Saturday, August 31, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN SPORTEXCEL NSC-MILO-MTBC JUNIOR CIRCUIT 2013 - PENANG LEG

Tarikh : 30 hingga 31 Ogos 2013
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Pada hari ini Pulau Pinang telah menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Bowling Junior Circuit 2013 anjuran Malaysian Tenpin Bowling Council (MTBC) yang bermula pada 30 Ogos 2013 dan berakhir esok hari 31 Ogos 2013. Secara keseluruhan jumlah atlet yang bertanding bagi kejohanan kali ini seramai 176 atlet dimana 119 atlet lelaki dan 57 atlet wanita. Ini adalah pusingan yang terakhir dijalankan sebelum atlet terbaik mengikut kategori dipilih untuk layak ke pusingan Grand Final yang dijangka akan berlangsung di Sunway Piramid, Selangor.

Penyertaan kali ini merosot disebabkan kebanyakan atlet dalam musim pembelajaran (Trial SPM). Dalam masa yang sama juga ada atlet yang sudah menempah nama ke pusingan Grand Final.

Skuad Pulau Pinang (Pelapis/Skuad SUKMA) telah membariskan atlet saeramai 20 orang yang merangkumi 11 atlet lelaki dan 9 atlet wanita. Kejohanan kali ini melibatkan 6 kategori yang dipertandingkan iaitu Boys Graded, Girls Graded, Boys Open, Girls Open, Boys U12 dan Girls U12.

1. Boys Graded - 55 atlet.
2. Girl Graded - 30 atlet.
3. Boys Open - 21 atlet.
4. Girls Open - 12 atlet.
5. Boys U12  - 43 atlet.
6. Girls U12   - 15 atlet.

Berikut keputusan rasmi pertandingan yang melibatkan penyertaan dari skuad Pulau Pinang.

30 Ogos 2013 (9.30 pagi)

Boy Graded Round 1
1. Muhammad Akif Afif Bin Azman - 1445 jatuhan pin (21/avg 180.63)
2. Shazril Idham Bin Shaharudin - 1153 jatuhan pin (50/avg 144.13)
3. Ong Siang Leing - 1375 jatuhan pin (32/avg 171.88)
4. Yair-Azraei Bin Ferooz Feizal - 1372 jatuhan pin (33/avg 171.50)

Girl Graded Round 1

1. Iman Nur Qistina Bt Mohd Lok Pi - 1287 jatuhan pin (16/avg 160.88)
2. Ainaa 'Alyaa Bt Zulamri - 1396 jatuhan pin (8/avg 174.50)
3. Nur Amirah Fakhira Bt Azhlan - 1131 jatuhan pin (28/avg 141.38)
4. Ummi Umaimah Bt Abdullah - 1134 jatuhan pin (27/avg 141.75)
- Ainaa ‘Alyaa layak ke pusingan 2.

Girl Open Round 1
1. Nur Azreen Syahira Bt Hj Ahmad Rizal – 1243 jatuhan pin (11/avg 155.38)
- layak ke pusingan 2.

Girls U12 Round 1
1. Kelly Lau Suet Kei – 834 jatuhan pin (10/avg 139.00)
2. Nur Amirah Farihah Bt Azhlan - 832 jatuhan pin (11/avg 138.67)
3. Nuralia Amanina Bt Mohd Roshidi – 805 jatuhan pin (13/avg 134.17)
4. Anis Hadirah Bt Anuar - 868 jatuhan pin (5/avg 144.67)
- Kelly Lau Suet Kei, Nur Amirah Farihah, Anis Hadirah layak ke pusingan 2.

Boys U12 Round 1
1. Muhammad Hariz Adlan Bin Azman - 1011 jatuhan pin (10/avg 168.50)
2. Mohamad Al-Faiz Bin Zainal Abidin - 1015 jatuhan pin (9/avg 169.17)
3. Megat Zaqrul Haiqal Bin Megat Zairudin - 995 jatuhan pin (11/avg 165.83)
4. Brandon Lau Tze How – 771 jatuhan pin (31/avg 128.50)
5. Shakril Izlan Bin Shaharudin – 678 jatuhan pin (37/avg 113.00)
6. Muhammad Nur Hakimi Bin Mohd Lok Pi – 730 jatuhan pin (35/avg 121.67)
- Hariz Adlan, Mohamad Al-Faiz, Megat Zaqrul layak ke pusingan ke 2.

Boys Open Round 1

1. Toh Yih Hong - 1615 jatuhan pin (7/avg 201.88)
- layak ke pusingan 2.

Pusingan kedua akan berlangsung keesokkan hari pada jam 9.30 pagi.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved