Tuesday, October 26, 2010

SESI PENDIDIKAN PSIKOLOGI SUKAN TENPIN BOLING

Selaku PPN USPTN Sukan Tenpin Boling, selain dari memantau perjalanan Latihan Teknikal dan Skill, satu tindakan yang diambil untuk mengetahui kelemahan/kekurangan atlet dari tahap kekuatan mental, dengan kerjasama ISNPP telah berjaya mengadakan Sesi Pendidikan Psikologi bagi Atlet Sukan Tenpin Boling di Cawangan Pelapis yang dikelolakan oleh Cik Nur Diana Binti Abu Hassan [Pegawai Belia & Sukan - Psikologi] dari Pusat Satelit Institute Sukan Negara negeri Pulau Pinang seperti berikut.

SESI PERTAMA :

Tarikh : 5 Oktober 2010 [Selasa]
Masa : 6.30 petang hingga 7.30 petang

Objektif :
1. Mendedahkan atlet kepada Psikologi didalam sukan.
2. Mendidik atlet mengenai kepentingan Psikologi Sukan dalam membantu prestasi sukan
mereka.
3. Mendidik atlet mengenai Motivasi serta jenis-jenis motivasi

Tempat : Bilik Mesyuarat Mega Lanes Prai, Pulau Pinang.
Kehadiran Atlet : 13 orang [Program Cawangan Pelapis dan Skuad SUKMA]
Kehadiran JSM : 2 orang [En. Albert Yeoh Seng Poh dan Pn. Nooriani]

SESI KEDUA :

Tarikh : 7 Oktober 2010 [Khamis]
Masa : 6.30 petang hingga 7.30 malam

Objektif :
1. Menjalani Ujian keatas atlet untuk melihat perkara/keadaaan yang menggangu prestasi atlet semasa sesi latihan ataupun pertandingan.

Tempat : Bilik Mesyuarat Mega Lanes Prai, Pulau Pinang.
Kehadiran Atlet : 12 orang [Cawangan Pelapis]
Kehadiran JSM : 1 orang [Albert Yeoh Seng Poh]

SESI KETIGA :

Tarikh : 14 Oktober 2010 [Khamis]
Masa : 6.30 petang hingga 7.30 petang

Objektif :
1. Medidik atlet tentang Konsentrasi serta kepentingannya didalam sukan.
2. Menguji tahap konsentrasi atlet.

Tempat : Bilik Mesyuarat Mega Lanes Prai, Pulau Pinang.
Kehadiran Atlet : 15 orang [Cawangan Pelapis dan Skuad SUKMA]
Kehadiran JSM : 2 orang [En. Albert Yeoh Seng Poh dan Pn. Nooriani]

Perancangan untuk bulan November 2010 seperti berikut :

1. 11 November 2010 [Khamis]
2. 18 November 2010 [Khamis]
3. 25 November 2010 [Khamis]

Program ini akan berterusan mengikut kelapangan waktu dari pihak ISNPP. Kesempatan waktu ini diambil untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak ISNPP atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Laporan Oleh : Fatimah Jamil













Read more...

Monday, October 25, 2010

LAPORAN KEJOHANAN BERBASIKAL PERLIS OPEN 2010 - ASZU TEAM

21 0ktober 2010
Pendaftaran dan Mesyuarat Pengurus Pasukan.

22 Oktober 2010 (116.1 KM)

1.Adrian Chuah (Letua) 2.52.21
2.Mohd Fadzli Anuar Fauzi (ATM) 2.53.07
3.Nur Amirul Fakhrudin Marzuki (Tgnu) 2.53.07
4.Muaz Abd.Rahim (ASZU) 2.53.07 (RM150)
5.Abd Rashid Ibrahim (ASZU) 2.53.17 (RM100)

6.Mohd Shobry Abdullah (Tgnu) 2.54.33

14.Mohd Nurshafiq Shuhaimy (ASZU) 2.57.06
18.Mohd Fairet Rosli (ASZU) 3.00.14
21.Ahmad Fahmi Farhan Ahmad Fuat (ASZU) 3.04.25
23.Mohd Elmi Jumari (ASZU) 3.05.43
25.Ahmad Azhar Arshad (ASZU) 3.05.43
DNF Mohd Yazrulhissam Zulkifli (ASZU)-kerosakan mekanikal
DNF Ahmad Firdaus Karim (ASZU)


23 Oktober 2010 (91.3 KM)


1.Mohd Saufi Mat Senan (Tgnu) 2.15.43
2.Mohd Fadzli Anuar Fauzi (ATM) 2.15.44
3.Muaz Abd.Rahim (ASZU) 2.15.44 (RM300)
4.Mohd Ekbar Zamanhuri (P.Keb) 2.15.45
5.Mohd Shobry Abdullah (Tgnu) 2.15.46
6.Mohd Sharulnizam Shamsudin (ATM) 2.16.11

9.Abd Rashid Ibrahim (ASZU) 2..16.56
12.Mohd Elmi Jumari (ASZU) 2.23.03
22.Ahmad Azhar Arshad (ASZU) 2.23.06
26.Mohd Yazrulhissam Zulkifli (ASZU) 2.23.08
30.Mohd Fairet Rosli (ASZU) 2.23.09
31.Mohd Nurshafiq Shuhaimy (ASZU) 2.23.10
34.Ahmad Fahmi Farhan Ahmad Fuat (ASZU) 2.23.12
36.Ahmad Firdaus Karim (ASZU) 2.23.14

24 Oktober 2010 Kriterium (59.4 KM)


1.Mohd Saufi Mat Senan (Tgnu) 23 Mata
2.Mohd Sharulnizam Shamsudin (ATM) 13 Mata
3.Adrian Chuah (Letua) 6 Mata
4.Mohd Aim Mohd Fauzi (Tgnu) 6 Mata
5.Mohd Shahrul Afiza Fauzan (ATM) 5 Mata
6.Mohd Firdaus Suardi (PLS) 4 Mata

7.Mohd Elmi Jumari (ASZU) 4 Mata
12.Mohd Yazrulhissam Zulkifli (ASZU) 2 Mata
14.Muaz Abd.Rahim (ASZU) 1 Mata
23.Mohd Nurshafiq Shuhaimy (ASZU)
27.Mohd Fairet Rosli (ASZU)
30.Ahmad Fahmi Farhan Ahmad Fuat (ASZU)
32.Ahmad Firdaus Karim (ASZU)
33.Abd Rashid Ibrahim (ASZU)
DNF Ahmad Azhar Arshad (ASZU) -kerosakan mekanikal

Secara keseluruhan pencapaian ASZU adalah memuaskan didalam kejohanan yang dsertai oleh 63 pelumba dan menawarkan hadiah wang tunai.
Manakala ASZU memenangi hadiah terkumpul berjumlah RM 550.00.Saya amat berpuas hati dengan peningkatan yang ditunjukan atlit terlibat.

Laporan Oleh : Coach Eddie - ASZU





















Read more...

Friday, October 22, 2010

LAPORAN PEMANTAUAN PLN - MENEMBAK

TARIKH LAWATAN : 21 Oktober 2010
TEMPAT : Pusat Latihan Menembak, Kelab Menembak Pulau Pinang
MASA : 4.00 Petang

ATLET : 10 atlet (4 lelaki dan 6 wanita)
JURULATIH : En. Ivarn Syazwan

KEHADIRAN
Kehadiran pada hari ini seramai 10 orang. Pecahan kehadiran adalah 4 lelaki dan 6 wanita.
LATIHAN
Latihan berjalan dengan baik. Persiapan untuk menghadapi Karnival Sukan Pelapis 2/2010 Negeri Sembilan. Jurulatih mensasarkan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 1 pingat emas. Ini kerana 80 % adalah atlet baru.

DISIPLIN
Jurulatih memaklumkan tiada masalah disiplin dikalangan atlet.

ISU-ISU BERBANGKIT
Tiada

Hamidi Bin Lokman
PPN Menembak












Read more...

BENGKEL PERIODISASI JURULATIH - 1st Day

Tarikh : 22 – 24 Oktober 2010
Masa : 8.00 am – 5.00 pm
Tempat : Bilik Cemerlang, MSN Pulau Pinang

Sejajar dengan keperluan terkini serta perancangan awal bagi menghadapi SUKMA 2012, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melalui Pusat Satelit ISN Negeri / ISNM telah mengadakan satu Bengkel Periodisasi kepada jurulatih-jurulatihnya. Jurulatih di bawah Program Pelapis juga dilihat hadir sama dalam bengkel yang dianjurkan ini.

Tn. Hj. Mohamed Akbar Mustapha, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sudi melapangkan masa untuk majlis perasmian ringkas bengkel ini. Antara program / topik bengkel pada hari ini (22-10-2010) adalah seperti berikut;

8.30 am - Ucapan Aluan / Perasmian oleh Pengarah MSNegeri
9.00 am - Pemakanan Sukan (En. Goh Kok Wei)
10.00 am - Psikologi Sukan (Cik Nur Diana)
11.00 am - Suaian Fizikal (Pn. Mariani)

3.00 pm - Fisiologi Senam (En. Cheach Boon Chong)
4.00 pm - Matlamat Prestasi (En. Lim Ming Lip)

Diharap semua jurulatih dapat menggunakan kesempatan ini untuk sama-sama berbincang & bertukar pandangan untuk kemajuan sukan di Pulau Pinang. Selamat Berbengkel ..














Read more...

PROGRAM TID DI SEKOLAH-SEKOLAH

1. Program TID SMK Bukit Gambir.

Tarikh : 18 Oktober 2010
Masa : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi
Melibatkan Sukan : Silat Olahraga/Tinju/Taekwondo
Murid yang hadir : Tingkatan Empat

Laporan ringkas :

Program diatas dikelolakan oleh MSNPP, mewakili USPTN untuk Sukan Tinju. Dari maklumbalas yang diterima dari JLN Pak Jhonny tidak ramai murid yang berminat untuk menceburi Sukan Tinju.

Memperkenalkan diri kepada guru-guru yang hadir dan memaklumkan jenis-jenis sukan yang ada di Cawangan Pelapis. Mengambil kesempatan waktu ini untuk mendapatkan maklumat murid-murid yang terlibat dengan Sukan Tenpin Boling dari guru yang menyelia sukan tersebut. Sambutan yang baik diberikan oleh guru tersebut. Akan membuat tindakan susulan selanjutnya.

2. Program TID SMK Jelutong.

Tarikh : 20 Oktober 2010
Masa : 1.30 tengahari hingga 2.45 petang
Melibatkan Sukan : Silat Olahraga/Tinju/Taekwondo
Murid yang hadir : Dari Tingkatan Satu hingga Lima

Laporan ringkas :

Program diatas dikelolakan oleh MSNPP, mewakili USPTN untuk Sukan Tinju. Hasil dari perbentangan mendapati seramai 17 murid yang mendaftar untuk Sukan Tinju. Taklimat kepada murid-murid dilakukan oleh Jurulatih Rozali.

Akan memaklumkan kepada murid-murid tarikh untuk memulakan latihan selepas berbincang dengan Penyelaras Sukan Tinju MSNPP.

Memperkenalkan diri kepada guru-guru yang hadir dan memaklumkan jenis-jenis sukan yang ada di Cawangan Pelapis.

Pertanyaan yang diajukan oleh guru untuk sukan Badminton, bagaimana untuk mendapatkan khidmat Jurulatih dan tempat latihan.

Memohon guru tersebut untuk memaklumkan kepada USPTN berapa orang murid yang berminat untuk menceburi sukan Badminton dan akan berbincang dengan pihak Persatuan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Laporan Oleh : Fatimah Jamil









Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved