Wednesday, May 11, 2011

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 1/2011 - PERGERAKKAN KONTINJEN PULAU PINANG

Tarikh : 11 Mei 2011
Masa : 8.00 am
Tempat : MSN Pulau Pinang

Hari ini seramai 78 orang atlet serta jurulatih Program Pelapis Pulau Pinang akan berangkat ke Kota Bahru, Kelantan untuk menyertai Kejohanan Karnival Pelapis Negeri Sirkit 1/2011.

Sepertimana setiap tahun, Karnival yang diadakan Dua (2) kali setahun ini adalah bertujuan menilai prestasi atlet-atlet remaja yang berlatih dibawah Program Pelapis Negeri masing-masing. Karnival ini juga dapat dijadikan penilaian kepada jurulatih-jurulatih negeri untuk memilih atlet ke Program SUKMA akan datang.

Sebelum bertolak ke Kelantan pada pagi tadi, Pengarah MSN Pulau Pinang En. Frederick Tan berkesempatan berjumpa dan memberi kata-kata semangat kepada semua atlet agar bertanding bersungguh-sungguh agar mencapai kejayaan.

Kesemua atlet, jurulatih dan pegawai yang terlibat selamat sampai di Kota Bahru kira-kira jam 6.00 petang. Mesyuarat pengurus-pengurus pasukan bagi sukan yang berkenaan diadakan pada jam 8.30 malam. Sekian untuk hari pertama Karnival pada kali ini.




















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved