Tuesday, September 15, 2015

LAPORAN KEJOHANAN PENANG CLOSED TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2015 (WTF)

Tarikh: 13 September 2015 (Ahad)
Masa: 8.00 Pagi hingga 6.30 Petang
Tempat: Dewan Silat, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Master Mohamed Sabib Bin Abdullah - Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang
2. Master Rajendran A/L Rajoo - Timbalan Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang
3. Master Rajaderan A/L Rengasamy - Technical Chairman Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang

Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang (TM/WTF) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Kejohanan Penang Closed Taekwondo Championship 2015 (WTF) pada 13 September 2015 bertempat di Dewan Silat, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang. Pertandingan ini berjaya menarik penyertaan seramai 186 orang peserta mewakili kelab masing-masing. Sebanyak 6 kelab mengambil bahagian iaitu Ketab Taekwondo RTS, Kelab Taekwondo Seberang Perai Tengah (SPT), Kelab Taekwondo Seberang Perai Utara (SPU), Kelab Taekwondo Bravo, Kelab Taekwondo Ultimate (UTC) dan Kelab Taekwondo Naga. Semua pasukan akan berentap bagi merebut Piala Pusingan iaitu Piala Tuan Frederick Tan Teck An selaku piala irinagan bagi johan keseluruhan bagi pasukan yang bertanding. Pertandingan bermula pada jam 9.00 pagi dan selesai pada jam 6.30 petang. 

 Sebanyak 5 kategori umur dipertandingkan iaitu :

1. Kategori  6-8 tahun
2. Kategori  9-11 tahun
3. Kategori 12-14 tahun
4. Kategori 15-17 tahun
5. Kategori 16 Above (Terbuka)

Berikut adalah keputusan rasmi dan senarai pemenang bagi acara-acara yang telah dipertandingkan :

Johan keseluruhan telah dimenangi oleh Kelab Taekwondo RTS dengan merangkul 10 pingat emas dan membawa pulang piala Tuan Frederick Tan Teck An. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang dan semua yang menjayakan penganjuran pada kali ini. Selamat maju jaya buat sukan taekwondo negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved