Friday, October 7, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN MEMANAH

Tarikh : 5 Oktober 2011
Venue : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban

Cuaca hujan renyai2 dan baru sahaja berhenti. Keadaan padang masih lagi lecak / basah. Hanya 8 atlet sahaja yang menjalani latihan hari ini di bawah JPM Jaffery.Keadaan target butt sudah tidak boleh digunakan lagi.

Sebagai alternatif, jurulatih menggunakan form yang ditengah2 nya diletakk kan kain2 perca dan selepas itu dibalut menggunakan plastik lutsinar (supaya air tidak meresap). Ini adalah untuk memastikan anak panah tidak patah atau pecah ketika shot. Target butt yang sedia ada jika atlet memanah akan mudah tembus dan merosakan anak panah.

Dimaklumkan juga,sebentar tadi pihak saya bersama naib presiden pergi mengambil target butt (5) yang diberikan kepada pelapis pulau pinang di politeknik permatang pauh. 2 telah diberikan di PLN St.George & 3 telah diletakkan di PLN Batu Uban.Dari segi latihan,atlet hanya melakukan latihan free shooting.

Latihan free shot ini adalah untuk memastikan setiap atlet memahami 'feel' atau keadaan yang selesa ketika sedang memanah pada diri sendiri. Pada awal latihan,atlet menggunakan theraband sebagai warm-up.Latihan tamat jam 7.30 malam dan atlet pulang kerumah dengan dijemput oleh ibubapa masing2.

Sekian,terima kasih.

Shasha Tarmuzi































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved