Thursday, January 18, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 17 Januari 2018 (Rabu)
Masa : 3.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Jessica Tan Ai Ling - JPM MSNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 13 Orang

LATIHAN
1. Physical
2. Choreography
3. MSSPP Level

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Gimnastik Artistik Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang Tahun 2018 pada 12 dan 13 Febuari 2018 di Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN

1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Pertukaran Sukan dan PPN 2018 telah berkuatkuasa pada 16 Januari 2018 diatas arahan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Oleh itu Encik Fazli Hisam tidak lagi menjadi PPN bagi sukan gimnastik artistik dan digantikan kepada Puan Nursyafiqah Salamat.
2. Kehadiran atlet pada hari ini memuaskan dan jurulatih memaklumkan terdapat beberapa atlet muda yang memasuki program selepas TID 2017 telah keluar daripada program kerana kurang sokongan daripada keluarga dan sebagainya.
3. Jurulatih juga memaklumkan bahawa JLN MSNM iaitu Encik Liu Shu Nan hanya akan berkhidmat di MSNPP sehingga 31 Januari 2018 sahaja selepas itu beliau perlu melatih WAG serta memerlukan masa bagi melatih pembangunan kerana beliau perlu fokus kepada SUKMA atlet.
4. PPN telah memaklumkan kepada pihak persatuan bahawa pihak MSNPP & USPTNPP hanya dapat membantu memberikan bantuan JSM kepada jurulatih sediada untuk membantu buat masa sekarang. PPN juga telah memohon pihak persatuan mencari calon bagi sukan gimnastik artistik WAG.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved