Thursday, February 24, 2011

SESI SPARRING - PLN TITI MUKIM vs PLN BATU UBAN SIRI 2/2011

Tarikh : 23hb Februari 2011 [Rabu]
Masa : 5.45 petang hingga 7.15 malam
Tempat : Pusat Tinju Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Atlet : 5 PLN Titi Mukim, 8 PL MSNPP dan 5 Kelab India Star

Hasil dari perjumpaan PPN Bersama JSM, JLN dan JL Persatuan :

1. JSM En. Zainuddin [PLN Titi Mukim] - Memohon penambahan peralatan untuk PLN Titi Mukim seperti berikut :

1.1. Gloves Sparring 16oz - 4 pasang
1.2. Head Guard Sparring - 4 pasang
1.3. Padding - 1
1.4. Pengangkutan untuk membawa atlet dari PLN Titi Mukim ke PL MSNPP.
1.5. Kerosakan/kehilangan Penyokong Lantai Gelanggan Tinju masih belum dibaiki.


PPN - Memaklumkan kepada JSM Zainuddin semua perkara diatas telah dimaklumkan kepada pihak Persatuan dan Penyelaras Sukan Tinju MSNPP. Perkara ini dalam perbincangan pihak dan tindakan selanjutnya dari pihak MSNPP.

2. JLN Pak Jhonny [PL MSNPP] - Memaklumkan seorang peninju dalam Program Pelapis Negeri tidak menghadiri latihan hampir sebulan tanpa sebarang sebab yang diberikan.

PPN - Memaklumkan kepada Pak Jhonny akan menghubungi keluarga atlet tersebut dan akan memaklumkan keputusan dari tindakan yang diambil.

3. JL Persatuan En. Arumugam [Kelab India Star] - Memohon bantuan peralatan seperti berikut :

3.1. Gloves Latihan - 3 pasang
3.2. Tali Skipping - 4 utas
3.3. Mitt - 2 pasang


PPN - Memaklumkan kepada En. Arumugam perkara ini telah dibentangkan didalam Mesyuarat JKK Sukan Tinju pada 18 Februari 2011 yang lalu. Akan membuat susulan dengan pihak MSNPP dan Persatuan.

Program Latihan Sparring Atlet Pelapis Negeri :

Latihan kali ini di hadiri oleh atlet dari PLN Titi Mukim, PL MSNPP dan Kelab India Star dan sebanyak 7 pasang peninju berjaya dijalankan.

Kehadiran atlet dari PL MSNPP dan Kelab India amat memuaskan dan kekurangan kehadiran atlet dari PLN Titi Mukim disebabkan masalah pengangkutan.

Perkara ini telah dibentangkan didalam Mesyuarat JKK Sukan Tinju yang lalu dan keputusan telah diambil untuk mengunakan pengangkutan dari MSNPP.

Memaklumkan kepada JSM En. Zainuddin, pihak PPN akan memberikan tarikh-tarikh yang boleh mendapatkan pengangkutan dari MSNPP setelah berbincang dengan pihak MSNPP.

Berita kurang baik berlaku kepada JSM En. Zainuddin, beliau bersama anaknya yang juga atlet dari Pelapis Negeri telah mengalami kemalangan motosikal di atas jambatan dan mendapati kedua-duanya mengalami luka di lutut.

Diakhir program PPN telah menjemput Wakil AJK Persatuan Tinju [En. Arumugam] yang hadir semasa sesi Sparring untuk memberikan kata-kata semangat.

PPN berjumpa dengan semua atlet yang hadir dan mengucapkan terima kasih atas komitment yang diberikan dan disiplin yang ditunjukan bagi melancarkan program yang telah dirancang oleh Jurulatih.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Latihan pada kali ini sempat dijalankan untuk 7 pasang peninju yang dibantu oleh JL dari ATM

--
FATIMAH BINTI JAMIL
















Read more...

PEMANTAUAN KEJOHANAN & SESI PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH - TENPIN BOWLING

Tarikh : 19hb Februari 2011 [Sabtu]
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Tempat : Pusat Boling Mega Lanes

Laporan Ringkas :

Kejohanan Piala Remaja Milo Ranking Master adalah Kejohanan Peringkat Remaja Negeri bagi Zon Utara yang merangkumi Negeri Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Kejohanan ini merupakan kejohanan tahunan yang di anjurkan oleh Persatuan Tenpin Bowling Pulau Pinang. Pada tahun 2011 sebanyak Lima Sirkit dan Satu Sirkit Akhir ( jadual kejohanan dilampirkan). Pada 19hb Feb. 2011 adalah Sirkit Pertama.

Kejohanan ini mempertandingkan Tiga Katergori iaitu Bawah 12 tahun, Wanita Terbuka dan Lelaki Terbuka. Jumlah penyertaan di Sirkit Pertama ini seperti berikut :

Bawah 12 tahun seramai 7 orang.
Wanita Terbuka seramai 7 orang.
Lelaki Terbuka seramai 15 orang.


Kejohanan Sirkit Pertama mendapati kekurangan penyertaan dari Negeri Kedah kerana negeri tersebut mengadakan Kejohanan Kedah Tertutup dan Negeri Perak kerana Bersekolah untuk menggantikan Cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Kedua-dua negeri ini tidak memaklumkan kepada pihak Persatuan Negeri.

Mengadakan mesyuarat bersama JLN MSNPP Cik Kim Eun Jung dan JSM Mr. Albert Yeoh Seng Poh merangkap Naib Setiausaha Persatuan Tenpin Bowling Pulau Pinang dari 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Perkara yang dibincangkan :

PPN - Memaklumkan kepada JLN dan JSM, keputusan National Evaluation 2011 baru diterima pada 18hb Februari 2011 dan Program 2011 akan bermula bulan Mac 2011 selama 10 bulan.

Tujuan mesyuarat ini di adakan adalah untuk membuat pemilihan Atlet yang akan diserapkan ke Program Pelapis Negeri, USPTNPP bagi tahun 2011 dan Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012, Pahang.

PPN - Memaklumkan keputusan yang diberikan oleh pihak MSNM adalah seramai 20 atlet dengan 8 lanes dan Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sekali lagi telah memberikan tanggunjawab sebagai Penyelaras Sukan MSNPP bagi Sukan Tenpin Boling untuk SUKMA XV 2012 kepada saya.

Keputusan dari Mesyuarat : Kata sepakat telah diambil bersama JLN MSNPP dan pihak PTBPP untuk mendaftar seramai 42 atlet untuk Program Pelapis Negeri dan seramai 12 atlet dari 42 orang akan menjalani latihan sebagai Atlet Skuad Latihan SUKMA XV 2012.

Sebagai penganti kepada 12 atlet tersebut, keputusan diambil untuk mengambil pelatih yang baru yang telah menjalani Program National Evaluation 2011 dan senarai nama atlet yang telah dipilih seperti lampiran. Keputusan ini akan dibentangkan didalam Mesyuarat JKK Bil : 1/2011 yang akan diadakan pada 21hb Februari 2011.

Pembahagian atlet kepada Tiga JSM Pelapis Negeri dan penentuan atlet untuk ke Program AAA atau AA akan ditentukan selepas seminggu bermulanya latihan.

PPN - Mencadangkan untuk mengadakan Mesyuarat Bersama Keluarga bagi Atlet yang terpilih ke Program 2011 seperti berikut :

Tarikh : 26hb Februari 2011 [Sabtu]
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes, Sunshine Square Bayan Baru,PP.


Selepas mesyuarat berakhir, telah meninggalkan tempat kejohanan sebelum kejohanan berakhir.

Sekian di dimaklumkan, terima kasih.

-

FATIMAH BINTI JAMIL











Read more...

USM RELAY 2011

Tempat : Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang
Masa : 8.00 pg hingga 11.00 malam
Tarikh : 12 Februari 2011 ( Sabtu )

Acara yang terlibat : 4 x 200 meter ( lelaki dan wanita ) , 4 x 800 meter ( lelaki ) , 4 x 100 meter campuran dan Medley Relay ( Lelaki )

Atlet yang terlibat :
Mohd Harmizi, Nik Hafiz, Mohd Nasir, Partiban, Lim Wooi Chew, Yuvaraaj, Norina dan Nur Artika.


3) Untuk makluman pihak tuan juga, semua atlet (ASZU) tersebut telah menunjukkan kesungguhan untuk mencapai sasaran yang disasarkan oleh jurulatih. Berikut adalah keputusan atlet-atlet berkenaan.

1) 4 x 200 meter lelaki - Perak

2) 4 x 200 meter wanita - Gangsa

3) 4 x 800 meter - Emas

4) Medley Relay - Emas
Tahniah diucapkan.. Semoga terus menunjukkan prestasi yang baik pada kejohanan-kejohanan yang akan datang..
Laporan Oleh ; Suhaimi Salleh








Read more...

Wednesday, February 23, 2011

KEJOHANAN TENPIN BOWLING MSSPP 2011

Tarikh : 18hb Februari 2011 [Jumaat]
Masa : 11.15 pagi hingga 2.00 tengahari
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes, Sunshine Square Bayan Baru, Pulau Pinang.

Laporan ringkas :

Pada tahun 2011 kejohanan MSSPP di adakan dua daerah iaitu Daerah Pulau dan Seberang Perai. Tarkih Kejohanan seperti berikut :

Daerah Pulau : 14hb hingga 18hb Februari 2011
Tempat : Pusat Boling Premium Lanes.

Daerah Seberang Perai : 21hb hingga 25 Februari 2011
Tempat : Pusat Boling Mega Lanes Prai.


Jumlah Sekolah dan Peserta mengambil bahagian :

Sekolah Kebangsaan : 1 Sekolah [4 peserta]

Sekolah Menengah : 31 Sekolah [155 peserta]


Keputusan :

Kategori kejohanan yang dipertandingkan adalah Perseorangan, Bergu, dan Berpasukan. Katergori umur Bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun [lelaki dan wanita].

Pemenang dari Daerah Pulau akan bertemu pemenang Daerah Seberang Perai dan tarikh kejohanan pada 3hb Mac 2011, bertempat di Pusat Boling Premium.
Kejohanan di Daerah Seberang Perai dianggarkan sebanyak 30 buah Sekolah Rendah dan 28 buah Sekolah Menengah Kebangsaan.

Pihak Penganjur [JPNPP] memberi penghormatan bagi saya untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang di Daerah Pulau.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
--
FATIMAH BINTI JAMIL




















Read more...

Monday, February 21, 2011

KEHOHANAN SEPAKTAKRAW BWH 21 PIALA DATO' ARSHAD 2011

Tarikh : 19 Februari 2011
Tempat : Kompleks Belia & Sukan Negeri

Penyertaan :
SMK Guar Chempedak, Motorola, UiTM, MSN Perlis, Sungai Nibong, Taman Tun Sardon, Kedah, RT Bukit Jambul, SMK Mutiara Impian, Selama Perak, RT Bukit Awi & Pelapis Pulau Pinang

Kejohanan ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 7.30 malam. Jumlah keseluruhan pasukan yang menyertai kejohanan ini adalah sebanyak 27 pasukan. Kejohanan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Sepaktakraw Pulau Pinang. Ramai bakat baru dapat diketengahkan melalui kejohanan seperti ini.

Regu Pelapis A hanya mara ke suku akhir setelah tumpas kepada Regu Kedah A dengan mata 11-21 set pertama dan kedua. Manakala Regu Pelapis B telah melayakan diri ke separuh akhir dan tumpas kepada Regu Kedah A dengan mata 21-19 set pertama dan 21-16 set kedua. Regu C Pelapis telah Berjaya memenangi kejohanan ini dengan menumpaskan Regu Kedah B dengan mata 21-11 set pertama dan 21-13 pada set kedua.

Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Presiden Sepaktakraw Pulau Pinang Datuk Hj. Ahmad B. Ismail dan Naib Presiden Dato’ Hj. Arshad Yahya. Keptusan keseluruhan kejohanan ialah tempat pertama dimenangi oleh Regu Pelapis C, tempat kedua regu Kedah B dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh Regu Sungai Nibong dan Regu Kedah A.

Pihak Persatuan Sepaktakraw Pulau Pinang akan menganjurkan kejohanan diantara daerah untuk pembngunan sukan sepaktakraw di Pulau Pinang. Beberapa program binaan akan diadakan sekiranya mendapat peruntukan dan kelulusan dari MSNPP dan USPTNPP. Bantuan peralatan seperti bola, jaring dan tali skipping amat diperlukan untuk menjalani latihan harian.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Persatuan Sepaktakraw Pulau Pinang kerana telah berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan sempurna. Dengan kejohanan seperti ini akan diadakapn lagi pada masa akan datang demi mempertingkatkan lagi prestasi sukan sepaktakraw.
Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff




















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved