Tuesday, February 17, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TAEKWONDO BERSAMA WORLD TAEKWONDO PEACE CORPS (KOREA)

Tarikh : 16 Februari 2015 (Isnin)
Masa : 7.00 malam hingga 10.45 malam
Tempat : Dewan Ria Butterworth

KEHADIRAN
1. En. Rajendran Rajoo - JSM
2. Master Park Yu Yuong - Jurulatih Korea
3. Master Kim So Young - Jurulatih Korea
4. Master Kim Hyeon Been - Jurulatih Korea
5. Cik Lee Jo Hee - Jurulatih Korea
6. Mohd Suhaimi B. Md Salleh - PPN

ATLET
1. 18 lelaki & 12 wanita - Pelapis
2. 15 lelaki & 11 wanita - Pembangunan Kelab

LATIHAN
1. Warming Up
2. Teknik Tendangan 
3. Teknik Tumbukan
4. Speed Endurance
5. Sparring

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih menunggu peralatan daripada pembekal (Kicking Target, Focus Mitt dan Body Target) yang akan dihantar selepas Hari Raya Cina.

PROGRAM BINAAN
1. Masih diperingkat perbincangan bersama pihak sekolah untuk mengadakan pencarian bakat baru di SMK Dato Onn Butterworth.

ULASAN RINGKAS
1. Untuk hari ini merupakan latihan khas dimana jalinan antara Pelapis Pulau Pinang bersama Korea World Peace Corps dapat diadakan.
2. Tujuan latihan ini diadakan bagi membantu jurulatih dan atlet dalam menyediakan program latihan khusus serta berkesan dengan teknik-teknik dan teknikal yang terkini. Selain itu juga, jurulatih dapat mencari bakat-bakat baru yang berpotensi untuk diserapkan dalam skuad Pelapis.
3. PPN juga memaklumkan bahawa jurulatih perlu menghantar maklumat atlet yang terbaru untuk diserap dalam program bagi tahun 2015.
4. Sukan ini masih dipangku oleh saya sehingga PPN baru masuk melapor diri. Makluman ini juga telah dimaklumkan kepada jurulatih.
5. Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Cawangan Pelapis bersama PSK diatas penganjuran jelajah TPC ke seluruh Malaysia untuk sesi latihan khas bersama Pelapis Negeri.
6. Di akhir latihan, sesi bergambar tanda kenang kenangan bersama jurulatih dan atlet dapat diadakan. 

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved