Friday, December 4, 2015

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK REMAJA KEBANGSAAN 2015

Tarikh : 4 Disember 2015 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Gimnasium 3, Institut Sukan Negara, Bukit Jalil

Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimnastik Artistik Kebangsaan 2015 pada  4 hingga 6 Disember 2015 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Gimnasium 3, Institut Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimnastik dijalankan pada 4 Disember 2015 bermula jam 6.00 petang dan pertandingan bermula pada keesokan hari MAG Class 1 dan WAG Level 1 & 2. Atlet pelapis gimnastik Pulau Pinang menjalankan latihan pada pukul 3.30 petang hingga 6.00 petang.

Sebanyak 10 negeri telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perlis, Kelantan, Selangor, Terengganu, Sarawak, Pahang, Perak dan Kedah.

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi kategori MAG Tahap 1 dan Tahap 2 untuk acara senam lantai, kekuda berpelana, gelang, melombol, palang sejajar dan palang tunggal manakala untuk WAG pasukan pelapis Pulau Pinang telah mengambil bahagian untuk Tahap 2 dan Tahap 3 bagi acara senam lantai, melombol, palang bertingkat dan batang titian.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved