Thursday, January 19, 2012

PEMANTAUAN LATIHAN ATLET DAN PROGRAM TID STATE EVALUATION - SUKAN TENPIN BOLING

Tarikh : 17hb Januari 2012 (Selasa)
Masa : 4.45 petang hingga 8.30 malam
Tempat : Pusat Boling Mega Lanes, Seberang Perai.

Kehadiran Pegawai Bertugas : Albert Yeoh Seng Poh (JSM Pelapis Negeri/Wakil PTBPP), Cik Kim Eun Jung (JLN MSN) dan Cik Fatimah Binti Jamil (PPN USPTN).

LAPORAN RINGKAS :PEMANTAUAN LATIHAN ATLET SKUAD LATIHAN SUKAN MALAYSIA XV 2012, PAHANG

4.45 petang telah sampai di Pusat Latihan dan mendapati atlet telah bersedia untuk melakukan latihan pemanasan badan sebelum memulakan latihan skill yang telah ditetapkan oleh Jurulatih. Kehadiran atlet amat memuaskan iaitu seramai 14/15 orang atlet. Sebelum memulakan Program TID "STATE EVALUATION" 2012 yang akan bermula dari 6.00 petang, kesempatan waktu diambil untuk memantau latihan Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang. Latihan bermula dari 5.30 petang hingga 8.30 malam.

PROGRAM TID "STATE EVALUATION" :
Masa : 6.00 petang hingga 8.00 malam
Kehadiran : 40 orang murid (SK - 16 murid) dan (SMK - 24 murid)

Seramai 40 orang murid menjalani Program TID "State Evaluation" yang dinilai oleh Jurulatih Pelapis Negeri JSM Albert Yeoh Seng Poh dan JLN MSN Kim Eun Jung. Seramai 23 orang murid terpilih untuk menjalani "National Evaluation 2012" yang akan berlangsung pada 18hb Januari 2012 (Rabu) di Pusat Boling Premium Lanes, Bayan Baru, Pulau Pinang dari 5.00 petang.Disasarkan seramai 57 orang murid yang akan menjalani sesi "National Evaluation 2012"iaitu 23 orang murid yang dipilih dari Program TID "State Evaluation" dan 35 orang murid yang sediada didalam Program Pelapis Negeri Tahun 2011.

Program "National Evaluation" akan di nilai oleh Jurulatih-Jurulatih Persatuan Kebangsaan dan atlet yang dipilih akan di serapkan ke dalam Program Pelapis Negeri tahun 2012. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan :
1. Pendaftaran
2. Senaman pemanasan badan
3. Roll-Off
4. Pengumuman pemilihan murid ke peringkat seterusnya " NATIONAL EVALUATION"
5. Sesi taklimat bersama murid-murid yang terpilih.
6. Bersurai

Mengadakan perjumpaan bersama JLN MSN Kim Eun Jung untuk membincangkan latihan yang dijalankan sebelum dan selepas Cuti Tahun Baru Cina sebelum meninggalkan Pusat Latihan.

Fatimah Jamil



























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved