Tuesday, June 6, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENIS

Tarikh : 5 Jun 2017 (Isnin)
Masa : 4.00 pm - 5.30 pm
Tempat : Gelanggang Tenis CRC

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Pang Ti Hin - JSM

ATLET
1. 3 Orang

LATIHAN
1. Forehand, Backhand, Footwork drills
2. Serve & Return

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Pelapis Negeri Siri 1/2017 yang akan berlangsung pada 8 Jun 2017 jam 3.30pm di MSNPP

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Tertutup Tenis (senior) Pulau Pinang 2017 yang akan diadakan pada 21 hingga 23 Julai 2017
2. Kejohanan MSSM 2017 bagi sukan tenis akan diadakan pada 4 hingga 10 Ogos 2017 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Pada hari ini jurulatih memaklumkan beliau fokuskan kepada latihan individu yang bermula dari jam 4.00 petang hingga 9.00 malam. Oleh itu kehadiran atlet memang sedikit.
2. PPN memaklumkan kepada jurulatih untuk mengarahkan semua atlet pelapis yang berdaftar untuk wajib hadir pada ujian kecergasan yang akan dijalankan ini.
3. Pada hari Khamis yang lepas, Presiden PLTA telah berjumpa dengan PPN untuk membincangkan hala tuju atlet tenis pelapis negeri dan piawaian yang pihak persatuan ingin meletakkan atlet di dalam program pelapis supaya dapat dipanjangkan kepada ahli kelab dan jurulatih yang lain.
4. Terdapat beberapa orang atlet yang bertukar jurulatih seperti yang dimaklumkan. PPN memohon jurulatih untuk membuat senarai baru bagi perubahan atlet yang telah berlaku.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved