Wednesday, February 27, 2013

LAWATAN KE SMK PAYA KELADI - CADANGAN PLN OLAHRAGA 2013


Tarikh : 26 February 2013
Masa : 11.00am
Tempat : SMK Paya Keladi, Kepala Batas

Satu perjumpaan telah dijalankan bersama Ketua Unit dan jurulatih yang akan dilantik oleh pihak USPTN Pulau Pinang bagi sukan olahraga di SMK Paya Keladi. Dari perbincangan yang telah dibuat jurulatih tersebut iaitu Encik Nadri Mahmud, guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Keladi telah bersetuju untuk menjadi Jurulatih Sambilan (JSM) Program Pelapis bagi Sukan Olahraga. Beliau akan menjalankan latihan di sekolah tempat beliau mengajar dan sekolah tersebut akan menjadi pusat latihan di bawah Program Pelapis. Beliau juga adalah bekas atlet olahraga yang telah mewakili Negara dalam acara 400m, 800m.

Di sekolah tersebut terdapat kemudahan tempat latihan seperti padang dan dewan serta terdapat stor untuk penyimpanan peralatan dan beberapa peralatan untuk menjalani latihan.
Encik Nadri juga memaklumkan terdapat pelajar-pelajar yang berpotensi dari sekolah tersebut serta sekolah-sekolah yang berdekatan dan telah pun menjalani latihan bersama beliau.  

Laporan Oleh : Akmal Hashim






0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved