdi (Zon Utara) – 3/320
4. Delwina Cheah Kah Yan (Zon Utara) – 20/266
5. Nurbalqis Fathi (Zon Utara) – 29/38


Pertandingan tamat dengan jayanya pada jam 12.30 petang pada hari terakhir dan akan diteruskan dengan Majlis Upacara Penutupan Kejohanan Memanah Pelapis antara Zon Peringkat Akhir 2015 pada jam 1.00 petang dalam keadaan hujan lebat. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Majlis Skan Negeri Johor Muhammad Syafiq Bin Hassan.

Pihak Penganjur mengucapkan syabas kepada semua pemenang dan pasukan yang hadir pada kejohanan Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir 2015. Kejohanan ini akan menjadi dwi tahunan dan seterusnya dimasukkan dalam kalendar untuk mencungkil bakat-bakat baru setiap tahun. Ucapan tahniah juga kepada atlet yang telah memberi saingan serta tentangan hebat kepada lawan masing-masing dan yang tewas jangan berputus asa. Pasukan Pulau Pinang akan bergerak balik ke Pulau Pinang pada 16 November 2015.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved