Thursday, May 3, 2012

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN PPN @ PLN TINJU - BATU UBAN

Tarikh : 20hb April 2012 (Jumaat)

Masa : 5.40 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Pusat Latihan Tinju Batu Uban Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Kehadiran :
1. Jhonny Kasiran - JLN Majlis Sukan Negeri Pinang
2. Pakianthan - JL Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
3. Atlet - 7 Lelaki

LATIHAN
1. "Drill" (cara-cara teknik)
2. Tumbukan

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan pada 23 - 27 April 2012 di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara Taman Keramat, Kuala Lumpur.
2. Kejohanan Karnival Remaja Kebangsaan Siri 01/2012 pada 23 - 27 Mei 2012 di Negeri Pahang.

KECERDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Selepas 25 minit memantau latihan sukan angat berat, pemantauan diteruskan kepada sukan tinju yang terletak bersebelahan.
2. Mendapati 7 dari 12 atlet yang hadir dan berjumpa dengan JLN Pak Jhonny untuk bertanyakan kehadiran atlet yang lain. Beliau memaklumkan kehadiran atlet Mohd Shahrul Nizam yang amat berkurangan. Tindakan SDO akan menghubungi atlet tersebut sebelum tindakan seterusnya diambil.
3. Atlet diberikan latihan "drill" bersama-sama atlet ATM yang menjalani latihan bersama sebagai memantapkan lagi cara-cara teknik untuk atlet yang akan menyertai Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan pada 23 - 27 April 2012 di Kuala Lumpur.
4. Selain dari latihan "drill", atlet juga menjalani latihan tumbukan dengan peralatan "punching beg" dan "padding".
5. Diakhir pemantauan telah berjumpa dengan atlet-atlet yang akan menyertai kejohanan Remaja Kebangsaan, memberikan kata-kata semangat dengan harapan kembali dengan kejayaan.

Fatimah Jamil









0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved