Tuesday, March 19, 2013

PEMANTAUAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPP ZON NIBONG TEBAL KE-45 2013.

Tarikh : 19 MAC 2013
Masa : 10.00am - 11.00am
Tempat : Stadium Negeri Batu Kawan

Untuk makluman satu pemantauan Kejohanan Olahraga MSSPP Zon Nibong Tebal telah dilakukan bersama KU USPTN untuk meninjau atlet-atlet berbakat untuk diserap masuk di bawah Program Pelapis. Dalam masa yang sama pihak USPTN juga memantau prestasi atlet-atlet dari program After School Program yang turut bertanding di Zon ini.

Kejohanan yang bermula pada 18 Mac ini akan berakhir pada 21 Mac 2013. Pemantauan berkala selanjutnya akan dilakukan lagi sehingga kejohanan ini tamat.

Akmal Hashim











KEM LATIHAN ATLET TAEKWONDO

Tarikh      :   15 hingga 17 Mac 2013
Tempat    :    Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Kehadiran :

1.   En. Rajendran - Jurulatih

2.   En. Maniam - Jurulatih
3.   Cik Krishnaveni - Pengurus Pasukan
4.   Atlet - 17 Lelaki, 10 Perempuan (Pembangunan/Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia Negeri Pulau Pinang)


Laporan ringkas :

1.   Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang bersama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang, Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang  telah menganjur Program Kem Motivasi dan Latihan Setempat kepada atlet-atlet di bawah Program Pembangunan Negeri, Pelapis Negeri dan Skuad Latihan Sukan Malaysia sebagai persediaan untuk ke Kejohanan Taekwonda Kebangsaan Sportexcel Sirkit 1/2013 yang akan berlangsung pada 21 - 24 Mac 2013 di Dewan Tunku (DOM) Komtar, Pulau Pinang.

2.   Program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada Kakitangan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan ISN Pulau Pinang.

3.   Dengan kehadiran Tuan Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang (WTF) pada hari terakhir menyerikan lagi Program yang dirancang.  Kehadiran beliau bagi menyempurnakan majlis penutupan Program Kem Motivasi dan Latihan Setempat dan Majlis Penyerahan Bendera kepada Atlet-Atlet Taekwondo Negeri Pulau Pinang.  Tuan Presiden memberikan kata-kata semangat kepada atlet-atlet yang akan mengambil bahagian di dalam kejohanan.

4.   Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak keluarga atas kerjasama yang diberikan dan tidak lupa kepada semua atlet. Program diakhiri dengan sesi bergambar.

5.   Tugasan terakhir selaku SDO/Penyelaras Sukan Taekwondo Negeri Pulau Pinang (Urusetia Kem) telah memastikan Bilik Cemerlang ditinggalkan dalam keadaan yang baik dan memantau keadaan bilik-bilik Asrama MSNPP yang telah digunakan juga berada didalam keadaan yang baik.

Sekian terima kasih.

Fatimah Jamil









UJIAN KECERGASAN ATLET PELAPIS TENPIN BOWLING

Tarikh      :    16 Mac 2013 (Sabtu)   
Masa       :    8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat    :    Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang


Kehadiran :

1.  
Cik Kim Eun Jung - Jurulatih

2.   En. Yeoh Seng Poh, Albert - Jurulatih
3.   En. Adrian Charles Dragon - Jurulatih
4.   En. Cheah Boon Chong  - Ketua Pusat Satelit ISNPP
5.   Pn. Mariani - Pegawai Belia Dan Sukan, Suaian Fizikal ISNPP
6.   En. Helmi - Pelajar Praktikal dari dari UITM Shah Alam, Selangor
7.   Atlet - 9 (Lelaki), 10 (Wanita) - Pembangunan Negeri/Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia

Program dan Jenis Ujian yang dijalankan :

1.   Sesi Pendaftaran dan taklimat pihak ISNPP
2.   Timbang Berat dan Ketinggian (BMI)

3.   Warming up
4.   Ujian Kelembutan - (Seat and Reach)
5.   Hand Grip Strength 
6.   Yo-yo endurance 
7.   Warming Down

ULASAN :

1.  Perbincangan Penyelaras dan Jurulatih (Majlis Sukan Negeri dan Pelapis Negeri) bersama pihak ISNPP bagi mengadakan Program Ujian Kecergasan Fizikal telah diadakan pada bulan Januari 2013 dan pihak ISNPP telah menetapkan tarikh pada 16 Mac 2013.

2.  Kehadiran atlet dijangka seramai 24 orang dan dimaklumkan oleh jurulatih kekurangan kehadiran disebabkan bersekolah dan sedang menjalani Ujian Penggal Pertama.  

3.  Ujian Kecergasan Fizikal berjalan dengan lancar dan ucapan terima kasih kepada Pegawai ISNPP, Jurulatih, Atlet dan Keluarga Atlet yang telah memberikan kerjasama.

4.  Tujuan Ujian Kecergasan Fizikal dijalankan bagi menilai dan menguji tahap kecergasaan dan kelembutan atlet.   Ujian Kecergasan  merupakan salah satu element dalam KPI Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang, Majlis Sukan Negara.

5.  Akhir pemantauan memastikan kesemua atlet telah dijemput oleh keluarga masing-masin dengan selamat dan meneruskan tugasan sebagai Urusetia Kem bagi Sukan Taekwondo.

Sekian terima kasih

Fatimah Jamil






Friday, March 15, 2013

PERBINCANGAN DI SMK TASEK - AFTER SCHOOL PROGRAM 2013

Tarikh : 14 Mac 2013
Masa : 10.00 am
Tempat : SMK Tasek, Seberang perai Selatan
Kehadiran : KU USPTN, PK Koko, Guru dan Pelajar (atlet)

Dimaklumkan satu perbincangan telah diadakan bersama pihak sekolah bagi memaklumkan tentang pelaksanaan Program After School 2013. Perjumpaan bersama Pn. Pengetua diadakan terlebih dahulu & sokongan yang diberikan oleh pihak sekolah amat baik. Cadangan untuk melaksanakan Program / Klinik Pengenalan Sukan di sekolah ini juga diambil maklum. 

Selanjutnya, perbincangan ringkas bersama guru (jurulatih program) & beberapa pelajar (atlet olahraga) juga diadakan. Turut dimaklumkan bahawa atlet-atlet ini akan menyertai kejohanan MSSPP pada 18 - 22 Mac 2013. Pihak USPTN melalui PPN akan turun melakukan pemantauan pada kejohanan itu kelak bagi memantau prestasi atlet-atlet ini. 
Hasil perbincangan juga, pihak USPTN bersetuju untuk meneruskan program dan mengekalkan jurulatih yang sedia ada.

Sekian,

Akmal Hashim




LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOWLING

Tarikh.     :   12 Mac 2013 (Selasa)
Masa.      :    6.00 ptg - 8.00mlm
Tempat.   :   Pusat Bowling Penang Bowl

Kehadiran :
1.  Cik Kim Eun Jung - Jurulatih
2.  Atlet   : 2 (Lelaki), 6 (Wanita)

Latihan
1.  Balingan Bola Pertama (1st Ball)
2.  Sasaran (Target)
3.  Permainan

Ujian
1.   Ujian Kecergasan yang dikelolakan oleh pihak ISNPP pada 16 Mac 2013 di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Pertandingan
1.    Kejohanan MSSPP pada 1 - 5 April 2013 di Mega Bowling Center, Megamal Pinang Seberang Perai.
2.    Kejohanan ASTRO 37th Malaysian National and  26th Malaysian Interstate 2013 pada 13 - 20 April 2013 di Mega Lanes Bandar Sunway, Sunway Pyramid Selangor.
3.    Kejohanan Sportexcel-NSC-Milo-MTBC Malaysian Junior Circuit 2013 - KL Leg pada 26 - 28 April 2013 di Mega Lanes Endah Parade, Sri Petaling, Pulau Pinang.     

Kecederaan
Tiada

Peralatan
Kepunyaan Atlet sendiri

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1. Berjumpa dengan Ibu dan Atlet (Nur Amirah Auni) yang terpilih sebagai Atlet Remaja Kebangsaan yang lalu untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau menggekalkan sebagai Atlet Remaja Kebangsaan bagi tahun 2013. Beliau juga merupakan Atlet Elit bagi Negeri Pulau Pinang.

2. Mengadakan perjumpaan bersama Jurulatih dan Atlet untuk memaklum dan mengingatkan tentang Program Ujian Kecergasaan yang akan di jalankan pada 16 Mac 2013.

3. Pemantauan diakhiri dengan berjumpa dengan ahli keluarga atlet yang hadir.
Sekian terima kasih.

Fatimah Jamil







PEJUMPAAN KUN BERSAMA ATLET BERBASIKAL AKADEMI SERANTAU MSN

Tarikh : 13 Mac 2013
Masa : 4.00pm
Tempat : Akademi Serantau MSN, B.Mertajam

Kesempatan berkunjung ke Akademi diambil seketika untuk berjumpa dengan atlet-atlet berbasikal Akademi Serantau. Atlet-atlet kelihatan bersedia & bersemangat untuk menjalani latihan. Di maklumkan oleh jurulatih En. Hatta, latihan kayuhan hari ini sejauh 60km menghala ke Kulim Kedah. Prestasi semasa atlet & tahap disiplin atlet adalah baik. All The Best!!





Thursday, March 7, 2013

PERBINCANGAN PROGRAM TID SMK PONDOK UPEH BALIK PULAU

Tarikh : 07 Mac 2013
Tempat : SMK Pondok Upeh, Balik Pulau.
Kehadiran: Ketua Unit, PPN, PK KOKO.
Masa: 10.30 am

Satu perbincangan awal bersama Puan Rohaya PK KOKO SMK Pondok Upeh Balik Pulau berkenaan dengan program TID sukan Angkat Berat yang akan dijalankan oleh pihak USPTN dengan kerjasama MSNPP.

Hasil dari perbincangan tersebut :

1. Tarikh cadangan dari USPTN adalah pada 14 Mac 2013.

2. Pihak sekolah bersetuju dengan program tersebut akan tetapi pihak sekolah memohon untuk menukar tarikh kerana terdapat program sukan sekolah. Oleh itu pihak USPTN memohon daripada pihak sekolah untuk mendapatkan tarikh yang lain dari pihak sekolah secepat mungkin.

3. Setelah selesai perbincangan dengan pihak SMK Pondok Upeh, Pihak USPTN mengambil kesempatan untuk melihat Pusat Latihan Sukan Angkat Berat di SMK Seri kerana ia berdekatan dengan SMK Pondok Upeh.

4. Hasil dari pemerhatian yang dibuat peralatan latihan dan tempat latihan dalam keadaan baik. Pusat Latihan SMK Seri akan dikendalikan oleh JSM baru iaitu En. Norhidayat Bin Samat. SMK Seri juga tidak ketinggalan untuk pihak USPTN menjalankan TID disana. 

5. Untuk makluman terdapat sebuah sebuah sekolah rendah bersebelahan dengan SMK Seri iaitu SK Seri dimana pihak USPTN bercadang untuk mencari pelajar-pelajar bawah 12 tahun untuk diketengahkan kerana pusat latihan berdekatan dengan sekolah terbabit.

Sekian

Laporan Oleh : Akmal Hashim






Monday, March 4, 2013

PEMANTAUAN PPN - LATIHAN GYM ATLET BERBASIKAL

Tarikh : 1 Mac 2013
Tempat : Gymnasium MSNPP
Masa : 5.30 petang

Kehadiran

Atlet : 7 atlet lelaki,  2 atlet wanita
Jurulatih :En Zahari Tahir, En Abd Shukor bin Darus & En Sheikh Omar bin Ibrahim (ISN)

Latihan

Latihan Kekuatan Fizikal dikendalikan oleh En. Sheikh Omar bin Ibrahim (ISNPP), dibantu oleh jurulatih MSNPP En Shukor dan JSM En Zahari. Latihan bermula pada pukul 5.00 hingga 7.00 petang. 

Disiplin

Disiplin atlet bertambah baik

Isu2 Berbangkit / Lain-Lain

Atlet-atlet yang menghadapi PMR dan SPM mengambil kelas tambahan, ini menjejaskan kehadiran mereka untuk latihan, Sebagai alternatif, mereka yang tidak dapat menyertai latihan di jalanraya akan datang ke Gym mengayuh Roller di bawah pengawasan En Sheikh Omar. 

Perbincangan bersama SU Persatuan telah dilakukan baru-baru ini bersama Pengarah MSNegeri tentang perancangan program latihan yang lebih baik & penambahan bilangan atlet sedia ada. 

Hamidi Lokman






Friday, March 1, 2013

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN KEJOHANAN MEMANAH MSSPP 2013

Tarikh : 28 February 2013
Masa : 4.00pm
Venue : Penang Free School

Kejohanan Memanah MSSPP ini telah bermula pada 26 February yang lalu bertempat di Penang Free School dan akan berakhir pada hari ini (01 Mac 2013). Ketika pemantauan semalam, acara Olimpik Round bagi kategori Bwh 12, 15 & 18 (lelaki & wanita) sedang berlangsung.

Jurulatih-jurulatih dibawah Program Pelapis / Pembangunan MSNPP juga kelihatan di venue pertandingan ini bagi memantau prestasi atlet dibawah Pusat Latihan masing-masing. Ibu bapa juga turut hadir memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka yang bertanding. Keputusan keseluruhan kejohanan ini akan di upload dalam masa terdekat.














About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved