Monday, February 13, 2012

TID SUKAN OLAHRAGA

Tarikh : 16 Januari 2011
Masa :
9.00 pagi -11.30 pagi (SMK Seri Balik Pulau)
4.00 petang - 5.30 petang (SMK Pondok Upeh)

Jurulatih :
En. Hazril Hassan JPM (ASZU)
En. Mohd Anas Malik (Pembantu)
En. Mohd Syafiq (Pembantu)
En. Kelvin Cheah (Pembantu)

Guru :
En. Azrul Affendy (SMK Seri Balik Pulau)
En. Mohd Aidit (SMK Pondok Upeh)

Penglibatan Pelajar :
50 Orang Pelajar SMK Seri Balik Pulau
30 Orang Pelajar SMK Pondok Upeh

Sesi pencarian bakat baru ini bertujuan untuk membangunkan sukanolahraga di Pulau Pinang. Hasil perbincangan dengan JPM ASZU En.Hazril Hassan, beliau bersetuju untuk membantu Unit Pelapis PulauPinang.Terdapat 2 buah sekolah yang telah dikenal pasti untuk sesi TID ini,iaitu SMK Seri Balik Pulau dan SMK Pondok Upeh di daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Sesi TID ini dimulakan dengan pengenalan program pelapis danpenerangan untuk ujian yang akan diadakan.Para pelajar kedua-dua sekolah telah menjalani ujian kecergasanseperti tekan tubi, lompatan dan lari ualang alik 20 meter. Ujianspesifik yang telah dijalankan ialah cara melontar peluru, tukulbesi, lompatan dan larian pecut 30 meter.Sesi talent scouting akan diakankan untuk memilih atlet untukmenyertai skuad pembangunan.

Ahmad Firdaus Yusoff



















Read more...

Wednesday, February 1, 2012

LAWATAN PEMANTAUAN KUN KE PUSAT LATIHAN AKADEMI SERANTAU ZON UTARA

Tarikh : 31 Januari 2012
Masa : 4.45 pm
Tempat : Politeknik Seberang Perai

Satu lawatan pemantauan bagi meninjau latihan atlet-atlet Pelapis Serantau diadakan semalam. Lawatan secara berkala ini dilakukan bagi memastikan latihan atlet serta mengadakan perjumpaan & perbincangan ringkas bersama jurulatih & atlet.

Dalam tinjauan latihan yang dilakukan, seramai 4 daripada 5 atlet turun menjalani latihan. Dimaklumkan sseorang atlet wanita tidak dapat turun menjalani latihan kurang kurang sihat. Latihan bermula pada jam 4.00 petang dan tamat pada jam 7.00 petang di bawah pengawasan jurulatih En. Gatot.

Hasil perbincangan bersama jurulatih, dimaklumkan bahawa atlet kini kekurangan arrow. Hanya 2/5 orang atlet ini mempunyai set arrow yang lengkap. Secara keseluruhan, latihan dilihat berjalan baik & lancar. Kelihatan juga warden akademi En. Adnan sedang membaiki sendiri pintu kontena yang sedikit rosak. Untuk makluman, pihak pentadbiran kini sedang menunggu kelulusan pihak Politeknik untuk pendawaian elektrik & pemasangan aircond pada kontena berkenaan untuk dijadikan bilik jurulatih & tempat alatan.





















Masa : 5.30 pm

Tempat : Stadium MPSP, B.Mertajam


Seterusnya lawatan ke Std. Olahraga dijalankan. Kesemua atlet turun menjalani latihan pada hari ini tetapi latihan tidak dapat diteruskan kerana hujan lebat & petir. Kesempatan ini diambil untuk berbincang dengan jurulatih tentang perjalanan program terkini dan akan datang antaranya keperluan dalam penganjuran Kej. Olahraga Peringkat Zon Program Pelapis yang dijadualkan pada 24-26 Februari ini.


Beberapa isu disiplin atlet diutarakan oleh jurulatih-jurulatih & diambil maklum untuk tindakan pihak pentadbiran selanjutnya.




































Read more...

Friday, January 27, 2012

LAWATAN KUN KE PUSAT LATIHAN MENEMBAK

Tarikh : 27 Januari 2012
Masa : 12.00 T/Hari
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang

Sedikit masa diluangkan untuk meninjau latihan atlet-atlet menembak sempena cuti sekolah sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Ketika pemantauan kelihatan 10 orang atlet ( 5 org rifle & 5 org pistol) sedang menjalani latihan dibawah pengawasan jurulatih En. Ivarn Shazwan. Latihan hari ini bermula pada jam 9.30 pagi & berakhir pada jam 12.45 t/hari.

Hasil perbincangan ringkas bersama jurulatih, keseluruhannya beliau sangat berpuas hati dengan tahap disiplin serta kehadiran atlet-atlet muda ini. Atlet-atlet sedia ada ini menunjukkan komitmen yang tinggi dalam sesi latihan yang dijalankan.

Jurulatih juga memaklumkan tentang kekurangan alatan seperti jaket, kasut, glove serta kelengkapan lain seperti sight, sling, slight adjuster serta hook. Ketika pemantauan juga didapati ada beberapa unit jaket lama (sejak SUKMA 2000) yang telah tidak digunakan diasingkan untuk dilupus. Secara keseluruhannya, sesi latihan berjalan dengan sangat baik.




















Read more...

Thursday, January 26, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN PELAYARAN - TANJUNG BUNGAH

Tarikh : 21 Januari 2011
Masa : 2.30 petang
Tempat : PKSA Tanjung Bunga
Jurulatih : En. Muhammad Shah Bin Ismail
Atlet : 12 Orang Atlet Pelapis

Pada 21 Januari 2012 pemantauan sukan perahu layar diadakan untukberbincang mengenai jadual latihan, prestasi atlet serta kejohananyang bakal disertai pada tahun 2012.Seramai 12 orang atlet telah hadir untuk menjalani latihan. JSM turutmenitik beratkan aspek keselamatan ketika berada di laut.

Program latihan yang diadakan ialah capsizing iaitu cara untuk mengapungkandiri ketika bot terbalik. Teknik lining dan overtaking iaitu untukmemintas pihak lawan juga diperaktikan oleh atlet semasa latihan.Para atlet telah diterangkan supaya tidak melanggar bot sesama sendiridan pihak oponen ianya boleh menyebabkan penalti. Atlet yang melanggarbot tersebut perlu membuat pusingan 360 untuk meneruskan perlumbaan.

Pada tahun ini prestasi atlet akan di nilai mengikut sistem ranking. Atlet baru juga diberi peluang untuk menyertai kejohanan tetapi perluberdisiplin dan kehadiran memuaskan.

Ahmad Firdaus















Read more...

Wednesday, January 25, 2012

TALENT SCOUTING SUKAN ANGKAT BERAT 2012

Tarikh : 16 Januari 2011
Masa : 5.30 petang
Tempat : SMK Permatang Tok Labu
Jurulatih : En. Jamil B. Hashim
Atlet : 5 Orang Atlet Pelapis (20 Orang Pelajar)

Pada bulan Januari 2012 SMK Permatang Tok Labu dengan rasminya menjadi PLN Sukan Angkat Berat Pulau Pinang. Sesi talent scouting ini diadakanbagi pemilihan atlet baru untuk Program Pelapis bagi tahun 2012.Para pelajar yang hadir telah diperkenalkan teknik snatch danclean&jerk.

Selain daripada bentuk fizikal, teknik dan posturkedudukan badan juga memainkan peranan penting dalam pemilihan atlet.Beberapa pelajar yang berpontensi telah dikesan melalui program ini.Pihak SMK Tok Labu juga amat bermurah hati setelah memberi satu bilikuntuk dijadikan tempat latihan.Untuk makluman latihan akan jalankan pada hari Isnin hingga Khamis jam5.00 petang hingga 7.00 malam. Sekian, terima kasih.

Ahmad Firdaus Yusoff




















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved