Wednesday, May 16, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN LAWN BOWLS

Tarikh : 15 Mei 2018 (Selasa)
Masa : 5.00 pm hingga 7.00 pm
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Zakaria Bin Ahmad - JSM MSNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 12 Orang

LATIHAN
1. Warm up
2. Triples
3. Cooling down

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. MOHE-Mahsuri Cup Mixed Pairs 2018 yang akan berlangsung pada 26 Jun hingga 1 Julai di Kompleks Sukan LADA, Langkawi

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. PLBPP memohon pembelian peralatan kecil untuk beg bowls dan club hawk

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet tidak memuaskan memandangkan beberapa atlet sedang menghadapi peperiksaan.
2. PPN memaklumkan kepada jurulatih bahawa LO pembelian peralatan kecil sedang diproses dan akan dikeluarkan pada minggu ini untuk pembelian.
3. Semasa latihan dijalan selama sejam, hujan lebat turun dan jurulatih menamatkan latihan serta menjalankan pep talks bersama atlet sehingga jam 7.00 petang di perkarangan stadium kepala batas.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 14 Mei 2018 (Isnin)
Masa : 7.00 pm - 9.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Lee Xin Ee - JSM MSNPP

ATLET
1. 6 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Balance
3. Muscle strength training
4. Routine

UJIAN
1. Control test dijalankan pada setiap kejohanan yang akan disertai, semasa pemilihan dijalankan.

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Gimrama SportExcel Sirkit 1 yang akan berlangsung pada 29 hingga 30 Jun 2018 di Kuala Lumpur 2. Kejohanan Gimrama Sirkit  Remaja Kebangsaan Siri 1 yang akan berlangsung pada 1 hingga 6 Julai 2018 di Kuala Lumpur

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Kehadiran gimnas pada hari ini tidak memuaskan kerana beberapa mereka sedang menghadapi peperiksaan dan wajib menghadiri kelas tambahan di sekolah
2. Jurulatih memaklumkan beliau akan mencari inisiatif baru bagi melatih gimnas yang tidak dapat hadir pada latihan sesi malam kerana beliau baru sahaj tamat semester pada hari ini. Oleh itu, dapat memberi perhatian kepada latihan gimnas.
3. Pihak USPTNPP dalam usaha untuk memohon penambahan elaun bagi jurulatih yang mempunyai spkk yang lebih tinggi daripada sediada seperti jurulatih USPTNPP Shaleen Tay.
4. Pada pertengahan mahupun sebelum bulan Julai akan dijalankan control test di Kuala Lumpur bagi atlet pelapis yang akan menyertai pasukan SUKMA. Tarikh tetap akan dimaklumkan kemudian.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK WAG

Tarikh : 14 Mei 2018 (Isnin)
Masa : 5.30 pm - 7.00 pm
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Jessica Tan Ai Ling - JPM MSNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 12 Orang

LATIHAN
1. Uneven Bar
2. Vaulting

UJIAN
1. Ujian Kecergasan yang dirancang untuk dijalankan pada bulan Mei masih lagi tidak dimaklumkan oleh persatuan dan jurulatih bagi WAG, namun begitu jurulatih turut memaklumkan sekiranya tidak sempat menjalankan pada bulan Mei pasukan pelapis akan menjalankan ujian kecergasan bersama pasukan SUKMA pada bulan Jun

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Jurulatih memaklumkan beliau telah memohon kepada pihak MSNPP untuk mengikuti kursus  FIG Artistic Academy Level 1 di Singapore pada 17 hingga 24 Jun 2018. Namun begitu, pihak MSNPP tidak memberi sebarang maklumbalas berkenaan sumbangan yang akan diberikan.
2. Buat masa sekarang jurulatih WAG tidak menjalankan ujian mengenalpasti bakat kerana mempunyai atlet yang mencukupi tetapi tenaga pengajar tidak dapat dikawal oleh beliau seorang diri selepas JLN Liu Shu Nan berhenti.
3. Pihak MJAPP juga telah memohon jurulatih sepenuh masa kepada MSNM namun mereka tidak mendapat sebarang maklumbalas

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN HARI TERAKHIR KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2018

Tarikh : 14 Mei 2018 (Isnin)
Tempat : Bilik Merpati MSNM
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Kem Bakat Sukan Memanah Siri 1/2018 sudah melabuhkan tirainya pada hari ini. Walau bagaimanapun aktiviti hari terakhir berjalan seperti yang biasa dengan atlet bersarapan pagi di dewan makan sebelum masuk ke dewan kuliah untuk sesi rumusan bersama ketua jurulatih. Antara pengisian rumusan pagi ini, ketua jurulatih memaklumkan bahawa beliau berpuas hati dengan persembahan semua pemanah-pemanah walaupun rata-rata masih diperingkat pembelajaran. Sepanjang kem ini djalankan, ada beberapa atlet telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Aktiviti diteruskan lagi dengan Majlis Penutupan Kem Bakat Sukan Memanah Siri 1/2018 yang akan disempurnakan oleh Encik Azrul Hisyam Bin Abdul Jalil Ketua Cawangan Kemahiran Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara Malaysia. Dalam ucapan penutupan, beliau berhasrat agar semua pemanah-pemanah meningkatkan prestasi selepas pulang ke negeri masing-masing. Beliau juga berharap atlet yang hadir pada kem kali ini akan mewakili negara pada masa akan datang. Selesai ucapan beliau, Majlis penyampaian sijil telah disampaikan kepada semua atlet yang hadir. Dalam masa yang sama, hadiah kepada pemenang untuk mini pertandingan.

Secara keseluruhannya, semua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik dan semua atlet menunjukkan tahap disiplin yang tinggi. Pihak Unit juga mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Atlet kerana memberi peluang kepada pemanah muda untuk berkampung selama 5 hari untuk menimba ilmu. Diharap kem sebegini dapat diadakan lagi bagi memberi peluang kepada pemanah baru mempelajari teknik-teknik memanah dengan betul. Kem berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan semua atlet akan pulang ke negeri masing-masing selepas makan tengahari.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN HARI KEEMPAT KM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2018

Tarikh : 13 Mei 2018 (Ahad)
Tempat : Lapang Sasar Memanah MSNM
Masa : 7.00 pagi hingga 10.00 malam

Atlet diberi pelepasan untuk perhimpunan pagi pada hari keempat kem untuk persediaan atlet menghadapi mini pertandingan jarak double 60 meter (lelaki & wanita) yang akan bermula pada jam 8.30 pagi. 

Setiap atlet perlu menghabiskan 72 anak panah untuk menentukan pemenang. Mini pertandingan ini akan diputus berasaskan kepada Undang-Undang World Archery Federation (WA) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.

Berikut disertakan keputusan penuh mini pertandingan :-

DOUBLE 60 METER (LELAKI)

1. Muhammad Alif Aiman (KL) - 647
2. Liew Yu Vui (SAR) - 647
3. Haries Iskandar (SEL) - 633
4. Mohd Ariff Hidayat (KED) - 616
5. Muhammad Hafiyzul Hadi (SEL) - 614
6. Amir Imran (KL) - 598
7. Shamil (JHR) - 596
8. Helmi Hakim Azahah (NS) - 583
9. Muhammad Afham (MEL) - 567
10. Muhammad Akmal Adry (KEL) - 564
11. Kong Ze Liang (SAR) - 563
12. Muhammad Aliff (TER) - 524
13. Muhammad Nabil (KEL) - 521
14. Eizz Danish (NS) - 516
15. Muhammad Syahmi (PER) - 506
16. Ahmad Zaim (TER) - 469
17. Mohd Syafiq (JOH) - 447
18. Nur Muhammad Arif (PRK) - 362
19. Irsyad Thaqif (KED) - 253

DOUBLE 60 METER (WANITA) 

1. Natasha Ting Sze Pei (SAR) - 631
2. Nurul Azreena (SEL) - 613
3. Nur Syafiqa Izyan (KED) - 576
4. Hannah Irdina (SEL) - 545
5. Nur Qistina (JOH) - 543
6. Nurin Afiqah (TER) - 540
7. Nur Sajida (KED) - 538
8. Nur Balqis Fathi (PEN) - 534
9. Lim Jia Xin (JOH) - 528
10. Alis Syazni (KEL) - 519
11. Uzma Qisthina (NS) - 511
12. Nur Arissa Fatihah (KL) - 496
13. Fatin Nurhannah (KL) - 469
14. Sharifah Aleeya Natasha (PER) - 443
15. Nur Nadia (PRK) - 403
16. Nurdinah Husna (PRK) - 97
17. Nur Alyaa Najibah (PER) - 81

Sesi petang diteruskan dengan sesi Shooting Skill, Shooting Foam dan Equipment Setting. Sesi tersebut lebih kearah untuk memperbaiki beberapa kesalahan kecil yang dilakukan setiap atlet semasa melepaskan arrow ke sasaran. Beberapa peralatan atlet juga dilihat dan diperbetulkan oleh jurulatih. Sesi latihan selesai pada jam 6.00 petang.

Sesi malam semua atlet diberi active rest dengan sesi perkongsian ilmu bersama jurulatih Marbawi Sulaiman. Sedikit sebanyak atlet dapat menimba beberapa teknik baru untuk dipraktik sama ada masa latihan mahupun pertandingan. 

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved