Monday, March 7, 2011

LAPORAN KEJ. BADMINTON 100PLUS REMAJA KEBANGSSAN PERINGKAT PERTAMA - ZON A

Tarikh : 1hb - 5hb Mac 2011
Tempat : Dewan Badminton Persatuan Badminton Negeri Kedah
Atlet Pelapis Negeri : 55 orang

Jurulatih : En. Razlan [JPM Pelapis Negeri], Mr. Choong [JSM Pelapis Negeri], Mr. Tony Tan [SU PBA merangkap JSM Pelapis Negeri] dan Mr. Deng Li [JLN MSNPP]

Pegawai Pengiring : Cik Fatimah Binti Jamil

Pasukan Badminton Negeri Pulau Pinang bertolak ke Negeri Kedah pada 1hb Mac 2011 dengan menaiki Bas Sewa dan Bas Express pada pukul 10.00 pagi.


PROGRAM HARI PERTAMA :

1. 2.30 petang - Atlet bersama JPM En. Razlan dan JSM Mr. Choong ke tempat kejohanan untuk "Latihan Test Court"

2. 4.00 petang - Pegawai Pengiring menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan. JPM En. Razlan dan JSM Mr. Choong menghadiri mesyuarat setelah tamat "Latihan Test Court".

3. 7.30 malam - Mesyuarat yang di kelolakan oleh Jurulatih di Lobby Hotel. Pada hari pertama AJK PBA telah menghadirkan diri dan memberikan kata-kata semangat kepada semua pemain.

4. 8.00 malam - Semua dijemput menghadiri Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Badminton Negeri Kedah.

Kejohanan bermula dari 2hb hingga 5hb Mac 2011. Mesyuarat bersama atlet yang dikelolakan oleh Jurulatih diadakan setiap malam pada pukul 9.00 malam.

Pada malam hari pertama seorang atlet [Tan Han Boon] tidak sehat dan hari kedua pula dua atlet [Tan Han Boon dan Lee Yuen Kit] dikuatiri mengalami keracunan makanan dan selaku Pegawai Pengiring telah membawa atlet tersebut ke Klinik yang berhampiran.

Seorang atlet [Teh Sheen Yale] merupakan atlet harapan terpaksa menarik diri pada pusingan ketiga kerana mengalami kecerdaan di lutut kiri. Selaku Pegawai Pengiring telah membawa atlet tersebut ke Hospital Besar Kedah dengan menaiki Ambulance yang sediakan oleh pihak penganjur.


KEPUTUSAN KESELURUHAN YANG DIPEROLEHI NEGERI PULAU PINANG :

11 EMAS, 6 PERAK

ATLET YANG LAYAK KE PERINGKAT AKHIR DAN KEPUTUSAN :

PERSEORANGAN LELAKI BAWAH 12 TAHUN - PENANG JUARA
SIM FONG HAU [PG] Vs ROOBRN RAJ A/L VELAYUTHAM [KEDAH]


PERSEORANGAN WANITA BAWAH 12 TAHUN - PENANG JUARA
GOH JIN WEI [PG] Vs NG WAU WIN [SELANGOR]


PERSEORANGAN LELAKI BAWAH 14 TAHUN - TAN JIA WEI JUARA
KELVIN NG [PG] Vs TAN JIA WEI [PG]



PERSEORANGAN LELAKI BAWAH 18 TAHUN - OOI YI KEAT JUARA
LEE TENG HAU [PG] Vs OOI YI KEAT [PG]



PERSEORANGAN WANITA BAWAH 18 TAHUN - ENG SUK CHENG JUARA
ENG SUK CHENG [PG] Vs ANG FERNG YING [PG]



BERGU LELAKI BAWAH 12 TAHUN - PENANG JUARA
NG ENG CHEONG + SIM FONG HAU [PG] Vs
ROOBRN RAJ A/L VELAYUTHAM + TAN WEI LIANG [KEDAH]


BERGU WANITA BAWAH 12 TAHUN - GOH JIN WEI + LIM MING HUI JUARA
GOH JIN WEI + LIM MING HUI [PG] Vs
LEE SHUN MEI + TENG YEN LIN [PG]



BERGU LELAKI BAWAH 14 TAHUN - KELVIN NG + TAN JIA WEI JUARA
CHNG JACKIE + TEE YONG JIE [PG] Vs
KELVIN NG + TAN JIA WEI [PG]



BERGU WANITA BAWAH 16 TAHUN - LIM RU SHUANG + LIM SHI MIN JUARA
LIM RU SHUANG + LIM SHI MIN [PG] Vs
CHUA CHEAH LIN + DHASNEE A/P GANESON [PG]



BERGU LELAKI BAWAH 18 TAHUN- PENANG JUARA
LEE YUEN KIT + OOI YI KEAT [PG]
Vs
KEE CHONG JUN + KEE CHONG YAN [KEDAH]


BERGU WANITA BAWAH 18 TAHUN - PENANG JUARA
CHEW HUAY HAN + ENG SUK CHENG [PG]
Vs
LIM SIN PEI + NUR AIFFA TAJERI [KEDAH]

Kesempatan waktu ini diucapkan terima kasih kepada Majlis Sukan Negara dan Pihak PBA atas bantuan kewangan yang telah diberikan.

Terima kasih kepada semua Keluarga Atlet yang telah memberikan sokongan moral terutama kepada keluarga atlet yang berada di Kedah dari hari pertama hingga hari terakhir.

Kepada atlet yang berjaya TAHNIAH!!!!! dan bagi yang tidak berjaya jangan putus asa, tingkatkan latihan dan cuba di Peringkat Kedua yang akan diadakan di Ipoh, Perak.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Laporan Oleh : Fatimah Jamil


































Read more...

Wednesday, March 2, 2011

ATLET ASZU CEMERLANG DI KEJOHANAN OLAHRAGA POLITEKNIK SE-MALAYSIA

Politeknik Seberang Perai telah menghantar seramai 29 orang atlet ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Politeknik Malaysia bertempat di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.
Turut serta dalam kejohanan berkenaan merupakan beberapa orang atlet Pelapis Serantau di bawah pemantauan En Mazlan, En Thambukrishnan, En Hazril iaitu Tineskumar a/l Nagalinggam, Norina Damnoen, Sharil Firdaus Baseh dan Yuvaraaj a/l Panerselvam.

Politeknik Seberang Perai telah memperolehi 6 Pingat Emas 1 Perak dan 2 Gangsa. Berikut acara-acara yang dimenangi oleh atlet - atlet berkenaan ;

Acara 400m lelaki – Yuvaraaj a/l Panerselvam - Pingat Emas – Rekod Baru kejohanan 49.1 s ( memperbaharui rekod peribadi 50.1s tahun 2009)

Acara 800m lelaki - Yuvaraaj a/l Panerselvam - Pingat Emas – Rekod Baru kejohanan 2.01.0s ( memperbaharui rekod peribadi 2.03.6s tahun 2009)

Acara Jalan kaki 5000 m – Tineskumar a/l Nagalinggam – Pingat Emas - Rekod Baru Kejohanan 26.11s ( rekod lama 29.10.0s tahun 2009)

Acara Lompat Kijang Wanita – Norina Damnoen – Pingat Emas – Rekod Baru Kejohanan 11.97m ( Rekod lama 10.89m 2003)

Acara Lompat Jauh Wanita – Norina Damnoen – Pingat Emas – Rekod Baru Kejohanan 5.24m ( Rekod lama 5.05m 2003)

Acara Lempar Cakera – Sharil Firdaus Baseh – Pingat Emas - 32.2m ( rekod lama 32.27m tahun 2006)

Acara Lontar Peluru – Sharil Firdaus Baseh – Pingat Perak - 11.16m ( rekod lama 11.32m tahun 2003)

Acara Jalan kaki 5000 m – Sivashangkar a/l Muniandy – Pingat Gangsa - mengatasi rekod lama kejohanan ( rekod lama 29.10.0s tahun 2009)

Acara 4x400m lelaki – Pingat Gangsa


Kejayaan ini merupakan kejayaan cemerlang bagi atlet ASZU berbanding dengan kejayaan pada 2009 dan merupakan kejayaan gemilang bagi Politeknik Seberang Perai kerana mendapat tempat ke 2 keseluruhan dari 27 politeknik yang bertanding. Hubungan serta kerjasama yang baik telah meningkatkan nama atlet , Politeknik Seberang Perai dan Majlis Sukan Negeri khususnya Unit Sukan Prestasi Tinggi.
Atlet-atlet yang berjaya memperolehi medal telah mendapat insentif dari Politeknik Seberang Perai dan bagi yang memperbaharui rekod telah Mendapat sijil penghargaan dari Majlis Sukan Politeknik Malaysia. Sebahagian dari atlet yang telah berjaya akan mewakili Majlis Sukan Politeknik Malaysia didalam Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) yang bakal berlangsung di Melaka pada Jun 2011.

Sekian.

Laporan Oleh ;
Abdul Majid Udin
Pegawai Sukan dan Kokurikulum
Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang















Read more...

Tuesday, March 1, 2011

PEMANTAUAN PLN TENPIN BOWLING & PERJUMPAAN BERSAMA IBUBAPA ATLET

Tarikh : 26hb Februari 2011 [Sabtu]
Masa : 1.00 tengahari hingga 4.14 petang
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes, Sunshine Square Bayan Baru, Penang.
Kehadiran Atlet : 12/14 orang (86%)

Pemantauan Latihan Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012 :

Selaku Penyelaras Sukan Tenpin Boling MSNPP mengambil kesempatan waktu berjumpa dengan atlet yang hadir dan memantau latihan yang di jalankan. JLN MSNPP Ms. Kim Eun Jung telah mengadakan sesi "Roll-Off" pada hari tersebut sebagai persedian untuk Kejohanan 24th Malaysian Interstate & 35th National Championship yang akan berlangsung pada 11hb - 19hb Mac 2011 di Mega Lanes Bandar Sunway, Selangor. Kesungguhan atlet menjalani latihan dan kehadiran atlet amat memuaskan, berharap semuga berterusan.

Sebelum mesyuarat bersama keluarga bermula, PPN/SDO telah mengadakan perbincangan bersama-sama JSM, JLN dan PTBPP untuk membincangkan perkara-perkara yang akan dibentangkan nanti.


Mesyuarat Bersama Keluarga Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012 dan Keluarga Atlet Program Pelapis Negeri 2011:

Mesyuarat ini diadakan untuk Keluarga Atlet tersebut diatas.

Masa : 2.00 petang hingga 3.15 petang
Kehadiran Keluarga : 13 keluarga Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012.

Masa : 3.30 petang hingga 4.15 petang
Kehadiran Keluarga : 20 keluarga Atlet Program Pelapis Negeri 2011.

Perkara yang dibincangkan :

1. Tempat Pusat Latihan

Pada tahun 2011, pihak PTBPP telah menetapkan Pusat Boling Premium Lanes di Daerah Pulau sebagai Pusat Latihan untuk Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012.

Pihak PTBPP memaklumkan dari masa ke masa Atlet Skuad Latihan SUKMA akan menjalani latihan ke Pusat Boling yang berbeza-beza untuk membiasakan atlet dengan corak-corak lorong mengikut ketetapan yang ditentukan oleh PTBPP.

Bagi Atlet Program Pelapis Negeri 2011 tempat latihan bagi tahun 2011 dibahagikan kepada dua tempat seperti berikut :

Pusat Boling Premium Lanes, Sunshine Square Bayan Baru, Pulau Pinang akanmemulakan latihan pada 5hb Mac 2011 [Sabtu] pada pukul 6.30 petang.

Pusat Boling Mega Lanes, Seberang Perai akan memulakan latihan pada 7hb Mac 2011 [Isnin] pada pukul 6.30 petang.


2. Jadual Latihan bagi bagi Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012 dan Atlet Program Pelapis Negeri 2011 seperti dilampiran.

3. Hal-hal lain yang dibangkitkan oleh pihak Keluarga Atlet :

3.1. Wakil dari Keluarga Atlet, En. Mazli memohon agar pihak MSNPP/PTBPP mempertimbangkan permohonan, memberi kelonggaran kepada Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang untuk memilih hari latihan yang sesuai dengan masa mereka. Masa mereka terlalu padat dengan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh pihak sekolah.

Beliau mencadangkan pihak MSNPP/PTBPP memberikan garispanduan jumlah minima yang mesti di hadiri oleh atlet tersebut. Jika mana-mana atlet yang tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan, atlet tersebut akan diambil tindakan tatatertip.

Selaku Penyelaras Sukan MSNPP, Cik Fatimah Binti Jamil memaklumkan usul tersebut akan dibincangkan dengan pihak MSNPP/PTBPP dan kan memaklumakan kepada pihak Keluarga hasil dari perbincangan dengan pihak MSNPP/PTBPP.

Mesyuarat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.


Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL


















Read more...

LATIHAN PUSAT SUKAN BADMINTON

Tarikh : 26hb Februari 2011 [Sabtu]
Masa : 8.00 pagi hingga 12. 15 tengahari
Tempat : Dewan Badminton Berapit, Buki Mertajam.
Program : Latihan Intensif persedian ke Kejohanan 100plus Remaja Kebangsaan di Kedah.

Program bermula : 9.00 pagi hingga 12.15 tengahari
Kehadiran Atlet : 48 / 55 (87%)

Kehadiran Jurulatih :

JSM Mr. Choong Kah Tze JLN MSNPP Mr. Deng Li.
Wakil PBA Mr. Koay Chin Eng [Tarining Selection & Development Sub Committee Secretary]
JPM En. Razlan dan JSM Mr. Tony tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan.

Laporan ringkas :

Pengarah MSNPP telah berada di Dewan Badminton Berapit, Bukit Mertajam seawal 8.00 pagi. Pada 8.30 pagi kelihatan atlet telah mula berada di Dewan tersebut.

Kehadiran Tuan Pengarah memeriahkan lagi program yang telah diatur. Program pagi ini dimulakan dengan memperkenalkan Tuan Pengarah kepada semua Atlet, Jurulatih dan Keluarga Atlet yang hadir.

Tuan Pengarah telah berkongsi ilmu dan pengalaman beliau bersama atlet dengan memberikan Taklimat tentang Sukan Badminton dan beberapa sukan yang lain dengan menayangkan slide yang dimiliki oleh beliau. Pihak USPTN dan PBA mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Tuan Pengarah meluangkan masa dan berkongsi pengalaman pada hari tersebut. Tuan Pengarah telah meninggalkan Dewan Badminton pada 9.50 pagi.

Sesi pemanasan dimulakan dan diikuti dengan pembahagian pemain-pemain mengikut yang telah ditetapkan. Latihan Intensif ini diadakan selama dua hari iaitu pada 26hb dan 27hb Februari 2011. Pihak PBA Mr. Koay Chin Eng memaklumkan Latihan sebegini akan diteruskan dari masa kesemasa terutama sebelum hari kejohanan. Kehadiran atlet pada hari tersebut amat memuaksan.

Diakhir program PPN telah berjumpa dengan atlet dan memberikan kata-kata semangat. Mengharapkan latihan sebegini dapat diteruskan dan meminta semua atlet memberikan komitment mereka. Kesempatan waktu ini juga PPN telah meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga atlet yang hadir pada hari tersebut.

Program tamat pada 12.15 tengahari dan PPN bergesa keluar untuk ke Pusat Latihan Premium Lane di Daerah Pulau untuk mengelolakan mesyuarat bersama Keluarga Atlet Tenpin Boling yang telah dirancang setelah menerima keputusan pemilihan atlet ke Program Pelapis Negeri 2011.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
FATIMAH BINTI JAMIL






















Read more...

Friday, February 25, 2011

MSSPP GIMNASTIK ARTISTIK - updated 2nd & 3rd day

Kejohanan Gimnastik Artistik MSSPP 2011 berlangsung pada 16 sehingga 18 Februari 2011. Seramai 52 orang atlet telah menyertai kejohanan kali ini iaitu 30 orang atlet lelaki dan 22 atlet wanita.

Juara keseluruhan kategori lelaki bawah 10 tahun ialah Teoh Chuen Feng dari SJKC Shang Wu diikuti oleh Derrick Khoo dari SJKC Han Chiang tempat kedua dan tempat ketiaga dimenangi oleh Ng Chun Chen dari SK St. Xavier.

Kategori lelaki bawah 12 tahun pula diungguli oleh Teoh Chuen Loong dari SJKC Kong Ming 2, tempat kedua Cheah Li Hong dari SJKC Kwang Hwa, Butterworth dan tempat ketiga Yeong Kai Xiang juga dari SJKC Kwang Hwa, Butterworth.

Sementara kategori bawah 15 tahun lelaki keseluruhan pula dimenangi oleh Jeremiah Loo Phang Xing dari SMK Haji Zainal Abidin, Ahmad Bulya Md Amin (SMK Abdullah Munshi) kedua dan Soong Swyu Jye (SMK Bagan Jaya) ketiga.

Manakala Juara Keseluruhan kategori bawah 18 tahun lelaki pula dimenangi oleh Ooi Joo Kheng dari SMJK Heng Ee, diikuti oleh Lee Jia Wei dari SMJK Chung Ling A, tempat ketiga juga dari SMJK Chung Ling A iaitu Daryn Chan Yoong Xian

Johan Keseluruhan wanita kategori bawah 10 tahun dimenangi oleh Fatin Nur Jeslina SJKC Yang Zhen, kedua Jennifer Ting SJKC Kong Ming 2, dan ketiga Nur Arrisha Alliana SK Seri Permai

Bagi kategori bawah 12 tahun, johan keseluruhan ialah Elleen Lim Yi Ling dari SK Minden Height diikuti oleh Lim Xuan Ying SJKC Chong Shan kedua, dan ketiga Zalikha Khalid dari SK Residensi.

Kategori bawah 15 tahun wanita keseluruhan pula diungguli oleh Jerelyn Loo Hwang Ping dari SMK Sri Mutiara, Rachel Yeoh Li Wen SMJK Heng Ee di tempat kedua dan Zulaikha Khalid SMK (P) St George di tempat ketiga.

Manakala acara wanita bawah 18 tahun hanya seorang peserta iaitu Tan Sue Fen dari SMK (P) St George mengambil bahagian. Majlis penyampaian hadiah berakhir pada jam 12.50 tengahari.


Disediakan oleh
Hamidi bin Lokman


















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved