Tuesday, May 31, 2011

SUKMA XIV 2011 - LAPORAN URUSETIA PERKAMPUNGAN SUKAN, UKM

Urusetia perkampungan sukan bergerak dari Pulau Pinang pada 30 Mei dan tiba di UKM pada jam 10.00 malam bersama sebuah lori JKR yang membawa mineral water,peralatan urusetia & medic. Urusan penginapan urusetia selesai sekitar jam 10.30 malam di Kolej Keris Mas, UKM.


Persiapan awal pasukan urusetia di sini bermula jam 9.00 pagi dengan membuat persediaan bilik urusetia. Pasukan medic juga turut menguruskan persediaan bilik di asrama atlet.Lawatan ke bilik2 penginapan atlet juga diadakan bagi meninjau serta mengenalpasti sebarang masalah yang ada sebelum ketibaan pasukan Tenis & Polo Air yang dijangka tiba pada petang ini.


Untuk makluman juga beberapa aktiviti menarik yang disediakan penganjur antaranya permainan play station, ping pong, & dart yang pastinya membuatkan atlet tidak bosan di perkampungan sukan ini.Selain itu, urusan makan minum atlet juga berjalan lancar hari ini dengan pemantauan oleh pihak urusetia penganjur.


Kini pihak urusetia sedang menanti ketibaan pasukan Tenis & Polo Air Pulau Pinang. Segala urusan berjalan lancar di sini. Sekian laporan ringkas sy di UKM. Tq



Ketua Urusetia Perkampungan Sukan, UKM











































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved