Sunday, September 6, 2015

LAPORAN KEJOHANAN PIALA REMAJA MILO RANKING MASTERS - 4RD LEG

Tarikh : 5 September 2015 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai

Berlokasi di Mega Bowling Centre, sekali lagi Kejohanan Piala Remaja Milo Ranking Master 2015 dapat dijalankan dimana hari ini memasuki pusingan keempat pertandingan. Pertandingan ini adalah kejohanan peringkat remaja bagi Zon Utara yang melibatkan 4 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Tenpin Bowling Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang (USPTN) dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Sesi pendaftaran pemain bermula seawal jam 9.00 pagi bagi semua kategori yang dipertandingkan. Pertandingan kali ini mempertandingkan 5 kategori iaitu Bawah 12 Tahun, lelaki & wanita Bawah 16 Tahun, Boys Open dan Girls Open. Jumlah penyertaan untuk kesemua kategori adalah 67 orang. 

1. Under 12 tahun - 19 orang
2. Lelaki U16 tahun - 22 orang
3. Wanita U16 tahun - 11 orang
4. Boys Open - 9 orang
5. Girls Open - 6 orang

JUMLAH - 67 orang

Berikut disertakan keputusan mengikut kategori yang dipertandingkan:-

UNDER 12 TAHUN
1. Megat Zahrul Haiqal (PEN) - 1058 jatuhan pin (1/avg 176.33)
2. Muhammad Nazri Shamsul Bahri (PEN) - 993 jatuhan pin (2/avg 165.50)
3. Ong Eillen (PEN) - 979 jatuhan pin (3/avg 155.17)
4. Nurhani Yasmin Md Saad (PER) - 979 jatuhan pin (4/avg 159.00)
5. Nur Shazliana (KED) - 938 jatuhan pin (5/avg 152.17)

LELAKI BAWAH 16 TAHUN
1. Ahmad Aiman (KED) - 1646 jatuhan pin (1/avg 205.75)
2. Muhd Haziq Mohd Ridzuan (KED) - 1633 jatuhan pin (2/avg 201.75)
3. Muhd Syazirol Shamsudin (KED) - 1586 jatuhan pin (3/avg 198.25)
4. Ariff Ahmad Faisal Ahmad (PEN) - 1516 jatuhan pin (4/avg 181.70)
5. Ong Siang Leing (PEN) - 1492 jatuhan pin (5/avg 186.50)

WANITA BAWAH 16 TAHUN
1. Ainaa Alyaa Zulamri (PEN) - 1495 jatuhan pin (1/avg 186.88)
2. Nur Amirah Farihah Azhlan (PEN) - 1458 jatuhan pin (2/ avg 174.88)  
3. Alyaa Addini Zulamri (PEN) - 1378 jatuhan pin (3/avg 170.50)
4. Anis Hadirah Binti Anuar (PEN) - 1297 jatuhan pin (4/avg 162.13)
5. Puteri Nurul Dini (KED) - 1295 jatuhan pin (5/avg 161.88)

BOYS OPEN
1. Ahmad Aidil Abdul Halim (MEL) - 1699 jatuhan pin (1/avg 212.38)
2. Wan Zuhairi Izlan (PEN) - 1669 jatuhan pin (2/avg 206.25)
3. Mohd Amirul Che Mat (KED) - 1667 jatuhan pin (3/avg 208.38)
4. Chong Eu Gene (PEN) - 1562 jatuhan pin (4/avg 192.25)
5. Ahmad Zulkarnain (KED) - 1527 jatuhan pin (5/avg 190.88)

GIRLS OPEN
1. Anis Shazlin Zulkhisam (PEN) - 1758 jatuhan pin (1/avg 219.75)
2. Nurul Shahirah Shahidi (PER) - 1441 jatuhan pin (2/avg 180.13)
3. Nurhazwani Hamzah (PER) - 1373 jatuhan pin (3/avg 171.63)
4. Nur Adlina Mohd Sabri (KED) - 1340 jatuhan pin (4/167.50)
5. Nurul Nadia Mohamed Yaakob (PEN) - 1325 jatuhan pin (5/avg 165.63)

Pertandingan selesai dengan jayanya dan diteruskan lagi dengan Majlis Penyampaian Hadiah kepada semua pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik BC Cheah selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Tenpin Bowling Negeri Pulau Pinang. Pihak Penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Tahniah juga kepada semua pemenang-pemenang pada sirkit kali ini. Yang tidak berjaya jangan berputus asa dan berusaha pada masa yang akan datang.

Sekian, Terim Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved