Monday, February 7, 2011

LATIHAN ATLET MEMANAH ASZU

Tarikh : 05 Februari 2011
Masa : 8.00 am – 2.00 pm
Tempat : Padang Politeknik Seberang Perai

Hari cuti sempena Tahun Baru Cina ‘di korbankan’ oleh 5 orang atlet Memanah ini dengan sesi latihan yang telah dirancang oleh jurulatih. Latihan berjalan baik & lancar, bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 2.00 petang. Buat semua atlet, teruskan berusaha ..

Laporan Oleh : Suhaimi Salleh










Read more...

UJIAN KECERGASAN - TENPIN BOWLING

Tarikh : 23 Januari 2010 [Ahad]
Masa : 8.30 - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Atlet : 11 orang [4 lelaki dan 7 wanita]
Jurulatih : JLN MSNPP Kim Eun Jung & JSM Albert Yeoh

Objektif Ujian :
1. Sebagai pengumpulan data "baseline" 2011
2. Data untuk rujukan jurulatih tentang kelemahan dan kekuatan atlet yang dilatih.

Jenis Ujian yang dijalankan :
1. Anthropometry (Berat dan Ketinggian)
2. Hand Grip
3. Maximum Pus-up
4. Modified Sit and Reach
5. Yo-yo Endurance Level 1

Walaupun keputusan untuk Atlet Program Pelapis 2011 masih belum diperolehi, pihak Persatuan Tenpin Boling Pulau Pinang telah memilih 14 atlet dari Program AAA dan AA sebagai Atlet Latihan Skuad SUKMA XV 2012 di Pahang.

Latihan bagi Atlet Latihan Skuad SUKMA XV 2012 di Pahang telah bermula dari 11 Januari 2011 dan selaku Penyelaras Sukan Tenpin Boling untuk Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah membuat pemantauan ke Pusat Latihan dan mengadakan perjumpaan bersama JLN MSNPP dalam bulan Januari.

Latihan bulan Januari berjalan dengan lancar dengan kehadiran atlet yang memuaskan. Tiada latihan dijalankan dari 1 hingga 6 Februari 2011 sempena sambutan Tahun Baru Cina. Terima kasih juga diucapkan kepada ISN Satelit PP kerana membantu menjalankan ujian kecergasan ini.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
FATIMAH BINTI JAMIL










Read more...

Wednesday, February 2, 2011

GONG XI FA CAI



Selamat Tahun Baru Cina dari USPTN Pulau Pinang
GONG XI FA CAI

Read more...

TID SUKAN ANGKAT BERAT @ SMK HJ. MOHD NOR AHMAD, GELUGOR

Tarikh : 01 Februari 2011
Masa : 9.30 am
Tempat : SMK Hj. Mohd Nor Ahmad, Gelugor

PPN : Ahmad Firdaus Yusoff
J/Latih : Mohd Faizulzalham Sazaly

Pelajar Terlibat : 66 orang (26 Ting. 2 & 40 Ting. 1)

Ulasan TID

Sesi Pemilihan Atlet ini diadakan pada jam 9.30 pagi di Dewan Sekolah Haji Mohd Nor Ahmad.
Seramai 19 orang yang terpilih daripada 66 murid yang menyertai sesi TID ini.

Peralatan yang digunakan untuk sesi TID ini ialah 1 bar lelaki dan 2 plate 10 kg. Saudara Mohd Asrul Sabran atlet angkat berat pelapis telah dijemput untuk mendemostrasi teknik snatch dan clean & jerk.

Penolong Kanan Kokurikulum sekolah amat berpuas hati dengan program ini dan berharap pelajar sekolah dari ini dapat menjadi atlet yang cemerlang dan mengharumkan nama negeri sekolah. Pengetua sekolah juga menyokong dan memberi kerjasama yang jitu untuk menjalankan aktiviti apa-apa aktiviti sukan yang dapat member I faedah kepada pelajar dan sekolah.

Cadangan dari pihak JSM untuk mengadakan sesi pemilihan atlet wanita akan diadakan secara berasingan dan akan membawa seorang atlet wanita untuk mendemostrasi teknik angkatan snatch dan clean & jerk.

Isu berbangkit

Ramai pelajar wanita ingin menceburi sukan angkat berat tetapi beranggapan negatif seperti susah mengandung, badan akan berotot seperti lelaki dan pendek. Jurulatih telah menerangkan bahawa atlet perempuan yang menceburi tidak akan mengalami masalah tersebut malah akan menyihatkan tubuh badan dan akan membentuk fizikal yang cergas. Kebanyakan atlet sukan angkat berat terdiri daripada orang yang rendah kerana kestabilan dan tahap graviti lebih sempurna dari orang yang tinggi
Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff











Read more...

Tuesday, February 1, 2011

LATIHAN HARIAN ATLET ANGKAT BERAT ASZU

Tarikh : 31 Januari 2010
Masa : 5.00 – 7.00 pm

Sesi latihan atlet-atlet Angkat Berat Akademi Serantau Zon Utara ini dilihat berjalan lancar & baik ketika pemantauan ini dilakukan. Seramai 6 orang atlet & dibantu oleh 2 orang jurulatih sedang menjalani latihan.

Laporan Oleh : Suhaimi Salleh








Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved