Thursday, May 3, 2012

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN SCORING PEMILIHAN KARNIVAL PELAPIS & SUKMA 2012

Tarikh : 21 & 22 April 2012 (Sabtu & Ahad)

Venue : PLN Batu Uban

Seramai 33 atlet kat 1 yang menyertai pemilihan kali ini. Ia merupakan pemilihan ke-2 dan semua atlet & ibubapa telah dimaklumkan tentang cara pemilihan dijalankan semasa taklimat bersama ibubapa yang telah dijalankan pada 6 Mac 2012 di Bilik Cemerlang MSN Pulau Pinang.

Untuk makluman, sebanyak 3 kali pemilihan akan dijalankan iaitu semasa :-
1. Kejohanan Sirkit Kebangsaan 1 di Melaka (Mac)
2. Kejohanan Dalaman di Pulau Pinang (April)
3. Kejohanan Terbuka UUM di Kedah (Mei)

Sesi dimulakan seawal 8.30 pagi sehingga jam 6.00 petang selama 2 hari. Menggunakan format single FITA. Atlet serantau juga hadir semasa pemilihan ini iaitu :-

Akademi Serantau Zon Utara
1. Lukman Fitri Bin Jasli

Akademi Serantau Zon Selatan
1. Nur Naseha Binti Rosli
2. Loke Shin Hui
3. Teoh Wen Zhing

Atlet2 di pelapis kebangsaan tidak dapat menyertai siri pemilihan ke-2 kerana akan menduduki peperiksaan di pra-u yang bermula pada hari ini (isnin). Akan tetapi skor mereka akan diambil semasa di Kejohanan di UUM pada bulan depan.

Cuaca semasa pemilihan,hujan disebelah pagi dan panas di sebelah petang. Catatan skor ada yang meningkat dan ada yang turun. Selain pemilihan skuad sukma, kami mengambil kesempatan membuat pemilihan sebelum menyertai Karnival Pelapis Negeri di Pahang pada penghujung bulan Mei 2012.

Berikut adalah senarai mengikut acara dan ranking untuk pemilihan sukma.

Compound Lelaki
1. Zulfadhli Ruslan
2. Lee Chiang Sen
3. Ahmad Hadi Ahmad Zaki
4. Aidi Amar Ramli
5. Tan Chin Hong
6. Logathasan
7. Muhamad Fitri
8. Akmal

Compound Wanita
1. Nur Ayuni Hasinah
2. Izzati Hanani
3. Nik Izzati Mohamed
4. Lim Lian Jhing
5. Deeviya Gunasegaran
6. Salina Putriana Eriepius

Recurve Lelaki
1. Noor Aiman
2. Aiman Amran
3. Muhd Razif
4. Muhd Adam
5. Muhd Syazwan
6. Muhd Faris Jamaludin
7. Lukma Fitri Jasli
8. Lim Peh Pin
9. Muhd Hakimie
10. Quak Ting Hua

Recurve Wanita
1. Siti Fatimah Abd Karim
2. Sharaniyaa
3. Meerosha
4. Loke Shin Hui
5. Syarfa Zulaikha
6. Fatin Sabrina Abd Rahim
7. Nur Naseha Rusli
8. Teoh Wen Zhing
9. Hurunnain

Keseluruhan perjalanan semasa pemilihan berjalan dengan lancar dan baik. Semua jurulatih dan ibubapa yang membantu melancarkan perjalanan pemilihan kali ini. Tahniah kepada yang berjaya dan yang tidak berjaya, masih ada satu lagi peluang iaitu semasa di Kejohanan Memanah Terbuka UUM Sintok, Kedah Darul Aman pada awal bulan hadapan.

Shasha Tarmuzi









0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved