Thursday, December 10, 2015

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK REMAJA KEBANGSAAN 2015

Tarikh : 5 Disember 2015 (Sabtu)
Tempat : Gimnasium 3, Institut Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan telah memasuki hari kedua kejohanan. Pada hari kedua kejohanan, pasukan dari Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam 2 kategori iaitu MAG Class 1 seramai 2 org dan seorang atlet bagi WAG Level 2. Latihan perseduaan sebelum pertandingan bermula dijalankan pada jam 8.00 pagi hingga 8.50 pagi. Pertandingan pada sesi pagi bermula jam 9.00 pagi hingga 1.30 tengahari dan pertandingan sesi petang bermula jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. Sesi penyampaian hadiah berakhir jam 5.00 petang.

Berikut merupakan keputusan rasmi pada hari kedua kejohanan bagi atlet-atlet dari pasukan Negeri Pulau Pinang :-

Kategori : MAG (Class 1 : 7-8 tahun)
> Palang Tunggal
*Wilson Yeoh Wei Sin - Pingat Perak

Kategori : MAG (Class 1 : 7-8 tahun)
> Kekuda Berpelana
*Wilson Yeoh Wei Sin - Pingat Perak

Kategori : MAG (Class 1 : 7-8 tahun)
> Individu Keseluruhan
*Wilson Yeoh Wei Sin - Tempat Ke-4

Kategori : WAG (Level 2 : 11-13 tahun)
> Melombol
*Kitty Liam Jia Xuan - Pingat Emas

Kategori : WAG (Level 2 : 11-13 tahun)
> Palang Titian
*Kitty Liam Jia Xuan - Pingat Emas

Kategori : WAG (Level 2 : 11-13 tahun)
> Senam Lantai
*Kitty Liam Jia Xuan - Pingat Perak

Kategori : WAG (Level 2 : 11-13 tahun)
> Individu Keseluruhan
*Kitty Liam Jia Xuan - Pingat Emas

Sekian sahaja laporan pada hari kedua Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan 2015.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved