Thursday, January 28, 2010

TID Sukan Memanah - SMK Abdullah Munshi

Program : TID Memanah di SMK Abdullah Munshi, Pulau Pinang
Tarikh : 26hb & 27hb Januari 2010
Masa : 3.00pm - 5.00pm

Rentetan daripada Program Sehari Bersama MSN P.Pinang pada 23/01/2010 yang lalu, Jurulatih telah mengenalpasti bakat-bakat baru dari sekolah tersebut iaitu seramai 39 orang daripada tingkatan 1 dan 2. Sambutan amat menggalakkan dan daripada program tersebut, satu tid yang spesifik telah diadakan pada 26hb & 27hb Januari 2010 (Selasa & Rabu).
Daripada 39 orang yang dipilih, hanya 19 orang yang layak untuk diketengahkan bakat dengan lingkungan umur 13 & 14.Setelah berbincang bersama Cikgu Iqbal (Penyelaras Sukan SMK Abd Munshi), pihak kami bersetuju untuk menjalani latihan di sekolah dan dilatih oleh JPM Memanah En.Jaffery Low pada setiap Khamis jam 2.30pm - 4.30pm.Pada hari lain (Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat & Sabtu) perlu menjalani latihan di PLN Memanah Batu Uban.

Sekian, terima kasih
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi











Read more...

Tuesday, January 26, 2010

Kejohanan Badminton Bwh 12 & 16 Tahun Pulau Pinang 2010

Tarikh : 16 - 19 Januari 2010
Tempat : Dewan Badminton Bukit Dumbar, Batu Uban, Pulau Pinang.
Peserta : 256 orang yang hadir. Seramai 51 orang adalah atlet dari Cawangan Pelapis dan
5 orang Jurulatih dari Cawangan Pelapis.
Tujuan kejohanan ini diadakan adalah :
1. Mengenalpasti atlet yang berpotensi untuk diserapkan kedalam Cawangan Pelapis.
2. Menilai Prestasi Atlet yang sediada.
3. Merupakan program tahunan Persatuan Badminton Pulau Pinang dalam
mempertingkatkan pembangunan Sukan Badminton di Negeri Pulau Pinang.
4. Mengenalpasti atlet yang akan di pilih untuk ke Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan
Pertama (Zon A).
5. Kategori yang di pertandingkan adalah Bawah Umur 12 dan 16 tahun dalam acara
perseorangan dan bergu.

Keputusan Acara Perseorangan Lelaki Bawah Umur 12 tahun :
Johan - Tan Jia Wei
Naib Johan - Cheerandeev
Tempat 3/4 - Sim Fong Hua/Loh Zefeng

Keputusan Acara Perseorangn Wanita Bawah Umur 12 tahun :
Johan - Goh Jin Wei
Naib Johan - Ooi Shi Han
Tempat 3/4 - Lim Ru Guat/Lim Ming Hui

Keputusan Acara Bergu Lelaki Bawah Umur 12 tahun :
Johan - Tan Jia Wei & Cheerandeev
Naib Johan - Brayan Khaw Wye Zhi & Ray Ng
Tempat 3/4 - Sim Fong Hua & Yew Chen Shen/Chuah Di Kye & Yew Ting Wei

Keputusan Acara Bergu Wanita Bawah Umur 12 tahun :
Johan - Goh Jin Wei & Ooi Shi Han
Naib Johan - Kong Yi Jin & Lim Ming Hui
Tempat 3/4 - Chuah Xin Er & Lim Chen Yen/Lim Ming Hui

Keputusan Acara Perseorangan Lelaki Bawah Umur 16 tahun :
Johan - Teh Sheen Yale
Naib Johan - Chuah Fu Sin
Tempat 3/4 - Yeoh Kah Seah/Lim Ming Chuen

Keputusan Acara Perseorangan Wanita Bawah Umur 16 tahun :
Johan - Ang Ferng Yin
Naib Johan - Choo Tze Ai
Tempat 3/4 - G. Dheshnee/Lim Shi Min

Keputusan Acara Bergu Lelaki Bawah Umur 16 tahun :
Johan - Mohd Farhan & Yeoh Kah Seah
Naib Johan - Chuah Fu Sin & Lim Zhi Yong
Tempat 3/4 - Teh Sheen Yale & Lim Ming Chuen/Kevin Kong & Teoh Khai Siang

Keputusan Acara Bergu Wanita Bawah Umur 16 tahun :
Johan - Ang Ferng Yin & Choo Tze Ai
Naib Johan - Chua Cheah Lin & Lim Shi Min
Tempat 3/4 - Lim Jee Lynn & Loh Oi Yuan/Lim Ru Shuang & Oeh Zhe Hui

Laporan Oleh : Fatimah Jamil, PPN USPTN




Read more...

Sesi Psikology Atlet Memanah


Dibawah adalah laporan ringkas sessi psikologi untuk sukan memanah.
Program : Sessi Psikologi Sukan Memanah

Tarikh : 16hb Januari 2010 (Sabtu)

Tempat : Bilik Cemerlang MSN Pulau Pinang

Masa : 9.00 am - 11.00 tghari


Sessi psikologi telah diadakan pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak ISN P.Pinang. Seramai 13 atlet menyertai sessi ini, selebihnya tidak dapat menyertai kerana terlibat dengan kelas ganti di sekolah dan di kolej. Sessi ini dijalankan oleh Cik Nur Diana Abu Hasan, Pegawai Psikologi ISN Pulau Pinang. Kepada pihak ISN Pulau Pinang, terima kasih atas sokongan dan bantuan. Sekian,


Laporan Oleh ; Shasha Tarmuzi, PPN USPTN


Taklimat oleh Cik Nur Diana, Peg. Psikologi ISN P.Pinang ..




Atlet yang hadir ..


Sesi ujian yang dijalankan ..



Read more...

Program Sehari Bersama SMK Abdullah Munshi - Memanah

Dilampirkan adalah laporan ringkas sempena Program Sehari Bersama MSN - Sukan Memanah
Program : Sehari Bersama MSN di SMK Abdullah Munshi, Pulau Pinang
Tarikh : 23hb Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 am hingga 2.30 petang

Program Sehari Bersama MSN mendapat kerjasama dengan pihak SMK Abdullah Munshi, Pulau Pinang. USPTN, ISN dan MSNegeri bersama-sama bekerjasama menjayakan program ini dan memberi dan membantu sukan yang dipilih untuk mendapatkan atlet untuk diketengahkan dan diberi pendedahan penglibatan didalam sukan. Ini selaras dengan matlamat sekolah yang mahukan pelajar berjaya didalam bidang pelajaran dan sukan. Sebanyak 10 jenis sukan yang terlibat dan terpilih bagi program tersebut. Sukan-sukan yang tersebut adalah:-
1. Judo
2. Petaque
3. Silat
4. Tinju
5. Lawan Pedang
6. Boling Padang
7. Olahraga
8. Berbasikal
9. Angkat Berat
10. Memanah
Untuk sukan memanah, JPM Jaffery Low & JPM Negeri Shamani telah membantu didalam slot bersama sukan memanah. Sambutan amat menggalakkan daripada pelajar sekolah. Seramai 39 pelajar telah dipilih untuk diketengahkan. Pada 26hb & 27hb Januari 2010 pihak saya dan JPM akan datang sekali lagi ke sekolah untuk membuat TID di SMK Abdullah Munshi dan sasaran umur adalah untuk tingkatan 1 dan 2. Sekian, terima kasih.
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi, PPN USPTN

taklimat ringkas Program oleh KU USPTN ..

demonstrasi oleh atlet-atlet senior Pelapis Negeri


JPM, Jaffery Low turut hadir ..


ahaa..cikgu pon boleh try..
atlet senior yang turut hadir membantu & memberi sokongan ..

Read more...

Wednesday, January 13, 2010

Lawatan ke PLN - Kelab Menembak Pulau Pinang

Tarikh : 12 Januari 2009 (Selasa)
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang

Lawatan ini dilakukan bagi meninjau perkembangan kerja-kerja menaik taraf PLN ini dengan pemasangan aircond di arena 10 Meter, tingkat atas Kelab Menembak ini. Hadir sama semasa sesi ini KUN & Mr. Ooi, Setiausaha Kelab. Hasil tinjauan didapati empat (4) unit aircond, lampu, dinding penghadang telah siap dipasang. Pihak kami dimaklumkan oleh kontraktor, projek naik taraf Pusat Latihan bantuan dari Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) ini, kini telah 90% siap dan dijangka dapat digunapakai sepenuhnya dalam dua (2) minggu lagi.

Semasa sesi ini juga, didapati dua (2) orang atlet sukan ini datang untuk menjalani latihan. Namun, latihan terpaksa dilakukan secara bersendirian sementara menanti latikan baru jurulatih yang kini dalam proses.

Sekian,

Laporan Oleh : Jannatul Firdaus Idris, PPN USPTN




kerja-kerja fasa akhir giat dijalankan ..





KUN & SU Kelab diberi penerangan tentang status projek ..



aircond yang telah siap dipasang ..




satu (1) bay yang telah siap sepenuhnya ..





dua (2) orang atlet yang menjalani latihan ..






Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved