Thursday, May 5, 2011

BAKAT BARU SUKAN GIMNASTIK TERUS DICARI

Tarikh :4 Mei 2011
Tempat :Tadika Melody, Bukit Jambul
Jurulatih : En Zhang Jin Quan

Program Pencarian Bakat Baru sukan Gimnastik Artistik diteruskan lagi pada 4 mei 2011. Untuk sesi ini, Jurulatih Luar Negara MSNPP, En Zhang Jin Quan mengadakan sesi mengenalpasti bakat baru di Tadika Melodi, Bukit Jambul.

Sambutan dan layanan daripada pihak Tadika amatlah menggalakkan. Para guru tadika terbabit juga berkerjasama mengawal pelajar-pelajar sepanjang sesi mengenalpasti bakat tersebut.

Pemilihan atlet-atlet gimnastik untuk peringkat permulaan ini ialah jurulatih memeriksa fizikal kesemua pelajar-pelajar tersebut. Seterusnya pelajar-pelajar yang mempunyai fizikal yang sesuai yang telah terpilih diuji melalui beberapa ujian ringkas iaitu berlari dan melompat. Hasil program ini, daripada 30 orang pelajar daripada tadika tersebut, 13 orang untuk telah terpilh untuk datang ke sesi pemilihan peringkat kedua yang akan dijalankan pada 5 Mei 2011 (Khamis) pada jam 7.00 hingga 9.30 malam bertempat di Akademi Gimnastik MSNPP dan Akademi Gimrama MSNPP.

Program pencarian bakat baru ini berakhir pada jam 11.00 pagi. Program pencarian bakat-bakat baru seperti ini akan diteruskan ke tadika-tadika lain untuk mencari lebih ramai pelapis atlet-atlet Gimnastik Artistik Pulau Pinang untuk masa hadapan.


Disediakan oleh
Hamidi bin Lokman



















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved