Tuesday, November 15, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN OLAHRAGA

Tarikh : 10 November 2016 (Khamis)
Tempat : SMK Dato Kailan, Kepala Batas
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang

KEHADIRAN
1.Mohd Nadri Bin Mahmood - JSM
2.Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN
3.Atlet : 15 orang atlet

LATIHAN
1.Warm up & stretching
2.Endurance training
3.Drills
4.Strength training (body weight)
5.Cooling down

UJIAN KECERGASAN
Tiada

PERTANDINGAN
Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016 pada 30 November hingga 4 Disember 2016 di Melaka

ULASAN RINGKAS
1.Latihan fokus kepada persiapan atlet bagi menghadapi Kejohanan Olahraga Karnival Bakat Siri 3/2016 yang akan berlangsung di Melaka. Penyertaan Karnival Bakat seramai 34 orang atlet melibatkan satu PLN dan 3 PLD.
2.Satu Kem Latihan Sukan Olahraga akan dijalankan di Stadium Olahraga MPSP, Jalan Betek, Bukit Mertajam pada bulan 11 hingga 13 Disember 2016.
3.PPN telah memaklumkan kepada Pegawai MSN Pulau Pinang untuk menghantar permohonan penempatan jurulatih iaitu En. Ammar ke SSN SMK Mutiara Impian. 

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK SPORTEXCEL-MSN-MILO-MGF 2016

Tarikh : 12 November 2016 (Sabtu)
Tempat : Gimnasium 3, Institut Sukan Negara


Hari terakhir kejohanan telah memberi impak yang begitu baik kepada pasukan pelapis Pulau Pinang untuk berlatih dengan lebih baik bagi setanding dengan atlet-atlet yang berpotensi tinggi seperti Sarawak dan banyak lagi. Jurulatih juga memaklumkan keadaan gimnasium yang sedang dinaiktaraf menyebabkan kesukaran bagi atlet menjalani latihan sebelum ke kejohanan. Pasukan Pelapis Pulau Pinang berjaya membawa pulang satu emas dalam acara IAAF Level 4 (9-10 tahun)-WAG dan satu perak dalam kategori kumpulan Level 5 (10-12 tahun)- WAG.

Berikut disertakan keputusan penuh hari terakhir kejohanan yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

Level 4 (9-10 tahun)
IAAF - GOLD
ESTHER TEH YI YING
Vault (9.175) - 1/5
Uneven Bars (9.300) - 1/5
Balance Beam (9.200) - 1/5
Floor Exercise (8.700) - 1/5

Level 5 (10-12 tahun)
TEAM & IAAF - SILVER
ENG CHENG XIN
Vault (8.575) - 13/19
Uneven Bars (8.700) - 9/19
Balance Beam (8.500) - 13/19
Floor Exercise (7.850) - 11/19
LIAM JIA XUAN
Vault (8.275) - 17/19
Uneven Bars (8.750) - 7/19
Balance Beam (8.550) - 12/19
Floor Exercise (7.350) - 14/19
JULIA LOKE CHEN NI
Vault (8.475) - 15/19
Uneven Bars (8.500) - 10/15
Balance Beam (8.000) - 14/19
Floor Exercise (8.100) - 9/19
RACHEL QUAH JIA YEN
Vault (8.325) - 16/19
Uneven Bars (8.350) - 11/19
Balance Beam (8.700) - 11/16
Floor Exercise (7.550) - 13/19

Penyampaian hadiah dijalankan pada jam 3.00 petang, dan pasukan pelapis Pulau Pinang betolak pulang pada keesokan hari. 

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK SPORTEXCEL-MSN-MILO-MGF 2016

Tarikh : 11 November 2016 (Jumaat)
Masa : 3.00 pm - 7.30 pm
Tempat : Gimnasium 3, Institut Sukan Negara 


Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimnastik Artistik Sportexcel-MSN-MILO-MGF 2016 pada 11 hingga 12 November 2016 (Jumaat hingga Sabtu) bertempat di Gimnasium 3, Institut Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Mesyuarat pengurus pasukan telah dijalankan pada 11 November 2016 bermula jam 6.00 petang dan pertandingan bermula pada keesokan hari MAG (Junior), WAG (9-10 tahun & 10-12 tahun & 13-15 tahun) dan MAG (Senior). Atlet pelapis gimnastik Pulau Pinang menjalankan latihan pada pukul 3.00 petang hingga 7.30 malam.

Sebanyak 9 negeri telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan, Melaka, Sabah, Sarawak, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan. Seramai 69 orang atlet menyertai kejohanan ini.

Kejohanan pada kali ini pasukan pelapis dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori WAG Level 5 dan Level 6 bagi acara senam lantai, melombol, palang bertingkat dan batang titian.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Monday, November 14, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMRAMA

Tarikh : 9 November 2016 (Rabu)
Masa : 7.00 pm - 9.00 pm
Tempat : Gelanggang Silat, MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP
3. Koay Chia Li - JSM MJAPP
4. Yeoh Beng Choo - Setiausaha MJAPP

ATLET
1. 23 Orang

LATIHAN
1. Leaps, Pivot & Flexibility
2. Ball
3. Rope
4. Hoop

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Gimrama Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2016 yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 November 2016 di Kuala Lumpur
2. Karnival Bakat Sukan Gimrama Pelapis Negeri Siiri 3/2016 yang akan berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember 2016 di Melaka

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN

1. Bumbung gimnasium gimrama MSNPP dalam proses penambahbaikna dan diberi tempoh sehingga 15 November 2016 untuk melengkapkan proses tersebut. Oleh itu, atlet gimrama Pasuka Pelapis Pulau Pinang menumpang pusat latihan silat dan taekwondo untuk menjalani latihan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Jurulatih memaklumkan perkara yang sama dimana beliau tidak dapat menampung latihan kepada atlet yang ramai dan dalam masa yang sama pihak persatuan MJAPP banyak membantu dari segi latihan dengan adanya JSM MJAPP membantu JSM MSNPP untuk pasukan pelapis. Nemun  masih tidak dapat memberikan 100% tumpuan kepada seseorang atlet tersebut.
2. Pihak MJAPP masih mencari jurulatih luar negara yang sesuai untuk membantu jurulatih sediada memandangkan kos kehidupan yang semakin tinggi. Namun pihak persatuan masih dalam usaha mencari.
3. PPN telah memaklumkan kepada pihak persatuan untuk mencari pengganti JLN namun sehingga kini masih tiada. PPN memohon pihak MJAPP dapat memberi maklumbalas dengan segera pada mesyuarat JKK 2/2016 yang akan berlangsung pada bulan Disember disebabkan pencarian JLN Gimrama telah lama dilakukan namun tidak ada kata putus ataupun maklumat diterima.
4. Kehadiran atlet amat memberangsangkan untuk ke dua kejohanan, namun latihan yang diterima masih tidak mencukupi kerana latihan dijalankan tiga kali seminggu selama dua jam sehari.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BADMINTON

Tarikh : 9 November 2016 (Rabu)
Masa : 3.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Dewan Badminton Bukit Dumbar

KEHADIRAN
1. En Razlan Rajan- JPM (Lantikan BAM)
2. En. Chaw Kheng - JPM (Lantikan BAM))
3. Cik Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 10 Orang

LATIHAN
1. Multiple Shuttle
2. 3 versus 1
3. Shadow

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Badminton BAM Berpasukan Remaja Kebangsaan Antara Negeri 2016 (12 & 15 Tahun Kebawah) pada 14 hingga 19 November 2016.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet agak memuaskan kerana beberapa orang atlet akan terlibat dengan kejohanan akan datang pada minggu hadapan di Perak.
2. Jurulatih memaklumkan terdapat beberapa atlet harapan yang diletakkan target namun begitu objektif penyertaan atlet untuk memasuki pertandingan bagi tujuan motivasi, exposure dan kemenangan untuk diri sendiri adalah bonus yang amat besar.
3. Terdapat beberapa atlet baru yang menghadiri latihan pada hari ini bersama jurulatih dan dipilih melalui kejohanan yang lepas iaitu PBA GOSEN AGE GROUP. Mereka yang berjaya memenangi pingat pada kejohanan tersebut diberi peluang menjalani latihan bersama namun begitu atlet-atlet ini perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi menempatkan diri dengan lebih cepat dalam pasukan Pulau Pinang.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved