Wednesday, March 14, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN AKUATIK-TERJUN

Tarikh : 13hb Mac 2012 (Selasa)
Masa Pemantauan : 7.00 pm - 8.00 pm
Masa Latihan : 3.00 pm - 6.00 pm & 7.00 pm - 9.00 pm

Tempat :
1. Permata Sport Club
2. MSN P.Pinang

Kehadiran :
1. Jurulatih - JLN Xu Ji
2. Atlet - 5/7 atlet

Latihan
1. Warm up - run 5 rounds
2. Press leg,thight,knee - 20mins
3. Leg raise up
4. Stand up 30 x 5,back stand up 30 x 5,side stand up 29 x 5
5. Hand T-raise 10x10, jump - 20mins

Ujian
1. Tiada ujian yang dijalankan

Pertandingan
1. 2 atlet menyertai Kejohanan MSSM di Sabah pada 13-18 Mac 2012 iaitu Cheng Xin Ying & Kuek Pze Shiuan

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Masih kekurangan kemudahan untuk latihan.

Program Binaan
1. Ada perancangan tetapi tergendala kerana pusat latihan sementara belum selesai sepenuhnya

Ulasan
1. Perpindahan barang terjun seperti mat,tilam,trampoline dll tergendala dan sehingga kini belum lagi dipindahkan dari PISA ke Akademi Judo MSNegeri. Telah bangkitkan isu ini didalam mesyuarat tetapi masih belum menerima apa2 maklum balas sehingga kini.
2. Atlet masih menjalani latihan di kedah untuk hari sabtu dan ahad di ipoh kerana di penang PISA masih tidak boleh digunakan sepenuhnya. Mohon jasa baik msnegeri memberi sokongan pada sukan terjun supaya tidak tenggelam begitu sahaja.

Shasha Tarmuzi



















Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN MEMANAH @ BATU UBAN

Tarikh : 13 Mac 2012 (Selasa)
Masa Pemantauan : 5.30pm - 6.40pm
Masa Latihan : 4.00pm - 7.00pm
Tempat : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban

Kehadiran :
1. JPM - Jaffery Low
2. Atlet - 6 atlet recurve & 3 atlet compound

Latihan
1.Seramai 4 atlet recurve menjalani latihan 'free shooting' (aiman,quak ting shern,teoh yi bhin & lim kar hoe)
2. Seorang menjalani latihan 'bow checking' (muhammad adam)
3. Seorang menjalani latihan 'tunning 30m' (teoh wen zhing)
4. 3 atlet compound sedang menjalani latihan pusingan olimpik (new format & scoring)

Ujian
1. Tiada ujian yang dijalankan

Pertandingan
1. Seramai 9 atlet yang menyertai Kejohanan Memanah MSSM 2012 di Pahang (8 pelapis & 2 pembangunan di bawah program)
2. Akan menyertai Kejohanan Memanah Sirkit Remaja Kebangsaan Pertama di Melaka pada 20-26 Mac 2012
3. Telah menyertai pertandingan dalaman pada 10hb Mac 2012 di SM St.George / pemilihan sebelum ke kejohanan di Melaka

Kecederaan
1. 2 atlet mengalami kecederaan di bahu kerana latihan berlebihan dan kurang warm up semasa latihan di kem latihan pusat mssm minggu lepas ( Loke Shin Hui & Quak Ting Hua)

Peralatan
1. Telah menerima 1 set bow dari Caw. Pelapis dan diserahkan pada Teoh Wen Zhing kerana prestasi yang memuaskan.
2. Menerima 3 dozen anak panah ACC dan telah berikan pada atlet pelapis (kat 2)

Program Binaan
1. Akan mengadakan Klinik Pengenalan Sukan di Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam pada 28hb Mac 2012 (Rabu).
2. Program ini akan dijalankan bersama2 dengan beberapa sukan iaitu memanah,tinju dan olahraga.

Ulasan
1. Padang memanah rumput panjang dan jurulatih serta bapa atlet mengambil inisetif mesin sendiri rumput berkenaan (pemantauan sebelah pagi). Akan panjangkan di mesyuarat di msnegeri tentang perkara ini kerana membahayakan keselamatan atlet.
2. Kehadiran atlet memuaskan.
3. Saya ambil kesempatan berjumpa dengan ibubapa atlet yang hadir menemani anak2 yang sedang berlatih.
4. JPM akan pergi ke MSSM di Pahang (14-02-2012)
5. Cuaca - baik.

Shasha Tarmuzi



















Read more...

Monday, March 12, 2012

SCORING PEMILIHAN DALAMAN ATLET KE KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT 1/2012

Tarikh : 10 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 am - 2.00 pm

Pemilihan ini diadakan 2 acara memanah iaitu recurve & compound. Seramai 18 atlet recurve & 13 atlet compound yang menyertai pemilihan ini. Pemilihan ini adalah di kalangan di bawah program iaitu yang telah didaftar di bawah Program Pelapis & MSNegeri.

Memilih seramai 8 atlet terbaik sahaja mengikut kategori dan kos akan d biayai oleh pelapis & MSNegeri. Format yang digunakan adalah double 70m. Berikut adalah atlet yang berjaya dalam sesi pemilihan iaitu :

Recurve
1. Syazwan
2. Noor Aiman
3. Mohd Faris
4. Quak Ting Hua
5. Siti Fatimah
6. Teoh Wen Zhing
7. Syarfa Zulaikha
8. Meerosha

Compound
1. Zulfadhli
2. Aidi Amar
3. Ahmad Hadi
4. Lee Chiang Sen
5. Nur Ayuni Hasinah
6. Ezzati Hanani
7. Deeviyaa
8. Nik Izzati

Tahniah pada yang terpilih dan yang tidak berjaya, semoga berusaha dan berlatih dengan lebih gigih lagi. Sekian,terima kasih.

Shasha Tarmuzi
























Read more...

PEMANTAUAN PPN @ PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING - MEGALANES MEGAMALL

Tarikh : 10hb Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 11.50 pagi - 2.00 petang
Tempat : PLN Mega Lanes, Megamall Pinang, Perai

Kehadiran
1. En. Yeoh Seng Poh, Albert - JSM Pelapis
2. Cik Kim Eun Jung - JLN MSNegeri
3. En. Thung Jin Seng - Ketua Unit, ISNegara
4. En. Muhammad Minzir Bin Mansor - ISNegara
5. Cik Jeslina Michael - Kejurulatihan MSNegara
6. Cik Fatimah Binti Jamil - SDO USPTN
7. Atlet - 4 Lelaki, 6 Wanita (Pelapis Negeri / SUKMA)
8. Atlet - 1 Lelaki, 1 Wanita (Persatuan Tenpin Boling Pulau Pinang)

LATIHAN
1. Pre Competition

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan "36th ASTRO Malaysian National & 25th Interstate Championship 2012" pada 11 - 17 Mac 2012 di Pusat Boling Mega Lanes Bandar Sunway, Sunway Pyramid, Selangor.
2. Kejohanan "Sportexcel-Milo-NSC-MTBC Tenpin Bowling Junior Circuit 2012" pada 30 Mac - 1 April 2012 di U-Bowl, Jaya Jusco, Seremban 2, Negeri Sembilan.
3. Kejohanan MSSM pada 15 - 22 April 2012 di Pusat Boling Premium Lanes Sunshine Square Bayan Baru, Pulau Pinang.

KECERDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Program Lawatan Pemantauan oleh pihak ISN seterusnya adalah di Pusat Latihan Tenpin Boling, Mega Lanes, Megamall Pinang, Perai.
2. Latihan "Pre Competition" yang dijalankan oleh atlet adalah sebagai persedian untuk ke Kejohanan "36th ASTRO Malaysian National & 25th Interstate Championship 2012" di Sunway Pyramid, Selangor.
3. Selain dari Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang yang akan menyertai kejohanan di Sunway Pyramid, Selangor, pihak PTBPP juga akan membawa bersama-sama Atlet PTBPP ke kejohanan tersebut.
4. Kejohanan terdekat yang akan di sertai oleh Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang selepas di Sunway Pyramid, Selangor adalah "Sportexcel-Milo-NSC-MTBC Tenpin Bowling Junior Circuit" dan MSSM 2012.
5. Perbincangan bersama En. Thung Jin Seng, beliau memaklumkan tujuan Lawatan Pemantuan ke Pusat Latihan Boling adalah untuk memantau Sesi Latihan Fizikal oleh atlet-atlet. Dimaklumakan oleh JLN Cik Kim Eun Jung kepada En. Thung Jin Seng Sesi Latihan Fizikal telah dijalankan setengah jam sebelum latihan dimulakan. Latihan bermula dari 11.00 pagi hingga 2.00 petang.
6. Selepas tamat latihan, JLN Kim Eun Jung telah mengadakan perjumpaan besama atlet-atlet dan kesempatan waktu diambil untuk berjumpa dengan atlet-atlet dan memberikan kata-kata semangat sebagai bekal untuk ke kejohanan dan mengucapkan selamat berjaya.
7. Latihan berjalan dengan lancar dan seperti biasa diakhir sesi pemantuan akan berjumpa jurulatih-jurulatih dan keluarga-keluarga yang hadir.

Fatimah Jamil
















Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN BADMINTON - BERAPIT HALL, B.MERTAJAM

Tarikh : 10hb Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 11.15 pagi
Tempat : Dewan Badminton Berapit, Bukit Mertajam

Kehadiran :
1. En. Choong Kah Tzun - JSM (Program Pelapis Negeri Pulau Pinang)
2. En. Deng Lei - JLN (Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang)
3. Cik Ernita Nasir - JLN (Persatuan Badminton Pulau Pinang)
4. En. Thung Jin Seng - Ketua Unit, Unit Pembangunan Program Periodisasi Atlet, ISNegara
5. En. Muhammad Minzir Bin Mansor - Pegawai Belia & Sukan, Unit Pembangunan Program Periodisasi Atlet, ISNegara
6. Cik Jeslina Michael - Pegawai Belia & Sukan, Unit Pemantauan & Penilian Jurulatih, Cawangan Kejurulatihan Majlis Sukan Negara
7. En. Cheah Boon Chong - Ketua Unit, Pusat Satelit ISN Pulau Pinang
8. Cik Fatimah Binti Jamil - SDO/Penyelaras Sukan Badminton Negeri Pulau Pinang
9. Atlet - 21 Lelaki, 10 Wanita (Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang)
10. Atlet - 6 Lelaki, 3 Wanita (Program Pembangunan PBA)
11. Atlet - 2 Lelaki, 2 Wanita (Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur)

LATIHAN
1. Game Play
2. Light Skill
3. Netting
4. Stroke Bebas
5. Net Chopping
6. Lobbing

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Dimaklumkan oleh JSM Choong Kah Tzun - Latihan Bersama akan diadakan di Dewan Badminton Berapit, Bukit Mertajam pada 14 - 15 Mac 2012.

ULASAN
1. Sesampai di Pusat Latihan mendapati pihak ISN sedang berbincang bersama JSM Choong Kah Tzun. Program Lawatan Pemantuan pihak ISN ke pusat latihan bertujuan untuk memantau program latihan yang dijalankan oleh Jurulatih. Sebelum pihak ISN meninggalkan pusat latihan, telah berbincang dan bertanya dengan En. Thung Jin Seng tentang program latihan yang dijalankan oleh jurulatih-jurulatih pada hari tersebut. En. Thung Jin Seng memaklumkan program latihan yang dijalankan tiada masalah.
2. Disiplin, kehadiran dan kerjasama yang diberikan oleh atlet-atlet, jurulatih-jurulatih dan keluarga-keluarga untuk menjayakan program latihan berjalan dengan lancar memuaskan.
3. Mendapati atlet dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah kembali ke Negeri Pulau Pinang menjalani latihan untuk menyertai Kejohanan MSSM bagi Negeri Pulau Pinang seperti dimaklumkan oleh JSM Choong Kah Tzun.
4. Latihan yang dijalankan oleh Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang adalah "Game Play dan Light Skill" yang dikelolakan oleh JSM Choong Kah Tzun dan JLN Deng Lei merupakan sebagai persediaan atlet untuk ke Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Kedua (Zon A) di Kuala Lumpur.
5. Latihan Bersama yang akan di adakan di Dewan Badminton Berapit, Bukit Mertajam pada 14 - 15 Mac 2012 juga merupakan sebagai persediaan atlet untuk ke Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Kedua (Zon A).
6. Latihan yang dijalankan Atlet Pembangunan PBA seperti "Netting, Free Stroke, Net Chopping dan Lobbing" dikelolakan oleh JLN Ernita.
7. Perkara yang tidak pernah dilupakan di akhir pemantauan adalah berjumpa atlet-atlet, jurulatih-jurulatih dan keluarga-keluarga yang hadir. Terima kasih kepada semua pihak di atas sokongan yang diberikan.

Fatimah Jamil




















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved