Friday, October 22, 2010

LAPORAN PEMANTAUAN PLN - TENPIN BOWLING

Tarikh : 12 Oktober 2010
Masa : 8.00 malam hingga 9.30 malam
Venue : PLN Mega Lane Prai, Pulau Pinang

Kehadiran Atlet : 15 orang
Kehadiran Keluarga Atlet : 9 orang

Hasil dari pemantauan :

1. Kehadiran atlet sangat berkurangan disebabkan atlet di Tingkatan Lima dalam persedian untuk menghadapai peperiksaan SPM.

2. Pada masa yang sama telah memantau latihan yang di jalankan oleh Jurulatih Luar Negara bersama JSM Cawangan Pelapis.

Mesyuarat bersama keluaga atlet :

1. PPN - Memaklumkan kepada keluarga agar dapat memberikan surat kebenaran jika anak mereka dipilih untuk menyertai mana-mana kejohanan untuk mempercepatkan proses permohonan surat pelepasan dari JPN Pulau Pinang.

2. PPN - Memaklumkan program tahun ini akan berakhir dalam bulan November 2010. Berharap agar pihak keluarga dapat meneruskan latihan anak mereka dengan sendiri sementara menunggu tahun hadapan.

3. Pihak Keluarga - Bertanyakan bilakah Program "Youth Development National Evaluation 2011" akan diadakan????? kerana ingin merancang waktu bercuti bersama anak-anak.

PPN - Mememaklumkan setakat ini belum menerima apa-apa keputusan dari pihak Persatuan dan akan membincangkannya bersama dengan pihak Persatuan dengan kadar segera. Akan memaklumkan kepada atlet melalui Jurulatih atau email.

Sekian dimaklumkan, terim kasih.

Laporan Oleh : Fatimah Jamil






Read more...

Thursday, October 21, 2010

LAPORAN PEMANTAUAN PLN - TINJU

Tarikh : 8 Oktober 2010
Masa : 5.15 - 7.00 pm
Tempat : PLN Titi Mukim, SPU

Kehadiran Atlet : 13 Atlet

Hasil dari pemantaun :

1. Kehadiran Atlet sangat memuaskan dan mendapati atlet berlatih dengan bersungguh-sungguh.

2. Mengucapkan Tahniah kepada atlet yang terpilih dan memaklumkan tarikh berangkat ke Kejohanan Karnival Pelapis Negeri di Negeri Sembilan pada 27 Oktober dan kembali 31 Oktober 2010.

3. Memberikan kata-kata semangat kepada atlet yang tidak terpilih supaya berlatih bersungguh-sungguh dan berikan tumpuan semasa dalam latihan.

4. Maklumbalas dari JSM - Memaklumkan Lantai Gelanggang Tinju melentur ke bawah kerana Besi Penyokong didapati telah patah dan di ganti dengan kayu. Ini tidak selamat kepada atlet semasa menjalani latihan. Memohon pihak berkenaan memperbaiki kerosakan tersebut [Gambar dilampirkan].

PPN - Memaklumkan kepada JSM untuk mencari orang yang boleh memperbaiki kerosakan tersebut dengan memberikan sebut harga. Perkara ini akan dimaklumkan kepada pihak Persatuan Negeri dan di bincangkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk membantu.

5. Di akhir pemantauan, PPN beramah-mesra dengan atlet sambil menjamu kuih Raya dan minuman. Pada hari tersebut [8 Oktober 2010] merupakan hari terakhir bulan Syawal 1431.
Sekian dimaklumkan, terima kasih
Laporan Oleh : Fatimah Jamil














Read more...

Tuesday, October 19, 2010

PROGRAM CARIAN BAKAT BARU DI SMK BUKIT JAMBUL & SMK BUKIT GAMBIR






Tarikh : 18 & 19 Oktober 2010
Tempat : SMK Bukit Gambir & SMK Bukit Jambul

Program pencarian bakat baru ini adalah kesinambungan program–program yang dijalankan oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang dan Institut Sukan Negara Pulau Pinang dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai atlet-atlet Pulau Pinang.

Pencarian bakat baru untuk sukan Silat Olahraga dan Tinju telah diadakan di SMK Bukit Gambir bermula pada jam 8.30 pagi pada 18 Oktober 2010 dan di SMK Bukit Jambul pada jam 7.40 pagi 19 Oktober 2010. Objektif utama Program ini adalah untuk memberi maklumat dan gambaran yang lebih jelas kepada pihak sekolah dan para pelajar tentang sukan Silat Olahraga dan Tinju dalam usaha menarik minat pelajar-pelajar menyertai sukan-sukan tersebut.

Sambutan yang diterima daripada pelajar agak kurang memberangsangkan. Hanya 40 orang pelajar yang menyertai program ini di SMK Bukit Gambir dan 30 orang pelajar di SMK Bukit Jambul.

Program ini lebih kepada memberi taklimat ringkas tentang sukan-sukan tersebut, peluang dan kelebihan-kelebihan kepada pelajar yang menyertai sukan-sukan tersebut daripada sudut kerjaya dan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ini adalah disebabkan masa terhad yang diberikan pihak sekolah agar tidak mengganggu pembelajaran para pelajar.

Oleh sebab itu, kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai sukan-sukan tersebut, mereka dialu-alukan untuk datang sendiri ke pusat latihan sukan berkenaan pada sesi latihan untuk menyertai latihan yang dikendalikan oleh jurulatih.

Program pencarian bakat baru akan diteruskan ke sekolah-sekolah lain dan perbincangan akan dilakukan dengan pihak sekolah agar sambutan pelajar untuk program ini lebih mendapat sambutan di masa-masa akan datang.

Sekian, laporan oleh Hamidi Lokman.





Read more...

Thursday, October 7, 2010

PERJUMPAAN UNIT PELAPIS SERANTAU BERSAMA ATLET & JURULATIH AKADEMI SERANTAU ZON UTARA (ASZU)

Tarikh : 05 Oktober 2010
Masa : 8.30 pm – 3.00 am
Tempat : ASZU, B.Mertajam

Satu lawatan & perjumpaan Unit Pelapis Serantau Cawangan Pelapis MSN ke ASZU telah diadakan bagi meninjau seterusnya berjumpa bersama atlet serta jurulatih telah diadakan pada 05 Oktober lalu.

Lawatan ke pusat-pusat latihan serta perjumpaan bersama atlet & jurulatih ini adalah bertujuan meninjau dengan lebih dekat lagi permasalahan serta kesulitan yang ada di Akademi ini. Atlet-atlet juga diingatkan supaya terus mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah di Akademi.

Antara perbincangan lain adalah semua jurulatih, atlet serta pentadbiran ASZU dipohon supaya sentiasa bekerjasama dalam semua aspek bagi memastikan segala urusan di Akademi dapat diselesaikan dengan baik & sempurna.












Read more...

Friday, October 1, 2010

MESYUARAT & KUNJUNGAN KE SEKOLAH SUKAN NEGERI - SMK MUTIARA IMPIAN

Tarikh : 01 Oktober 2010
Masa : 9.00 am – 12.00 pm

Satu mesyuarat & lawatan sekitar SMKMI telah diadakan bagi sama-sama membincangkan hala tuju pembangunan sukan di Negeri Pulau Pinang telah diadakan dan dipengerusikan oleh Hj. Ahmad Tarmizi bin Kamaruddin, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri. Hadir sama dalam mesyuarat dan perbincangan ini adalah Pegawai Pelajaran Daerah, Ketua Unit Sukan JPN, Pengerusi-Pengerusi Teknik MSSPP, serta guru / jurulatih dari SMKMI sendiri.

Pembentangan serta perbincangan yang dikemukakan banyak berkisarkan tentang kerjasama sedia ada diantara JPN, MSNegeri, Persatuan Sukan, perlu di perkemas & diperkasakan bagi pembangunan sukan di Negeri Pulau Pinang. MSNegeri melalui USPTN & ISN Setelit akan cuba membantu sebaik mungkin atlet-atlet yang dilihat mempunyai prestasi untuk diserap ke program yang lebih tinggi dan bantuan sains sukan.

Hasil tinjanuan, projek pembangunan bagi pembinaan Mini Stadium, Turf Hoki, Dewan Tertutup serta Gelanggang Sepaktakraw telah siap sepenuhnya namun masih menunggu serahan rasmi kepada pihak sekolah.











Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved