Monday, July 8, 2013

LAPORAN KEJOHANAN SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC TENPIN BOWLING JUNIOR CIRCUIT 2013 - MELAKA LEG.

Tarikh : 5 hingga 7 Julai 2013.
Tempat : Melaka International Bowling Centre (MIBC), Melaka.

Kejohanan Bowling Junior Circuit 2013 anjuran Malaysian Tenpin Bowling Council (MTBC) telah bermula pada 5 Julai yang lalu dan akan berakhir pada 7 Julai 2013. Secara keseluruhan jumlah atlet yang bertanding bagi kejohanan ini seramai 314 atlet dimana 203 atlet lelaki dan 111 atlet wanita. Sehingga hari ini sebanyak 6 pusingan telah dijalankan sebelum atlet terbaik mengikut kategori dipilih untuk layak ke pusingan Grand Final yang dijangka akan berlangsung di Sunway Piramid, Selangor.

Skuad Pulau Pinang (USPTN/Skuad SUKMA) telah membariskan atlet saeramai 13 orang yang merangkumi 10 atlet lelaki dan 3 atlet wanita. Kejohanan kali ini melibatkan 6 kategori yang dipertandingkan iaitu Boys Graded, Girls Graded, Boys Open, Girls Open, Boys U12 dan Girls U12.

1. Boys Graded - 97 atlet.
2. Girl Graded - 57 atlet.
3. Boys Open - 53 atlet.
4. Girls Open - 26 atlet.
5. Boys U12  - 53 atlet.
6. Girls U12   - 28 atlet.

Berikut keputusan rasmi pertandingan yang melibatkan penyertaan dari skuad Pulau Pinang.

5 Julai 2013 (5.00 petang)

Girl Graded Round 1

1. Iman Nur Qistina Bt Mohd Lok Pi - 1288 jatuhan pin (31/avg 161.00)
2. Ainaa 'Alyaa Bt Zulamri - 1202 jatuhan pin (43/avg 150.25)

6 Julai 2013 (9.00 pagi)

Boy Graded Round 1

1. Muhammad Akif Afif Bin Azman - 1428 jatuhan pin (36/avg 178.50)
2. Kelvin Tan Chun Shin - 1408 jatuhan pin (43/avg 176.00)
3. Ong Siang Leing - 1384 jatuhan pin (44/avg 173.00)
4. Dennis Gan Chin Keat - 1328 jatuhan pin (62/avg 166.00)
5. Yair-Azraei Bin Ferooz Feizal - 1230 jatuhan pin (77/avg 153.75)

6 Julai 2013 (1.30 petang)

Boys Open Round 1

1. Toh Yih Hong - 1608 jatuhan pin (15/avg 201.00)
- layak ke pusingan 2 pada 7 Julai 2013.

6 Julai 2013 (5.30 petang)

Boys U12 Round 1

1. Muhammad Hariz Adlan Bin Azman - 1068 jatuhan pin (4/avg 178.00)
2. Mohamad Al-Faiz Bin Zainal Abidin - 1016 jatuhan pin (8/avg 169.33)
3. Megat Zaqrul Haiqal Bin Megat Zairudin - 859 jatuhan pin (31/avg 143.17)
4. Muhammad Hafiz Darwisy Bin Azhlan - 589 jatuhan pin (50/avg 98.17)

Girls U12 Round 1

1. Nur Amirah Farihah Bt Azhlan - 864 jatuhan pin (6/avg 144.00)

7 Julai 2013 (9.00 pagi)

Boys Open Round 2

1. Toh Yih Hong - 2801 jatuhan pin (15/avg 200.07)

7 Julai 2013 (12.30 tengahari)

Boys U12 Round 2

1. Muhammad Hariz Adlan Bin Azman - 1826 jatuhan pin (4/avg 182.60)
2. Mohamad Al Faiz Bin Zainal Abidin - 1777 jatuhan pin (5/avg 177.70)

Girls U12 Round 2
1. Nur Amirah Farihah Bt Azhlan - 1337 jatuhan pin (11/avg 133.70)

Sekalung ucapan tahniah kepada semua pemenang yang telah bersungguh-sungguh menunjukkan prestasi yang membanggakan dan kepada yang tewas jangan berputus asa. Anggap kejohanan ini sebagai pembakar semangat untuk kita berjaya pada masa yang akan datang.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved