Thursday, March 7, 2013

PERBINCANGAN PROGRAM TID SMK PONDOK UPEH BALIK PULAU

Tarikh : 07 Mac 2013
Tempat : SMK Pondok Upeh, Balik Pulau.
Kehadiran: Ketua Unit, PPN, PK KOKO.
Masa: 10.30 am

Satu perbincangan awal bersama Puan Rohaya PK KOKO SMK Pondok Upeh Balik Pulau berkenaan dengan program TID sukan Angkat Berat yang akan dijalankan oleh pihak USPTN dengan kerjasama MSNPP.

Hasil dari perbincangan tersebut :

1. Tarikh cadangan dari USPTN adalah pada 14 Mac 2013.

2. Pihak sekolah bersetuju dengan program tersebut akan tetapi pihak sekolah memohon untuk menukar tarikh kerana terdapat program sukan sekolah. Oleh itu pihak USPTN memohon daripada pihak sekolah untuk mendapatkan tarikh yang lain dari pihak sekolah secepat mungkin.

3. Setelah selesai perbincangan dengan pihak SMK Pondok Upeh, Pihak USPTN mengambil kesempatan untuk melihat Pusat Latihan Sukan Angkat Berat di SMK Seri kerana ia berdekatan dengan SMK Pondok Upeh.

4. Hasil dari pemerhatian yang dibuat peralatan latihan dan tempat latihan dalam keadaan baik. Pusat Latihan SMK Seri akan dikendalikan oleh JSM baru iaitu En. Norhidayat Bin Samat. SMK Seri juga tidak ketinggalan untuk pihak USPTN menjalankan TID disana. 

5. Untuk makluman terdapat sebuah sebuah sekolah rendah bersebelahan dengan SMK Seri iaitu SK Seri dimana pihak USPTN bercadang untuk mencari pelajar-pelajar bawah 12 tahun untuk diketengahkan kerana pusat latihan berdekatan dengan sekolah terbabit.

Sekian

Laporan Oleh : Akmal Hashim






0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved