Wednesday, March 8, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SESI PEMILIHAN ATLET WUSHU PULAU PINANG

Tarikh : 5 Mac 2017 (Ahad)
Masa : 3.30 Petang hingga 6.30 Petang
Tempat : Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang 

KEHADIRAN
1.  Soon Ghew Keng – JSM USPTN
2. Chong Min Fei - JPM MSNPP
3. Qin Gan - JPM MSNPP
              
LATIHAN
1. Warm Up
2. Latihan menggunakan senjata/tidak bersenjata
3.Latihan rutin mengikut acara
4. Acara Pemilihan bermula
5.Cooling Down

UJIAN
1. Sesi pemilihan diadakan mengikut acara.

PERTANDINGAn
1. Akan Menyertai Kejohanan Wushu KPM 2017 pada 24-26 Mac 2017

PERALATAN
1. Tiada

ULASAN
1. Satu sesi pemilihan atlet telah diajlankan.Ia melibatkan beberapa buah pusat latihan di Negeri Pulau Pinang.
2. Penyertaan atlet seramai 80 orang.
3. Sesi pemilihan atelt ini diketuai oleh Jurulatih Wushu MSNPP  Master Chong serta beberapa orang jurulatih lain .Turut serta beberapa juri dari kalangan ahli Persatuan Wushu, Tarian Singa dan Naga Pulau Pinang .
4. Atlet yang terpilih akan menjalani latihan di Pusat Latihan MSNPP.
5.Secara keseluruhannya, semua berjalan dengan lancar dan baik.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 3 Mac 2017 (Jumaat)
Masa : 8.00 pm - 10.30 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 5 Orang

LATIHAN
1. Leaps, Pivot & Flexibility
2. Element check - freehand, hoop & ball

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Siri 1/2017 akan dijalankan pada 14 Mac 2017 jam 8.00 malam

PERTANDINGAN
1. MSSM GIMRAMA 2017 yang akan berlangsung pada 17 hingga 22 Mac 2017.

KECEDERAAN

1. Tiada

PERALATAN
1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN

1. Jurulatih memaklumkan beliau bersetuju untuk menyambung kontrak jurulatih separuh masa sementara menunggu pihak persatuan mencari jurulatih yang baru.
2. Jurulatih juga sekali lagi memohon maaf kerana komitmen pekerjaan sepenuh masa beliau sebagai pegawai di bank tidak dapat memberi kerjasama dalam menyertai kursus-kursus yang ditawarkan daripada pihak MSNPP.
3. Jurulatih memaklumkan beberapa orang atlet yang mempunyai potensi tetapi masih tidak cukup lathan yang dijalankan memandangkan beliau hanya mengajar 2 sesi dalam satu minggu sahaja dan sekarang melebihkan sedikit masa latihan bagi atlet yang akan ke MSSM.
4. Atlet yang akan ke kejohanan MSSM 2017 akan menjalani latihan pusat di Akademi Gimrama 2017 pada 13 hingga 16 Mac 2017.
5. Kejohanan MSSPP yang baru sahaja berlangsung atlet pelapis Pulau Pinang berjaya membawa pulang 22 Emas, 8 Perak dan 8 Gangsa.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN GIMRAMA MSSPP 2017

Tarikh : 1 hingga 3 Mac 2017
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

Kejohanan Gimrama MSSPP 2017 telah diadakan pada 1 hingga 3 Mac 2017 di Akademi Gimrama MSN Pulau Pinang. Kejohanan 3 hari itu melibatkan seramai 65 gimnas dari seluruh sekolah Pulau Pinang melibatkan kategori LG, G1, G2, G3, PREJUNIOR, JUNIOR dan SENIOR. Bagi atlet pelapis seramai 11 orang terlibat iaitu 2 gimnas dari kategori G1, 6 gimnas dari kategori G2, seorang gimnas dari kategori G3 dan seorang gimnas bagi kategori prejunior serta junior. Atlet yang terpilih akan menjalani latihan pusat di akademi pada 13 hingga 16 Mac 2017 sebelum menyertai Kejohanan Gimrama MSSM 2017 yang dijadual berlansung pada 17 hingga 22 Mac 2017.
Kejohanan kali ini berakhir pada 3 Mac 2017. Majlis penutup serta penyampaian hadiah turut dihadiri Dato' Tan Gin Soon (Presiden MJAPP), , Puan Noraini Abu Seman (Pengerusi jawatan Kuasa Pengelola), Puan Wong Chiew Lee selaku (Naib Pengerusi jawatan Kuasa Pengelola) dan PPN. Acara berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

Berikut merupakan keputusan rasmi kejohanan bagi atlet Pelapis Pulau Pinang:

GRED 1 (FREEHAND)
GRED 1 (ROPE)
GRED 1 (BALL)
GRED 1 (HOOP)
GRED 1 (CLUBS)
GRED 1 (RIBEN)
GRED 1 (KESELURUHAN)
GRED 2 (FREEHAND)
GRED 2 (ROPE)
GRED 2 (BALL)
GRED 2 (HOOP)
GRED 2 (CLUBS)
GRED 2 (RIBBON)
GRED 2 (KESELURUHAN)
GRED 3 (FREEHAND)
GRED 3 (ROPE)
GRED 3 (BALL)
GRED 3 (HOOP)
GRED 3 (CLUBS)
GRED 3 (RIBBON)
GRED 3 (KESELURUHAN)
Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh,
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Friday, March 3, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MAJLIS SUKAN SEKOLAH PULAU PINANG (MSSPP) PERINGKAT NEGERI 2017

Tarikh : 27 Februari hingga 2 Mac 2017
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : SMK Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth

Pada 27 Feb hingga 2 Mac 2017, Jawatankuasa Teknik Sepaktakraw Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah telah berjaya menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw MSSPP Peringkat Negeri 2017 yang bertempat di SMK Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth. Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil serta mencari bakat - bakat pelajar untuk diserap masuk mewakili pasukan Pulau Pinang ke kejohanan MSSM yang akan berlangsung di Kelantan. Kejohanan kali ini telah disertai sebanyak 9 zon seluruh Pulau Pinang yang melibatkan 3 peringkat umur iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun yang merangkumi 304 pelajar secara keseluruhannya.

Selesai kejohanan MSSPP ini, pelajar yang terpilih akan menjalani pemilihan terakhir pada 7 Mac 2017 sebelum berkampung selama 5 hari 4 malam bermula 8 Mac hingga 12 Mac 2017 di SMK Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan. 

Berikut disertakan keputusan penuh sepanjang kejohanan ini berlangsung.

BAWAH 12 TAHUN (BERPASUKAN)
Emas - Zon Butterworth
Perak - Zon Kepala Batas
Gangsa - Zon Bukit Mertajam
Keempat - Zon Air Itam

BAWAH 12 TAHUN (REGU)
Emas - Zon Butterworth A
Perak - Zon Kepala Batas C
Gangsa - Zon Bukit Mertajam B
Keempat - Zon Air Itam A

BAWAH 15 TAHUN (BERPASUKAN)
Emas - Zon Bukit Mertajam
Perak - Zon Nibong Tebal
Gangsa - Zon Butterworth
Keempat - Zon Permatang Pauh

BAWAH 15 TAHUN (REGU)
Emas - Zon Bukit Mertajam A
Perak - Zon Nibong Tebal A
Gangsa - Zon Butterworth A
Keempat - Zon Permatang Pauh A

BAWAH 18 TAHUN (BERPASUKAN)
Emas - Zon Kepala Batas
Perak - Zon Bukit Mertajam
Gangsa - Zon Balik Pulau 
Keempat - Zon Butterworth

BAWAH 18 TAHUN (REGU)
Emas - Zon Kepala Batas B
Perak - Zon Bukit Mertajam C
Gangsa - Zon Kepala Batas A
Keempat - Zon Balik Pulau B

PEMAIN TERBAIK (BAWAH 12 TAHUN)
Tekong - Iskandar Anuar
Apit Kiri - Hakim Marzuki
Apit Kanan - Mohd Hairi

PEMAIN TERBAIK (BAWAH 15 TAHUN)
Tekong - Fakhrul Akhmal Nakoin
Apit Kiri - Danial Hafiz Abdul Hadzi Aidi
Apit Kanan - Amirul Shamim Sulaiman

PEMAIN TERBAIK (BAWAH 18 TAHUN)
Tekong - Muhammad Faisal Hj Mohd Fuad
Apit Kiri - Mohamad Nazhan Noor Zambri
Apit Kanan - Mohamad Haikal Jamil

JOHAN KESELURUHAN 
Bawah 12 tahun - Zon Butterworth
Bawah 15 tahun - Zon Bukit Mertajam
Bawah 18 tahun - Zon Kepala Batas

Secara keseluruhannya, kejohanan kali ini berjalan dengan lancar dan setiap pemain telah menunjukkan prestasi yang menbanggakan. Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah disempurnakan oleh Encik Ismail Bin Mohd Said Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNPP dengan diiringgi oleh Encik Mohd Azan Ismail Penyelaras Sepaktakraw JPPP. Pihak Urusetia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga kejohanan kali ini dapat dipertingkatkan lagi pada masa-masa hadapan.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Wednesday, March 1, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 28 Febuari 2017 (Selasa)
Masa : 3.00 Petang hingga 4.00 Petang
Tempat : Akademi Gimnastik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin - PPN Usptn Pulau Pinang
2. Tan Ai Ling - Jurulatih Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang 
3. Liu Shu Nan - JLN USPTN Pulau Pinang

ATLET
1. 11 Orang ( wanita )

LATIHAN
1. Senam Lantai
2. Vault
3. Balance beam
4. Uneven Bar

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Telah menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) 2017 pada 13-14 Febuari

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Semua dalam keadaan baik

PROGRAM BINAAN
1. Program pencarian bakat (TID) akan dijalankan pada Mac 2017

ULASAN RINGKAS
1. Program latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual latihan.
2. Mesyuarat JKK bil 1/2017 telah diadakan pada 27 Febuari 2017
- Antara isu yang dibincangkan mengenai Bilangan atlet yang berkurangan. Pihak Unit akan melaksanakan TID pada Mac sekitar sekolah yang berdekatan pusat latihan untuk fasa permulaan.
- Selain itu juga,turut dibangkitkan keperluan ujian kecergasan yang wajib dilaksanakan 2 kali dalam setahun. Bagi sesi 1 pihak persatuan menetapkan untuk menjalankan ujian kecergasan pada Mac.
3. Bumbung pusat latihan mengalami kebocoran dan telah maklum kepada pihak MSNPP untuk proses baik pulih
4. Secara keseluruhan, semua dalam keadaan baik.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved