Tuesday, May 28, 2013

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN ANGKAT BERAT KEBANGSAAN BAWAH 16 & 12 TAHUN TERBUKA KELANTAN.

Tarikh : 28 Mei 2013 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.15 petang
Tempat : Dewan Wisma Sukan MSNK, Jalan Telipot, Kota Bahru.

Seawal jam 8.00 pagi kejohanan untuk hari kedua diteruskan dengan timbang berat bagi lelaki bawah 12 tahun kategori 40 kg. Seramai 4 orang atlet Pulau Pinang bertanding untuk kategori ini dimana pertandingan akan bermula jam 10.00 pagi. 

Bagi wanita bawah 12 tahun kategori 40 kg, 44 kg, 48 kg, +48 kg bermula pada jam 10.30 pagi dengan sesi timbang berat sebelum pertandingan rasmi bermula jam 12.30 tengahari. kategori ini telah melibatkan atlet Pulau Pinang seramai 2 orang.

pada sebelah petang, pertandingan diteruskan dengan acara lelaki bawah 16 tahun bagi kategori 69 kg. Untuk kategori ini hanya seorang atlet sahaja yang terlibat.

Tamat pertandingan hari kedua dimana Pasukan Pulau Pinang berjaya mengutip 2 emas dan 2 gangsa bagi lelaki dan wanita bawah 12 tahun.

Berikut pencapaian atlet Pulau Pinang untuk acara yang dipertandingkan hari ini :

Kategori 40 kg Lelaki Bawah 12 Tahun
1. Surya a/l Sivapragasam
Snatch : 26 kg (Gangsa)
Clean n Jerk : 32 kg
Jumlah Angkatan : 58 kg 

2. Kiran Raj a/l Sivapragasam
Snatch : 19 kg
Clean n Jerk : 24 kg
Jumlah Angkatan : 43 kg

3. Kevin Raj a/l Thomas
Snatch : 18 kg
Clean n Jerk : 20 kg
Jumlah Angkatan : 38 kg

4. Mohamad Fais Bin Che Pi
Snatch : 16 kg
Clean n Jerk : 25 kg
Jumlah Angkatan : 41 kg

Kategori 40 kg Wanita Bawah 12 Tahun
1. Logasree a/p Thanabalasingam
Snatch : 24 kg (Emas)
Clean n Jerk : 32 kg (Emas)
Jumlah Angkatan : 56 kg

2. Thurgashree a/p Thanabalasingam
Snatch : 13 kg (Gangsa)
Clean n Jerk : 16 kg
Jumlah Angkatan : 29 kg

Kategori 69 kg Lelaki Bawah 16 Tahun
1. Muhamad Hazwan Bin Abdul wahab
Snatch : 42 kg
Clean n Jerk : 50 kg
Jumlah Angkatan : 92 kg

Hari terakhir akan bersambung esok dengan wanita bawah 16 tahun kategori 53 kg, 58 kg, 63 kg, 69 kg , +69 kg pada jam 10.00 pagi dengan diikuti acara lelaki bawah 16 tahun kategori 85 kg, 94 kg & +94 kg pada jam 12.00 tengahari.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh





0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved