Friday, August 30, 2013

LAPORAN TALEND ID SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 28 Ogos 2013 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi hingga 1.00 Petang.
Tempat : SMK Convent Green Lane dan SMK Penang Free.
Jurulatih : Muhammad Ivarn Syazwan.
Pegawai : PPN Azira Binti Azizan & PPN Fazli Hisam Bin Mohd Zainol.

Program pencarian bakat baru (TID) sukan Menembak telah dijalankan pada 28 Ogos 2013. Jurulatih Muhammad Ivarn Syazwan mengadakan sesi pencarian bakat baru (TID) di SMK Convent Green Lane dan SMK Penang Free.

Sambutan yang diberikan oleh para pelajar sangat menggalakkan dan pihak sekolah juga memberi sepenuh kerjasama terutamanya Penolong Kanan Kokurikulum yang juga turun padang untuk membantu pihak USPTN supaya program yang dijalankan berjalan dengan lancar.

Jurulatih memberi taklimat kepada pelajar berkaitan sukan menembak, disiplin pelajar dan jurulatih juga menekankan tentang hari dan masa latihan yang para pelajar perlu patuhi sekira dipilih. Selepas jurulatih selesai memberi taklimat, para pelajar telah diuji dengan ujian mata. Jurulatih membuat pemilihan dan memilih pelajar yang mempunyai penglihatan dominan di sebelah kanan. Jurulatih juga memilih pelajar yang menulis dan menggunakan tangan kanan.

Hasil daripada program ini, seramai 49 orang pelajar perempuan daripada SMK Convent Green Lane dan 21 orang pelajar lelaki daripada SMK Penang Free telah terpilih untuk menjalani ujian peringkat kedua di SMK Convent Green Lane yang akan dijalankan pada 01 September 2013 pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Pada sesi ujian peringkat kedua, jurulatih akan bekerjasama dengan pihak ISN Pulau Pinang untuk membuat ujian fizikal dan kecergasan para pelajar.

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved