Friday, January 28, 2011

PERBINCANGAN PROGRAM BERSAMA ISN SATELIT

Tarikh : 26hb Januari 2011 [Rabu]
Masa : 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Pejabat ISNPP
Hadir : JPM Razlan dan PPN Fatimah Jamil
Dikelolakan : Ketua Pusat ISNPP En. Cheah Boon Chong


Tujuan perjumpaan dan perbincangan bersama ISN :

Adalah untuk menyediakan Periodisasi bagi Atlet Pelapis Negeri bagi tahun 2011. Penyedian Periodisasi bertujuan untuk merancang program tahunan, mengenalpasti cara menjalankan latihan dan kejohanan yang disertai.

Didalam perbincangan telah membuat perancangan untuk mengadakan Ujian Kecergasan dan Ujian Specific [jenis ujian yang akan ditentukan oleh JPM] dan dikelolakan oleh ISN seperti berikut :

Ujian Kecergasan dan Kemahiran pada minggu kedua bulan Mac
Ujian Kemahiran pada minggu ketiga bulan April
Ujian Kecergasan pada minggu pertama bulan Ogos
Ujian Kecergasan pada minggu kedua bulan September
Ujian Kecergasan dan Kemahiran pada minggu keempat bulan Oktober


Perbincangan berjalan dengan lancar.


Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--

FATIMAH BINTI JAMIL


0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved