Tuesday, May 5, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN BAGI SUKAN PELAYARAN

Tarikh : 2 Mei 2015 (Sabtu)
Masa : 1.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Pusat Latihan Pelayaran Bagan Ajam, Butterworth

KEHADIRAN
1. Mohamad Shah Bin Ismail - JSM
2. Roy Chin - jurulatih kelab Budimanis
2. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 6 lelaki & 3 wanita

LATIHAN
1. Streching
2. Reaching 
3. Beating

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Seramai 11 orang akan menyertai Kejohanan Perahu Layar KFC 17th Tunku Laxamana NSC-PD Open Regatta 2015 pada 7 hingga 11 Mei 2015 di Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Kekurangan bot untuk latihan dan atlet terpaksa menunggu giliran untuk turun berlatih.
2. Beberapa tiang layar patah dan perlu dibaiki dengan segera. 
3. Perlu penambahan beberapa alat ganti seperti tali, center board dan tiang.

PROGRAM BINAAN
1. Akan mengadakan Pencarian Bakat Baru (TID) pada penghujung bulan ini dan perbincangan bersama pihak sekolah telah diadakan.

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan kerana ada sebahagian atlet yang baru juga turut serta menjalani latihan.
2. Kelajuan angin semasa sesi latihan berada pada 5 - 10 knots.
3. Jurulatih juga bercadang untuk mengadakan klinik ikatan tali pada semua atlet memandangkan ada sebahagian atlet yang kurang mahir dalam ikatan pada bot.
4. Sesi latihan berjalan seperti biasa dan mengikut perancangan jadual jurulatih.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved