Monday, January 8, 2018

PERJUMPAAN JURULATIH-JURULATIH OLAHRAGA DAN IBUBAPA BERSAMA MSN P. PINANG, JPN P. PINANG DAN PERSATUAN OLAHRAGA AMATUR P. PINANG

Tarikh : 6 Januari 2018 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Cemerlang, MSN Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. En. Abdul Halim Bin Ibrahim (Ketua Unit Sukan JPN Pulau Pinang)
2. En. Ahmad Firdaus Bin Yusuf (SDO MSN P. Pinang)
3. En. V. Govindasamy (Setiausaha POAPP)
4. En. Nafir Adam Bin Sahib (Penyelaras Olahraga MSSPP)
5. En. Mohamad Suhairi Bin Othman (SDO USPTN)
6. Jurulatih MSNPP, USPTN dan JPNPP
7. Ibubapa

Satu perjumpaan dan perbincangan bersama antara jurulatih-jurulatih olahraga, ibubapa, MSN P. Pinang, JPN P. Pinang dan Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang telah diadakan pada 6 Januari 2018 bertempat di Bilik Cemerlang, MSN P. Pinang, Batu Uban. Antara agenda perjumpaan ini adalah tentang Takwim Balapan dan Padang peringkat negeri Pulau Pinang dan Kebangsaan. Selain itu, En. Ahmad Firdaus (SDO Olahraga MSNPP) telah membentangkan maklumat program Sukma XIX Perak 2018. Antara yang disentuh adalah had kelayakan atlet untuk Sukma 2018, senarai atlet yang layak menyertai Skuad Latihan Sukma XIX Perak 2018, kouta kejohanan yang dicadangkan, struktur organisasi kejurulatihan dan cadangan serta hal-hal lain yang berkaitan. Pihak Unit Sukan JPN P. Pinang turut menyentuh hal hal berkaitan persiapan menghadapi MSSPP dan MSSM 2018. Kerjasama antara MSNPP dan JPNPP akan terus ditingkatkan bagi menaikkan kembali prestasi sukan olahraga negeri Pulau Pinang. Akhir sekali, pihak jurulatih dan ibubapa turut memberi maklum balas tentang perancangan yang telah dibentangkan. Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang akan menjalankan pertandingan ujian masa PAAA/MSNPP/MSSPP 1/2018 pada tarikh 13 Januari 2018 di Stadium Olahraga USM, P. Pinang.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved