Wednesday, May 23, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 2/2018

Tarikh: 22 Mei 2018 (Selasa)
Tempat:  
1) SRJKC Moh Ghee Pusat
2) SK Sungai Gelugor
Masa: 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Kehadiran
1) Encik Foong Kok Seng - JPM MSNPP
2) Encik Tan Teik Jin - JSM USPTNPP
3) Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

Hari ini merupakan kali kedua ujian mengenalpasti bakat bagi sukan gimnastik artistik untuk fasa kedua yang melibatkan 2 buah sekolah rendah sesi pagi iaitu SJK (C) Moh Ghee Pusat dan SK Sungai Gelugor. Program TID sesi kedua bagi dua sekolah ini hanya melibatkan pelajar lelaki (MAG). Program TID ini menfokuskan kepada murid-murid tahun 1 di kesemua sekolah yang terlibat, penyertaan yang diterima ialah seramai 85 orang murid lelaki.

Tapisan pertama pemilihan telah dijalankan oleh Encik Foong Kok Seng dan Encik Tan Teik Jin dengan menilai beberapa aspek fizikal murid secara spesifik bagi sukan gimnastik artistik. Seramai 10 orang murid daripada dua buah sekolah telah terpilih untuk menjalani ujian peringkat seterusnya pada 24 Mei 2018 dimana mereka perlu menjalani latihan di Gimnasium MSNPP selama sebulan sebelum pemilihan seterusnya dijalankan. Program TID ini diharap dapat dijadikan platform bagi jurulatih untuk mendapatkan bakat-bakat baru sukan Gimnastik Artistik bagi negeri Pulau Pinang. 

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN AKUATIK (TERJUN)

Tarikh : 22 Mei 2018 (Selasa)
Masa : 3.00 petang hingga 6.3​0 petang
Tempat : Kompleks Sukan Bandaraya Relau, Bayan Lepas

KEHADIRAN
1. En. Mohd Azheem Bin Bahari - JPM Negeri
2. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 4 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Strength
3. Springboard Hurdle
4. Basic Entry

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Sesi latihan bulan Ramadhan bermula 8.00 pagi - 11.00 pagi (Pagi) dan 3.00 petang - 7.00 petang (Petang)
2. Jurulatih memaklumkan bahawa program latihan masih diperingkat permulaan memandangkan semua atlet masih baru dalam sukan ini.
3. Jurulatih memaklumkan ‘Dry Gym’ masih belum boleh digunakan untuk sesi latihan. Pihak MBPP memaklumkan kepada jurulatih agar MSNPP dapat menyediakan satu (1) surat kebenaran menggunakan Dry Gym untuk dipanjangkan kepada MBPP. Makluman berhubung perkara tersebut telah dipanjangkan kepada Penyelaras Sukan Negeri.
4. Jurulatih berharap Dry Gym dapat digunakan secepat mungkin untuk atlet-atlet menggunakan sebaik mungkin.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Monday, May 21, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 2/2018

 Tarikh : 18 Mei 2018 (Jumaat)
Tempat :  
1) SRJKC SHANG WU
2) SK MINDEN HEIGHT
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

KEHADIRAN
1) Encik Foong Kok Seng - JPM MSNPP
2) Encik Tan Teik Jin - JSM USPTNPP
3) Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) telah menjalankan Program Mengenalpasti Bakat (TID) bagi sukan Gimnastik Artistik. Bagi fasa kedua ini melibatkan 4 buah sekolah rendah sesi pagi iaitu SJK (C) Shang Wu,  SK Minden Heights, SJK (C) Moh Ghee Pusat dan SK Sungai Gelugor. Namun begitu terdapat dua tarikh yang diberikan oleh pihak sekolah dimana 18 Mei 2018 ( SJK (C) Shang Wu & SK Minden Heights) manakala pada tarikh 22 Mei 2018 ( SJK (C) Moh Ghee Pusat & SK Sungai Gelugor). Hal ini kerana beberapa sekolah masih lagi giat menjalankan peperiksaan. Program TID sesi kedua bagi dua sekolah pertama ini hanya melibatkan pelajar lelaki (MAG). Program TID ini menfokuskan kepada murid-murid tahun 1 di kesemua sekolah yang terlibat, penyertaan yang diterima ialah seramai 128 orang murid lelaki.

Tapisan pertama pemilihan telah dijalankan oleh Encik Foong Kok Seng dan Encik Tan Teik Jin dengan menilai beberapa aspek fizikal murid secara spesifik bagi sukan gimnastik artistik. Seramai 14 orang murid daripada dua buah sekolah telah terpilih untuk menjalani ujian peringkat seterusnya pada 24 Mei 2018 dimana mereka perlu menjalani latihan di Gimnasium MSNPP selama sebulan sebelum pemilihan seterusnya dijalankan. Program TID ini diharap dapat dijadikan platform bagi jurulatih untuk mendapatkan bakat-bakat baru sukan Gimnastik Artistik bagi negeri Pulau Pinang. 

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN PELAYARAN

Tarikh : 20 Mei 2018 (Ahad)
Masa : 12.00 tengahari hingga 4.00 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA), Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. Ismail Bin Abd Ghani - JPM Negeri
2. Md Shah Bin Ismail - JSM
3. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 13 atlet

LATIHAN
1. Warm up.
2. Jurulatih memberi taklimat kepada atlet baru berkenaan pemeriksaan bot, pemasangan serta peralatan yang terdapat di dalam bot.
3. Reaching & Beating
4. Close Hold

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Jurulatih ada memohon beberapa peralatan kecil. Namun sehingga kini, Persatuan masih belum menghantar surat permohoanan bersama sebutharga.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Pada bulan Ramadhan, sesi latihan dijalankan bermula jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang.
2. Jurulatih ada memohon beberapa peralatan kecil. Namun sehingga kini, Persatuan masih belum menghantar surat permohoanan bersama sebutharga.
3. Jurulatih telah menghantar resit perbelanjaan untuk 2 kejohanan yang telah disertai. PPN masih menyemak sebelum diserahkan semula kepada Persatuan untuk pengesahan.
4. PPN mengingatkan jurulatih untuk menghantar surat permohonan Persatuan untuk mengadakan Ujian Kecergasan pelapis. Jurulatih menegaskan untuk menjalankan selepas hari raya.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Thursday, May 17, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN MEMANAH

Tarikh : 16 Mei 2018 (Rabu)
Masa : 3.30 ptg hingga 6.30 ptg
Tempat : Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Kan Kar Inn - JSM
2. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh – PPN

ATLET
1. 8 orang atlet

LATIHAN
1. Warm up
2. Shooting Skill
3. Equipment Checking
4. Cooling down 

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Memohon peralatan utama seperti Target Butt, Target Stand.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Sesi latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual jurulatih yang disediakan. Tiada perubahan pada jadual latihan pada bulan puasa memandangkan atlet bukan beragama islam.
2. Seorang atlet baru selesai menyertai Kem Bakat Sukan Memanah yang diadakan pada 10 hingga 15 Mei 2018 di Majlis Sukan Negara Malaysia.
3. Untuk makluman, Kompleks Belia & Sukan akan membuat penambahbaikan pada semua bangunan bermula Mei sehingga selesai penyelenggaraan.
4. Latihan gym dikurangkan disebabkan memberi laluan kepada atlet yang berdaftar untuk SUKMA XIX Perak 2018. Latihan boleh dijalankan sekiranya ada kekosongan.
5. Mesyuarat JKK SUKMA Bil 2/2018 akan diadakan pada 17 Mei 2018 jam 8.30 malam di Bilik Mesyuarat MSNPP.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved