Monday, May 27, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN BAWAH 16 & 12 TAHUN TERBUKA KELANTAN.

Tarikh : 27 Mei 2013 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Tempat : Dewan Wisma Sukan MSNK, Jalan Telipot, Kota Bharu.

Pada kejohanan kali ini Pasukan Pulau Pinang telah membariskan atlet seramai 18 orang. Pecahan atlet adalah 9 lelaki & 3 wanita bawah 16 tahun dan 4 lelaki & 2 wanita bawah 12 tahun.

Hari pertama Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Bawah 16 & 12 Tahun Terbuka Kelantan bermula seawal jam 8.00 pagi dengan timbang berat mengikut kategori 50 kg, 56 kg, 62 kg lelaki bawah 16 tahun serta 40 kg, 48 kg wanita bawah 16 tahun.

Pada jam 2.00 petang kategori 44 kg & 48 kg wanita bawah 16 tahun diteruskan dimana seorang atlet Pulau Pinang berjaya memenangi satu pingat emas dan satu pingat gangsa bagi kategori 48 kg.

Ybhg. Dato’ Seri Zolkples Embong Ketua Pengarah MSNM serta Encik Jefri Bin Ngadirin Pengarah Cawangan Pelapis, Encik Ariffin Bin Mohd Ghani Pengarah Cawangan Elit, Encik Ahmad Zawawi Bin Zakaria Pengarah Cawangan Kejurulatihan, Encik Mohd Safrushahar Bin Md Yusof Pengarah Cawangan Paralimpik turut hadir untuk menyaksikan dan memberi sokongan kepada bakat-bakat muda bertanding di kejohanan Kebangsaan peringkat umur yang julung-julung kali dianjurkan.

Tamat pertandingan hari pertama, dimana Pasukan Pulau Pinang berjaya mengutip 1 emas dan 1 gangsa bagi wanita bawah 16 tahun kategori 48 kg. Untuk makluman atlet-atlet yang dibawa pada kejohanan kali ini adalah untuk memberi pendedahan pertandingan.

Kejohanan hari kedua akan diteruskan esok dengan kategori 40 kg, 44 kg, 48 kg, +48 kg lelaki & wanita bawah 12 tahun.

Berikut disenaraikan pencapaian atlet untuk hari pertama pertandingan :-

Kategori 50 kg lelaki bawah 16 tahun
1. Mohd Amirul Irfan Bin Asrar
Snatch : 30 kg
Clean n Jerk : 40 kg
Jumlah Angkatan : 70 kg

2. Muhammad Ariff Zikri Bin Mohd Khasim
Snatch : 20 kg
Clean n Jerk : 27 kg
Jumlah Angkatan : 47 kg

Kategori 56 kg lelaki bawah 16 tahun
1. Mohd Syakir Bin Khosim
Snatch : 55 kg
Clean n Jerk : 82 kg
Jumlah Angkatan : 137 kg

2. Thirilohgan a/l Thanabalasingam
Snatch : 50 kg
Clean n Jerk : 65 kg
Jumlah Angkatan : 115 kg

Kategori 62 kg lelaki bawah 16 tahun
1. Muhamad Amirul Asraf Bin Hazki
Snatch : 25 kg
Clean n Jerk : 40 kg
Jumlah Angkatan : 65 kg

Kategori 48 kg wanita bawah 16 tahun
1. Loggeswary a/p Muniandy
Snatch : 38 kg (Gangsa)
Clean n Jerk : 60 kg (Emas)
Jumlah Angkatan : 98 kg

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh






0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved