Wednesday, November 30, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN MEMANAH

Tarikh : 29-11-2011
Masa : 9.00 am
Tempat : Komp. Belia & Sukan, Batu Uban

Untuk makluman,hari ini diadakan 'scoring' & pemilihan untuk ke Karnival Pelapis Negeri Perlis 2011 yang akan di adakan pada 7-12 Disember 2011. Kesemua ketiga-tiga PLN hadir dan menyertai pemilihan kali ini.

Kuota untuk sukan memanah ke karnival pelapis adalah seramai 16 orang dan hanya yang terbaik akan dibawa nanti (kat 1 & kat 2). Keputusan dari pemilihan kali ini akan di putuskan oleh sdo bersama-sama persatuan & jurulatih2 yang terlibat berdasarkan kriteria2 yang telah ditetapkan seperti skor bulanan terkini, disiplin, kehadiran dan beberapa perkara lain.

Atlet yang terpilih akan menyertai kem latihan sebelum ke karnival. Kem ini akan diadakan pada 2 -4 Disember 2011 di Kompleks Belia & Sukan Batu Uban, Pulau Pinang dan akan disertai dengan sukan2 lain seperti angkat berat,tinju,sepak takraw dan pelapis dari negeri kedah. Sekian,terima kasih.

Shasha Tarmuzi




















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved