Thursday, February 23, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TINJU

Tarikh : 21 Februari 2017 (Selasa)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : Pusat Latihan Tinju Batu Uban, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN 
1. Jhonny Kasiran (Jurulatih)
2. Pakianathan A/L Sabastin (Jurulatih)
3. Prasit Tunjai (Jurulatih Pelapis Serantau)
4. Paunandes Paulus (Jurulatih Pelapis Serantau)
5. En. Arujunan a/l Kandasamy (Setiausaha Persatuan Tinju Amatur P. Pinang)
6. Mohamad Suhairi Bin Othman (PPN)
7. Atlet : Pelapis Serantau, Pelapis Negeri, Skuad Latihan Sukma dan Atlet ATM

PROGRAM BINAAN 
Latihan bersama/sparring antara Pelapis Serantau, Pelapis Negeri, Skuad Latihan Sukma dan ATM

UJIAN KECERGASAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Tinju Tertutup / Antara Kelab / Novis Pulau Pinang 2017 dijadualkan pada 11 & 12 Mac 2017 di Gelanggang Tinju MSNPP.
2. Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2017 pada 27 hingga 31 Mac 2017 di Kuala Terengganu, Terengganu.

PERALATAN
1. Memohon tambahan glove,skipping rope dan punching bag.

ULASAN
1. Satu sessi latihan sparring bersama peninju-peninju Pelapis Serantau telah diadakan bermula pada pukul 5.00 petang di PLN Tinju MSNPP, Batu Uban. 
2. En. Arujunan a/l Kandasamy iaitu Setiausaha persatuan negeri bersama beberapa wakil persatuan turut hadir menyaksikan sesi latihan sparring ini.
3. PPN telah menerima e-mail makluman dan jemputan bagi Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2017 yang dijadualkan berlangsung pada 27 hingga 31 Mac 2017 di Terengganu.
4. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Bil. 1/2017 telah dilaksanakan pada tarikh 20 Februari 2017 di Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved