Monday, October 24, 2011

KEJOHANAN KRITERIUM 25KM TERTUTUP PULAU PINANG

Tarikh : 23 Oktober 2011
Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Jalan Padang Polo
Atlet : 25 Orang

Perlumbaan Kriterium 25 KM Tertutup Pulau Pinang diadakan pada 23 Oktober 2011 bermula dan berakhir di Padang Polo melalui jalan sekitar Padang Polo. Perlumbaan bermula pada pukul 9.00 dan berakhir sekitar jam 10.30 pagi.

Penyertaan atlet pada perlumbaan ini kurang memberangsangkan apabila hanya 25 orang atlet mengambil bahagian.Perlumbaan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bawah 16 tahun dan terbuka.

Keputusan acara terbuka ialah:

1. Chin Ching Chai
2. Meisheelan A/L Ganesan
3. Mohamad Syafiq
4. Mohd Isa
5. Mohamad Andalas bin Azkhir

Manakala keputusan acara bawah 16 tahun pula ialah:

1. Mohamad Syafiq
2. Mohamad Andalas bin Azkhir
3. Mohamad Syahmyzzy bin Ismail

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil PDRM Koperal Amri Bin Yaakob.

Hamidi Lokman



















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved