Monday, November 21, 2011

PEMANATAUAN PPN - PLN BADMINTON

Tarikh : 17 November 2011 (Khamis)
Masa Pemantauan : 5.20 petang hingga 7.20 malam
Tempat : Dewan Badminton PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang.
Program Latihan : Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang/Pelapis Negeri
Kehadiran : 9pg - 1.00tgh ( 5 orang), 3.00ptg - 7.00mlm ( 15 orang) - Maklumat dari JPM Razlan

Laporan ringkas :

Semasa Mesyuarat JKK Bil : 2/2011, Setiausaha Kehormat (En. Tony Tan Gim Hin) ada memaklumkan bahawa pihak Persatuan telah menyediakan "Bilik GYM" untuk digunakan oleh atlet bermula dari bulan November 2011.

Sesampai di Pusat Latihan terus memantau "Bilik Gym" tersebut dan Syabas diucapkan kepada pihak Persatuan atas tindakan yang diambil bagi kemudahan atlet di Negeri Pulau Pinang. Semuga atlet dapat menafaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak Persatuan. Sekali lagi Tahniah dan Syabas kepada Persatuan Badminton Pulau Pinang atas penyediaan kemudahan/peralatan tersebut.

Telah memaklumkan kepada JPM Razlan untuk berbincang bersama dengan pihak ISN untuk mendapatkan jadual latihan yang akan dikendalikan oleh ISN sebagai permulaan bagi Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang dan Pelapis Negeri.

Kehadiran atlet dari Program Pelapis Negeri agak memuaskan setelah tamat Peperiksaan PMR. Kehadiran Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang masih berkurangan kerana atlet yang terlibat sedang menduduki Peperiksaan SPM.

Telah dimaklumkan oleh Setiausaha Kehormat PBA, sepanjang dua minggu (13 - 25 November 2011) terdapat perubahab pada jadual latihan bagi Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia VX 2012, Pahang kerana sedang menjalani Latihan Bersama dengan Pasukan Remaja Kebangsaan Singapura. Seramai 7 Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang yang terlibat dengan program diatas merupakan Atlet Pelapis Negeri. Jadual Latihan untuk dua minggu tersebut diatas seperti berikut :

Hari : Isnin hingga Jumaat
Pagi : 9 pagi hingga 11.00 pagi
Petang : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Badminton PBA, Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

Hari : Sabtu
Pagi : 9 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Badminton Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Hari : Ahad
Petang : 11.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Badminton Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Latihan berjalan dengan lancar dan pemantauan diakhiri dengan perjumpaan bersama atlet dan keluarga yang hadir. Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil







































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved