Wednesday, June 14, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 13 Jun 2017 (Selasa)
Masa : 3.30 petang hingga 5.30 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian Seberang Perai Selatan

KEHADIRAN
1. Ahmad Rahimi Bin Azizan - JSM
2. Syed Roslan Bin Syed Khalid - JSM
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 35 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. latihan Skuadron
3. Permainan Kecil
4. Warm Down

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Memerlukan beberapa peralatan seperti bola dan jaring.
2. Jurulatih memohon bumbung untuk menutup tepi gelanggang supaya tidak dimasuki air sekiranya hujan lebat.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Sesi latihan baru bermula pada hari ini memandangkan semua atlet bercuti selama seminggu.
2. Kehadiran atlet dan jurulatih amat memuaskan.
3. Jurulatih memaklumkan bahawa beliau tidak dapat bersama pada Kejohanan Sepaktakraw Remaja Kebangsaan 2017 – Sirkit 3 pada 6 hingga 9 Julai nanti. Isteri beliau sedang sarat mengandung dan menunggu hari untuk bersalin. Pertukaran jurulatih masih meunggu persetujuan daripada Persatuan Sukan Negeri.
4. PPN telah memaklumkan bahawa pihak Unit telah menerima email rasmi daripada Pengurus Sukan berkaitan penambahan acara pada Sirkit 3 iaitu Antara Regu Quadrant. Jurulatih juga dalam persiapan mencari atlet yang berkelayakan untuk disenaraikan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved