Thursday, May 3, 2012

LAPORAN RINGKAS LAWATAN PPN @ PLN TENPIN BOWLING & KEJOHANAN MSSM 2012

Tarikh : 21hb April 2012 (Sabtu)

Masa : 1.20 tengahari hingga 5.00 petang
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes Bayan Baru, Pulau Pinang.

Kehadiran :
1. Atlet - 3 Lelaki, 3 Wanita (Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang)

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Boling Tenpin 2012 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)

ULASAN
1. Mulai April 2012 Sukan Tenpin Boling bagi Program Pelapis Negeri tidak lagi dibawah seliaan saya. Tujuan pemantauan ini adalah untuk memantau prestasi Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysai XV 2012, Pahang.
2. Sesampai di Pusat Boling terus menuju kebilik Urusetia dan memaklumkan untuk mendapat keputusan pertandingan. Salah seorang dari urusetia merupakan JSM Program Pelapis Negeri, Pn. Nooriani Binti Rahman dan pada tahun 2012 Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Boling Tenpin MSSM.
3. Pertandingan hari ini bermula seawal 8.00 pagi dan katogeri yang dipertandingkan adalah Berpasukan Bawah 12, 15 dan 18 Tahun (Lelaki dan Wanita). Seramai 3 Lelaki dan 3 Wanita atlet dari Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang yang terlibat pada kejohanan hari ini iaitu Katogeri Berpasukan 15 dan 18 Tahun (Lelaki dan Wanita).
4. Berkesempatan memantau pertandingan Berpasukan Bawah 15 Tahun (Lelaki dan Wanita). Hanya 1 atlet lelaki dan 1 atlet wanita yang menyertai katogeri Berpasukan Bawah 15 Tahun.
5. Sambil memantau kesempatan waktu diambil berjumpa dengan keluarga atlet yang hadir dan bertanya khabar dan mengucapakan tahniah kepada keluarga Mohamad Nazmi atas kejayaan anak mereka dalam acara "Master" memperolehi Emas.
6. Menerima jemputan dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk menghadiri Jamuan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Boling Tenpin 2012 MSSM yang diadakan di Dewan SJK (C) Kwang Haw, Sungai Nibong Pulau Pinang yang berlangsung dari 7.45 malam.

Pencapian Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang :

Bawah 15 Tahun Lelaki dan Wanita
1. Yair Azraei Bin Ferooz Feizal - Acara Bergu : Gangsa
- Acara Berpasukan : Gangsa
2. Nur Amirah Auni Binti Azman - Acara Berpasukan : Gangsa

Bawah 18 Tahun Lelaki dan Wanita
1. Mohamad Nazmi Bin Mohamad Mazli - Acara Berpasukan : Perak
- Acara Master : Emas
2. Thunes A/L Muniandy - Acara Berpasukan : Perak
3. Syazwani Binti M. Annuar - Acara Berpasukan : Perak
4. Nur Asyfareena Binti Ahmad Bukhari - Acara Berpasukan : Perak

Pencapaian Negeri Pulau Pinang :

Emas - 2 pingat

Perak - 2 pingat

Gangsa - 6 pingat


Keputusan Keseluruan
Johan - Selangor

Kedua - WP Kuala Lumpur

Ketiga - Pahang

Keempat - Kedah

Kelima - Pulau Pinang

Sekian,
 
Fatimah Jamil
 



0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved