Monday, May 11, 2015

LAPORAN SEMINAR PENGADIL TAEKWONDO (TM)

Tarikh: 1 Mei 2015 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Seminar Pengadil Taekwondo (TM) telah dianjurkan oleh Persatuan Taekwondo Pulau Pinang (TM). Program ini dijalankan selama satu hari bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang.

Seminar ini dikendalikan oleh Master John Hendry Naib Presiden Kyorugi Technical Board Taekwondo Malaysia (TM). Pada sebelah pagi, program dimulakan dengan taklimat dan penerangan berkaitan teori asas pengadil taekwondo di Bilik Cemerlang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Seterusnya, sesi amali dan praktikal dijalankan di Dewan Silat, MSN Pulau Pinang.
Sesi petang pula merupakan penilaian oleh penceramah untuk menguji peserta seminar dengan mengadakan ujian pengadil. Akhir sekali, Majlis ditutup dengan sesi bergambar bersama penceramah dan peserta-peserta program. Turut sama semasa program ini adalah En. Mohd Sabib (Presiden Persatuan Taekwondo P. Pinang), En. Rajendran a/l Rajoo (Timbalan Presiden) dan En. Rajendran a/l Rengasamy (Technical Chairman).

Sekian, terima kasih.

Laporan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved