Monday, May 11, 2015

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN PERAHU LAYAR KFC 17TH TUNKU LAXAMANA NSC-PD OPEN REGATTA 2015

Tarikh : 8 Mei 2015 (Jumaat)
Masa : 7.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Batu 1,Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bertempat di Port Dickson Negeri Sembilan, seramai 10 orang pelayar Pulau Pinang (6 lelaki & 4 wanita) telah menyertai Kejohanan Perahu Layar KFC 17th Tunku Laxamana PD Open Regatta 2015 yang bermula pada 8 hingga 10 Mei 2015. Pada edisi kali ini telah menampilkan penyertaan pelayar seramai 200 pelayar (130 lelaki & 70 wanita) yang melibatkan penyertaan negeri termasuk luar negara dan kelab berdaftar. Berikut Pecahan mengikut kategori dipertandingkan.

1) Optimist A - 46 pelayar
2) Optimist B - 66 pelayar
3) Optimist C - 20 pelayar
4) Bio Techno Class - 9 pelayar
5) Race Board Class - 6 pelayar
6) Laser Radial - 20 pelayar
7) Laser Standart - 6 pelayar
8) Laser 4.7 - 27 pelayar

Bagi Pasukan Pulau Pinang, Pelayar yang terlibat hanya untuk kategori Optimist (lelaki & wanita), Laser 4.7 (lelaki) dan Bio Techno Class (wanita).

Pada sebelah pagi, hanya sesi pendaftaran pasukan dan Mesyuarat Pengurus Pasukan dapat dijalankan. Dalam masa yang sama, semua pelayar bersiap sedia memasang kelengkapan serta membuat pemeriksaan terakhir sebelum turun ke laut selepas solat jumaat. Perlumbaan telah bermula pada jam 3.00 petang dengan 1 perlumbaan bagi kategori Optimist, laser radial dan standart manakala 2 perlumbaan untuk kategori bio techno class, race board dan laser 4.7. Keadaan angin sekitar 5 - 10 knot semasa perlumbaan. Perlumbaan tamat pada jam 6.00 petang dan semua pelayar berkemas sebelum turun ke venue pertandingan untuk Majlis Makan Malam.

Berikut keputusan hari pertama yang melibatkan Pelayar Pulau Pinang :-

Optimist A
1) Azlee Samsudin - tempat 11
2) Mohd Aimar Adam Roshidi - tempat 38

Optimist B
1) Muhd Nasri Rahim - tempat 15
2) Mohd Zarif Humaidi Ahmad Zaini - tempat 17
3) Sofea Alisha Hairumizan - tempat 29
4) Nurul Farah Izzati Yusof - tempat 37
5) Hanie Afiqah Mohd Fany - tempat 49

Optimist C
1) Muhd Aidim Hairumizan - tempat 17

Laser 4.7
1) Mohd Alif Haikal Hairumizan - tempat 13

Bio Techno Class
1) Katherine Ong Xin Yean - Tempat 2
Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved